Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jadi Juruterbang Pesawat Komersial, Raja Belanda Seronok Rakyat Tidak Cam Muka & Suaranya

19-5-2017 12:29 PM |Dilihat:2568| Komen: 41
Kalau di Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia tahu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memiliki lesen memandu keretapi kerana mempunyai minat yang tinggi. 

Namun di Belanda pula, hanya sebilangan kecil rakyat Belanda yang sedar raja mereka mempunyai hobi menerbangkan pesawat komersial.

sumber: https://i.ndtvimg.com

Memetik laporan The Guardian, Raja Willem-Alexander sudah lebih 20 tahun 'bekerja' sebagai pembantu juruterbang dan sebagai raja, beliau hanya sempat memandu pesawat dua kali dalam sebulan.

Baru-baru ini, dalam satu temubual bersama akhbar tempatan De Tegraaf, Raja Willem-Alexander mendedahkan beliau berkhidmat kepada syarikat penerbangan Martinair dan kemudian berpindah ke syarikat KLM.

Selain itu, beliau kini berlatih menerbangkan pesawat Boeing 737 selepas pesawat jenis Fokker 70 yang biasa diterbangkan sebelum ini akan dilupuskan.

Tambah beliau, rakyat jelata tidak selalunya mengecam beliau walaupun beliau berjalan di lapangan terbang kerana mengenakan uniform dan topi juruterbang.

"Sebelum insiden September 11, pintu kokpit pesawat sentiasa terbuka. Penumpang boleh datang jenguk kami dan ada kalanya berjaya mengecam saya," kata Raja Willem-Alexander.

Penumpang juga tidak mengecam suara raja mereka ketika beliau membuat pengumuman melalui pembesar suara pesawat, kata Raja Willem-Alexander.

Bagaimanapun tegas Raja Willem-Alexander, menjadi juruterbang hanyalah hobi sampingan sementara 'melupakan' tanggungjawabnya kepada istana.- CARI

sumber: http://assets.nydailynews.com
sumber: http://assets.nydailynews.com


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 41
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 23-5-2017 12:22 AM
Kalau bunyi siren bagai dengan escort motor besar enjin vrooom vrooom vroooom baru kenal tu Raja.

Lain-lain Komen

Quote matamata 19-5-2017 12:39 PM
oklah ikut aturan....takdelah mintak pangkat Kapten Kehormat pulak
Quote krustykrab 19-5-2017 12:42 PM
idak la aku sedar selama ni yg belanda ada raja

Quote rospinki 19-5-2017 12:44 PM
krustykrab replied at 19-5-2017 12:42 PM
idak la aku sedar selama ni yg belanda ada raja

kan..lgi sadis

bkan tk kenal dia raja..tk tau pun belanda tu ada raja
Quote zorrro_03 19-5-2017 01:10 PM
rospinki replied at 19-5-2017 12:44 PM
kan..lgi sadis

bkan tk kenal dia raja..tk tau pun belanda tu ada raja

Jahat nya ros....
Quote Ooshin 19-5-2017 01:24 PM
Quote shahreen 19-5-2017 01:28 PM
heading juruterbang tapi bila baca ropa2nya pemandu juruterbang haha
Quote cheergirlz 19-5-2017 01:47 PM
ok laa...xda nk bangga ngn pangkat....slamber jer...huhu..
Quote monsterwife 19-5-2017 02:38 PM
Edited by monsterwife at 19-5-2017 02:39 PM

Hehehe...oklah at least takde lah bosan dok palace tu.
Quote monsterwife 19-5-2017 02:38 PM
Edited by monsterwife at 19-5-2017 02:41 PM

Tak pernah tahu Belanja ada king. Fail sejarah le...  
Quote Artemesiaa 19-5-2017 02:43 PM
Ok le tu dah minatnya kesitu tak ada yang peliknya
Quote kiambang 19-5-2017 02:44 PM
Berjiwa rakyat betul ..
Quote kelana36 19-5-2017 02:50 PM
shahreen replied at 19-5-2017 09:28 AM
heading juruterbang tapi bila baca ropa2nya pemandu juruterbang haha

pembantu juruterbang you mean... tak ada bezanya ... juruterbang jugak.pembantu juruterbang is a qualified pilot, ada lesen, boleh fly the plane dari take off sampai ke landing..bezanya pangkat jer, Captain dan First Officer.
Captain incharge overall mission, copilot bantu captain..

yang salah terjemahan bahasa melayu, co pilot jadi pembantu juruterbang. sepatutnya rakan kerja, Pegawai Pertama selepas Captain.

Quote JoyahSepoting 19-5-2017 03:15 PM
Ini baru betul berjiwa rakyat. bukan sbb nk menunjuk2 je utk dpt pujian!
Quote biskutsusu 19-5-2017 03:23 PM
eh. i ada beli tix klm kul-cgk bulan 9 ni
agak2 boleh jumpa raja belanda tak?
ke kena gi belah belah yurop je
Quote exclusive_vvip 19-5-2017 03:39 PM
mau nervous si pilot kalu kena duty dgn King Willem ni..Raja kot dok sebelah...
Quote MarryPottet 19-5-2017 03:50 PM
kat belanda sana raja pon gi kerja
kat msia ni, jejanz yg tarap marhaen sajork tapi ramai angkat diri sendiri jadi raja biawak
yg bujang hidup membebankan makpak & yg dah kawen plak memperhambakan isteri
Quote PongKang 19-5-2017 04:00 PM
MarryPottet replied at 19-5-2017 03:50 PM
kat belanda sana raja pon gi kerja
kat msia ni, jejanz yg tarap marhaen sajork tapi ramai angkat di ...

setuju dgn statemen ko
Quote MissMamamia75 19-5-2017 04:30 PM
Xtau pulak Belanda ada Raja...terer bwk kapal terbang pulak tu
Quote rospinki 19-5-2017 04:40 PM

ya abe joro..kalu raja tu kenal ros baru kata dia raja

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096913s Gzip On
To Top