Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nur Fazura – Pelakon Kelas A!

18-5-2017 06:59 PM |Dilihat: 16700| Komen: 274

X-POSE: Pandanglah dengan mata hati

Selepas bintang terkenal Erra Fazira, siapakah anda rasa pelakon wanita yang boleh dimahkotakan sebagai Primadona Perfileman Malaysia? Seorang wanita itu memiliki kelas setanding Ratu Malaysia, cantik,  bentuk tubuh sempurna, sensual, berbakat dan dikagumi . 

Mungkin ada pesaing yang terdekat tapi personality pilihan X-Pose ini adalah yang paling layak. Termasuk dalam senarai pelakon kelas A dan eksklusif! Setiap lakonanya mantap dan menyenangkan. Suaranya lunak dan menghiburkan. Wajah jelita dan ayu itu membuatkan mata pasti tak akan berkerlip! Model dan jurucakap produk antarabangsa. 


Sesungguhnya dilahirkan sebagai wanita yang bertuah memiliki pakej istimewa. Bermodalkan keistimewaan itu wanita pra matang @ 34 tahun yang  berasal dari Pekan Pahang ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon, model, jurucakap, pengacara dan sekarang bergelar penyanyi. Serba boleh gitu!  Pesaingnya bukan sedikit tapi x-faktor Nur Fazura Sharifudin ini sangat  terserlah…

Nur Fazura, saya tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai kisah peribadinya. Sejak bergelar anak seni, nama Nur Fazura sering menjadi tajuk utama di dada akhbar dan menarik perhatian media sebagai sasaran gosip sensasi. 

Kisah  percintaan Nur Fazura dengan orang kenamaan atau bangsawan sudah lama ditinggalkan. Banyak gosip tersebar di kalangan media tentang gaya hidup dan percintaannya. Juga foto-foto peribadi yang tersebar di internet mengundang kontroversi.  Seksi dan sensasi! Cintanya pula saling bertukar ganti bak menukar pakaian ke majlis red carpet!  Pendek kata, Nur Fazura dilebal sebagai seorang artis wanita `Play girl @ player' oleh netizen. 


Bintang cemerlang ini pernah bercinta dengan Juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian, dua tahun berturut turut, Shaheizy Sam. Mereka nampak serasi dan sepadan, tapi jodoh tak boleh dipujuk! Nak buat macam mana kan? 

Pada tahun yang sama, Fazura bertemu seorang jejaka Amerika, Randy Seidman, yang juga seorang DJ dan penerbit muzik. So sweet... Randy ada mencipta sebuah lagu untuk Nur Fazura sebagai hadiah perpisahan. Ada beberapa lagi nama lelaki muda, kaya dan terkenal yang dikaitkan dengan nama Nur Fazura tapi sengaja kami gugurkan. 

Sebagai seorang insan biasa, Nur Fazura ingin lebih berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak mahu kehidupan peribadinya terbongkar di Internet. Baguslah macam itu tapi malangnya foto seksinya tetap tersebar. 

Kebelakangan ini kelibat Nur Fazura semakin jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan. Sebaliknya, dia yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati dan Qaisy Dan Laila ini hanya akan muncul bertemu wartawan apabila ada produk terbaru untuk dipromosikan. Itu adalah tugasan yang dibayar lumayan untuk muncul dan bergaya.  

Jelitawan ini pernah menjadi wajah eksklusif produk Pantene dan Lux. 

Foto: IG Faz
“Memang ada wartawan mahu membuat sesi fotografi tetapi mereka mahu saya bercerita mengenai topik kontroversi. Disebabkan itu saya menolak pelawaan mereka. Cukuplah sebelum ini banyak cerita kontroversi mengenai saya dipaparkan,” katanya mohon pengertian.

Selepas 4 tahun tidak berlakon dalam drama TV,  dan pada bulan Mei ini Nur Fazura bakal bermain bersama Fattah Amin menerusi drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang. Nur Fazura menggantikan Neelofa atas sebab komitmen.  

Anekdot: Senarai anugerah berprestej yang pernah berada dalam dakapannya, Tropi Festival Filem Malaysia bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) dan Pelakon Harapan Wanita menerusi Bicara Hati (2004). Dia juga memenangi Anugerah Skrin 2009 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menerusi Pisau Cukur (2009). 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
11
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Reply: 273
Komen

Komen Terbaru

Quote ShiningStars 14-7-2017 09:40 PM
Cantik sgt si faz ni..mmg versatile

Lain-lain Komen

Quote .N.A. 18-5-2017 07:00 PM
Baru tau ke
Quote CikE 18-5-2017 07:04 PM
Baru nak pandang ke
Quote hyie 18-5-2017 07:10 PM
mendoniaaaaaaaaaaaaaa
Quote naina 18-5-2017 07:10 PM
Yup! Betol lah tu
Cantik betol dia ni
Aura menyerlah terserlah
Quote Arry 18-5-2017 07:11 PM
tolong tepek gambar faz yg  helokkkkk masa abpbh hari tu...
Quote Babycomel84 18-5-2017 07:12 PM
Cun nya fazura. Sesuai sgt watak cinderella tu... kalau dulu kawin putrta raja lg fairy tales
Quote babydoll 18-5-2017 07:13 PM
tetibe i rasa ni mcm benang balas pada benang yg newbie bukak utk kutuk fazura
Quote doubleA 18-5-2017 07:13 PM
Harini keluar benang sesat tt kutuk fazura. Kolumnis cari puji kakafaz pulak memang mendonia kakafaz yah

Apapun acting sheols iols pun suka. Dengan pakej rupa tak jemu mata mandang. Tolak tepi kontroversi dia, lantak dia la hal tu
Quote ~boolean 18-5-2017 07:16 PM
fazura menggantikan neelofa atas sebab komitmen?

bukankah michael ang tak nak neelofa sebab fattah amin tak mahu? bukan begitu kah?
Quote GigaMom 18-5-2017 07:16 PM
Fazura memang sentiasa menarik lakonannya di mata ai.. plg suka dlm langit cinta, lakonan sebagai gadis kampung sangat real.. itu tak dinafikan.  yang penting penulisan Mummy Richie Dah semakin kurang merapunya... Loooike
Quote ikinbest 18-5-2017 07:17 PM
she such a goddess... live version
Quote Laisa 18-5-2017 07:17 PM
Tetap suka kt fazura
Quote vous_me6 18-5-2017 07:19 PM
Bakat lakonan memang tak boleh deny la. Faz antara pelapis pelakon yg boleh diharapkan dari dulu.
Quote syidasaleh 18-5-2017 07:20 PM
Arry replied at 18-5-2017 07:11 PM
tolong tepek gambar faz yg  helokkkkk masa abpbh hari tu...

yg atas tu helok jugak sbb comel macam gadis sunti 20an okay
Quote apedehal 18-5-2017 07:23 PM
~boolean replied at 18-5-2017 07:16 PM
fazura menggantikan neelofa atas sebab komitmen?

bukankah michael ang tak nak neelofa sebab fatta ...

Mula2 lopa jual mahal tolak tawaran dia bg reason ada komitmen lain.. hingatkan dpt la buat preparation kwin anok raja.. sekali nan hado.. apa hingat patah amin tu backup plan ka.. haruslah heols nk blakon dgn A-list actress weyy.. sape x mahu
Quote xxbujatxx 18-5-2017 07:23 PM
Cantek sgt faz faz ni
Quote tintalangit 18-5-2017 07:26 PM
Kaka Richie baru tahu ke?
sis @Changa mohon mengadap
Quote JeepersCreepers 18-5-2017 07:27 PM
Meolls setuju je Faz mmg berbakat
Quote abfarha 18-5-2017 07:28 PM
Berlakon jd kg.com pun elok
Jadi bimbo pun pandai
Mmg mendoniaaaaa lahhh

Lihat semua komen(274)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055484s Gzip On
To Top