Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Buat Apa Bayar Mahal, Rawat Kulit Dengan Face Spray Air Mineral Saja!

18-5-2017 03:55 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1676| Komen: 19


Adakah anda setuju, perawatan kulit yang baik tidak semestinya dan mungkin boleh dikatakan tidak harus mahal. 

Penggunaan face spray misalnya yang kononnya digunakan untuk melembapkan wajah, sebenarnya boleh sahaja dilakukan sendiri tanpa perlu menghabiskan wang berpuluh mahupun beratus ringgit. 

Face spray sering digunakan untuk melembapkan kembali kulit wajah yang kering dan lesu. Hasilnya, wajah nampak lebih segar dan juga bertenaga. 

Pun begitu, tidak semestinya anda terus melulu membeli apa sahaja yang ada di pasaran. Memetik laman CNN, seorang pakai kulit Bames Skin Care, Pandu Pradana berkata wajah kembali lembap cukup hanya menggunakan air mineral.


"Jika mahu perawatan murah, anda boleh menggunakan face spray dari air mineral. Masukkan sahaja air mineral ke dalam botol spray. Kerana ia sebenarnya sama sahaja," katanya.

"Prinsipnya, kulit kering dibasahi dengan air akan menjadi lembap, namun ia harus diulang. Oleh itu, anda hanya perlu semburkan sahaja dari masa ke masa," katanya lagi. 

Katanya, face spray yang mahal terletak pada alatnya yang dipanggil sprayer. Ini kerana ia mampu menyemburkan air dalam bentuk partikel kecil yang menyerupai embun atau mist. 

Oleh itu, bagi anda yang sering duduk dalam bilik aircond misalnya, bolehlah sediakan face spray murah ini daripada air mineral sahaja! Selamat mencuba! - CARI 

Foto: Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 19
Komen

Previous : Benda Berguna Yang Boleh Dibuat Menggunakan Perapi Rambut

Next       : Buat Sarung Bantal Guna Kemeja-T Terpakai Sahaja, Tak Perlu Dijahit!

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 23-5-2017 11:47 AM
I dont think it is as simple as that...

Lain-lain Komen

Quote cik-jaja 18-5-2017 05:58 PM
hahaha tak payah susah2 p cari yang mahal kan?
Quote febreze 18-5-2017 08:48 PM
tu la..cari botol spray je..tah2 miracle water tu dlm nya air mineral saje..
Quote nisako 19-5-2017 09:27 AM
ooooooooooo baru tahu
Quote ItisDD 19-5-2017 11:15 AM
Ah .... jimatnya... x yah klr modal beringgit2....
Quote Esmiria 19-5-2017 01:06 PM
eleeh.kalau ko banyak duit xkn x teringin nk RSA rawatan2 mahal Tu.untuk rakyat marhaen cm aku ni blh lah try bnda ni
Quote cheergirlz 19-5-2017 01:49 PM
ok...good info to share...
Quote Husna 19-5-2017 03:41 PM
tu la skrg ni iols dh xnk pkai skincare yg ape2 tah.. baru2 ni saje gatal2 bubuh air zam2 yg selalu iols minum stp ari kat muka.. terasa segar je.. kulit pn xde berminyak..kne spray kerap la sebab duduk bawah econ je.. lepas ni kne spent  beli air zam2 jela..sambil2 minum spray kat muka
Quote Aquarius9283 19-5-2017 06:55 PM
Airzamzam.lgibagus
Quote merrissa 20-5-2017 12:37 AM
yeker.........ntah
Quote zawara 20-5-2017 10:18 PM
CARI-MAMS replied at 18-5-2017 03:55 PM
Adakah anda setuju, perawatan kulit yang baik tidak semestinya dan mungkin boleh dikatakan tidak h ...

letak air mawar... ai tgk cite apetah aritu dia p tempat proses mawar .. model pencen.. dia pon suka spray air mawar kt muka.. segar wangi plak tu
Quote lililen 21-5-2017 12:20 AM
Boleh save bajet ni
Quote lil_sparky 21-5-2017 10:27 AM
Bole try nih..botol spray dah ada
Quote Aquarius9283 21-5-2017 04:29 PM
Okkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote bungalilymawar 21-5-2017 09:18 PM
save budget.
Quote ShrekFiona20 21-5-2017 09:30 PM
kalo kulit berminyak.. dlm ekon pun minyak muke leh menumis
Quote alisonwee51 22-5-2017 01:26 AM
betulkah? bestnya tak payah beli skincare mahal mahal
Quote irwansuhadi 22-5-2017 03:40 PM
air wuduk 5 kali sehari dah memadai...
Quote fefeeling 22-5-2017 11:40 PM
ioll paling takut bau air mawar tp skg facial wash ioll main ingredient rose water kau rasa?
Quote Elle_mujigae 23-5-2017 11:47 AM
I dont think it is as simple as that...

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061912s Gzip On
To Top