Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Masih Setia Dengan Bola Sepak, Zaquan Adha Jawab Isu Video Teaser

18-5-2017 05:52 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 10291| Komen: 233

"Bola sepak masih menjadi keutamaan sebab saya tahu saya tidak berbakat untuk menjadi pelakon."

Bintang bola sepak popular Zaquan Adha berkata demikian ketika menegaskan dia tidak beralih arah dari bidang sukan ke dunia lakonan.



Sebaliknya, tegas Zaquan, 29, tawaran itu diterima sekadar memenuhi tuntutan sebagai duta sebuah iklan komersial.

"Ada yang tanya sudah tak laku lagi ker main bola?

"Jawab saya bola sepak masih menjadi keutamaan sebab saya tahu saya tidak berbakat untuk menjadi pelakon.

"Cuma kalau setakat berlakon iklan bolehlah sikit-sikit sebab babak tak banyak. Hendak berlakon serius itu tidaklah," katanya kepada mStar Online.


Foto: IG Zaquan Adha

Menurut laporan mStar Online, Zaquan sebelum ini pernah menolak beberapa tawaran berlakon.

Suami kepada aktres Ayu Raudhah itu dipilih menjadi duta bagi kempen Terima Kasih TV3 & TV9 sempena program ramadan yang menjelang tiba.

Desas-desus mendakwa dirinya kini sudah berpaling arah bermula apabila sepotong video memaparkan lakonan Zaquan bergandingan dengan Elfira Loy tular di media sosial.


Foto: IG tv3malaysia

Video itu bagaimanapun bukanlah teaser bagi mana-mana drama baru, sebaliknya ia hanyalah promosi untuk kempen Ramadan Raya stesen televisyen berkenaan.

Sementara itu, Zaquan menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia menolak tawaran berlakon kerana enggan terpalit kontroversi dan gosip liar.

"Tak berlakon pun ada gosip. Bagi saya kalau pandai bawa diri, segala gosip boleh dikendalikan dengan baik," katanya.

Nah, itulah jawapan Zaquan kepada mereka yang berspekulasi Pemain pasukan Perak itu beralih arah mencari karier baru. Apapun keputusan Zaquan, doakanlah yang terbaik buatnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 232
Komen

Previous : Saya Tak Kesal Tampar David Teo - Mat Over

Next       : Cipta Sejarah Lagi! Yuna Jadi Penyanyi Malaysia Pertama Tercalon Anugerah BET

Komen Terbaru

Quote samasam90 25-5-2017 09:17 PM
Kuan2minit ne hebat ke idok bermain bola? Rata2 porumer kata hampeh, seorg je kata hebat..

Lain-lain Komen

Quote mewo 16-5-2017 08:35 AM
Bagus la tu cari karier baru..

Jangan nak buat hal lagi.. kang bukan sekadar resit, tilam2 sekali kena hangkut..
Quote mamaneesa 16-5-2017 08:39 AM
duhhhh...berlakon la pulak...mentang2 muka ada nilai2 komersial
Quote merahrose 16-5-2017 08:41 AM
mohon berlakon dgn rr
Quote merahrose 16-5-2017 08:41 AM
mohon berlakon dgn rr
Quote mieymiey 16-5-2017 08:44 AM
Tak main la jadi duta makanan meaw, terus jadi pelakon gitchu
Quote khairina07 16-5-2017 08:46 AM
mamaneesa replied at 16-5-2017 08:39 AM
duhhhh...berlakon la pulak...mentang2 muka ada nilai2 komersial

Ada rupa...lakonan kayu pun xpe...contoh terdekat ada    
Quote aku.semut.merah 16-5-2017 08:49 AM
Sila berlakon bergsndingan dgn RR
Quote annehuda 16-5-2017 08:51 AM
aku tukar tajuk
Quote rosasa 16-5-2017 08:51 AM
mohon berlakon dengan RR, jadi laki gila talak
Quote mewo 16-5-2017 08:52 AM
aku.semut.merah replied at 16-5-2017 12:49 AM
Sila berlakon bergsndingan dgn RR

RR jadi emak zaquan jadi anak derhaka bapa aaron ajis

Quote mamaneesa 16-5-2017 08:54 AM
khairina07 replied at 16-5-2017 08:46 AM
Ada rupa...lakonan kayu pun xpe...contoh terdekat ada

hahaha...tolong la jgn ada gelombang merepek2 pulak
Quote fynnkakiblock 16-5-2017 08:54 AM
rosasa replied at 16-5-2017 08:51 AM
mohon berlakon dengan RR, jadi laki gila talak

berlakon drama kahwin lari di siam sis lagi meletop
Quote Tapayana 16-5-2017 08:54 AM
hai, dulu 2014 dia kan bengang dgn iqram dinzly pasal sepak ayu raudah dlm legenda budak setan tu ? siap warning ayu berhenti berlakon lagi.


la harini pun nak berlakon ? lutut tu dah expired ke zaquan ? maklumlah umur baru 30 tp rekod cedera mcm org umur 35-40
Quote Lorra2411 16-5-2017 08:54 AM
hamboi, berlakon pulak.
Quote cha-cha 16-5-2017 08:57 AM
Wahh.. cant wait... to hencap
Quote khairina07 16-5-2017 08:57 AM
Tapayana replied at 16-5-2017 08:54 AM
hai, dulu 2014 dia kan bengang dgn iqram dinzly pasal sepak ayu raudah dlm legenda budak setan tu ?  ...

G tgk drama tv3 suku 17may nih....gagah perkasa lg x die
Quote bambimo 16-5-2017 09:02 AM
dia xmain dgn jdt dah kan?
income xmasuk cm jdt kot...tu yg cari source of income lain utk tmbah pendapatan..anak pun dh masuk 3
Quote iza.moha 16-5-2017 09:04 AM
Zakuan ni yg kawen dgn raudah kn....
Quote ItisDD 16-5-2017 09:10 AM
Ha..ha...ha.... dah berlakon plak yer dek.... tahniahlah...

Wife nya pun dah sendu jer.....

Lihat semua komen(233)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069325s Gzip On
To Top