Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Bakal Rugi ASD 150 Juta, Tak Sangka Filem King Arthur 'Flop'!

18-5-2017 03:54 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 4996| Komen: 46

Warner Bros mengalami mimpi ngeri terburuk apabila King Arthur: Legend of the Sword dilabel sebagai box office paling gagal. Malah, mimpi ngeri itu berlipat ganda apabila mereka menjangkakan bakal kerugian sebanyak ASD 150 juta (RM649,125,000).



Ditayangkan seminggu selepas Guardians of the Galaxy Vol. 2, filem ini sepatutnya 'mencuri' perhatian penonton. Namun, ternyata Warner Bros 'gagal' dan hanya mampu meraih ASD 15.4 juta (RM66,643,500) dalam pasaran domestik.

Memetik ScreenRant, analisis dilakukan The Hollywood Reporter menganggar Legend of the Sword hanya dapat meraih keuntungan maksimum ASD 145 juta (RM627,487,500) sahaja.



Jumlah itu sudah tentu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos produksi dan pemasarannya yang berjumlah ASD 175 juta (RM757,312,500).

Mengikut analis, kegagalan dialami filem garapan Guy Ritchie ini didorong beberapa faktor.


1. Filem adiwira - Penonton masih 'panas' dengan filem 'superheroes'.

2. Masa tayangan tak kena - Penonton lebih berminat dengan Guardian of the Galaxy Vol. 2 kerana ia adalah cerita baru berbanding jalan cerita King Arthur mencabut pedang yang agak sama sejak dulu.

3. Kritikan negatif - Filem ini hanya mendapat rating 27% dari Rotten Tomatoes membuat penonton berasa ragu untuk menonton.

4. Membosankan - Tak dapat dinafikan kemungkinan penonton sudah bosan dengan filem berlatarbelakangkan abad pertengahan seperti drama bersiri popular Game of Thrones dan Vikings.


Foto: IMDb

Meskipun mendapat kritikan teruk dari pengkritik, kita tidak boleh ketepikan tanggapan positif daripada penonton yang melihat filem ini berpotensi untuk pergi jauh. Apa pula komen anda yang sudah menonton filem ini? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 46
Komen

Previous : Atasi Rekod Kutipan Tertinggi, Baahubali Cetus Fenomena Di Seluruh Dunia

Next       : Pengarah Titanic Disaman RM1 Bilion, Didakwa Curi Idea Karakter Jack Dawson

Komen Terbaru

Quote riy 18-7-2017 08:27 PM
x best tp still boleh layan. baru tgk .

Lain-lain Komen

Quote Andyscenes 18-5-2017 04:24 PM
Aku da tengok, jalan cerita dia x membosankan.
Quote aleesyasofia 18-5-2017 04:37 PM
tengok trailer menarik jer..
Quote kentel 18-5-2017 04:49 PM
Andyscenes replied at 18-5-2017 04:24 PM
Aku da tengok, jalan cerita dia x membosankan.

ko tu smua movie pun best
Quote eizarz 18-5-2017 04:54 PM
kentel replied at 18-5-2017 04:49 PM
ko tu smua movie pun best

haha..mendapat setepek ko bagi...
Quote irwansuhadi 18-5-2017 05:18 PM
Verdict untuk filem ini berdasarkan tontonan aku (mungkin ada spoiler):

Jalan cerita:  Kisah legend King Arthur dan pedang Excalibur yang terkenal (biasa aje), tapi kali ini diceritakan bagaimana King Vortigern sekutu Modread (mage jahat)  iaitu sepupu King Uther, bapak King Arthur dibunuh dengan kuasa setan disebabkan perebutan kuasa yang melampau. Sebelum King Uther mati, dia sempat hanyutkan King Arthur ke kawasan gettho dan dibesarkan di rumah pelacuran. Pada masa yang sama, King Vortigern telah mengarahkan pembinaan wizard tower (macam game coc) untuk menjana kuasa mage dalam diri beliau. Tatkala wizard tower berada di fasa2 terakhir, perkara ajaib berlaku di mana air laut menjadi surut dan menimbulkan pedang excalibur yang pernah terkubur di dasar laut. Maka di situlah berlakunya firasat yang kuasa jahat akan dimusnahkan oleh kuasa baik. Yang lain2 ko tengok la sendiri.

Konsep: Ada campur brit culture sikit. Tak seperti medieval movie yang biasa.

CGI: Fuh, yang ni best. Dah macam  cite lord of the ring + prince of persia + harry porter + one piece + naruto.

Yang tak best:

1) Cerita banyak flashback. Mungkin nak bagi jalan cerita dia ada sense kot.
2) Pelakon mungkin tak menarik sebab Charlie Hunnam taklah popular mana tapi bagi gayah2 dan gadis2 wechat dan insta mungkin terpesona juga dengan badan kekar mamat ni.
3) Takde Merlin. So tak payah ko nak tunggu Merlin bila nak keluar.

Conclusion:

Mungkin versi Guy Ritchie's King Arthur agak lari dari cerita yang diketahui tapi seronok untuk ditonton.  Lagi seronok kalau takde sensor. Itu aje. Kbai,
Quote Andyscenes 18-5-2017 05:21 PM
kentel replied at 18-5-2017 04:49 PM
ko tu smua movie pun best

Haha... citer beluu je x best
Quote edmorita79 18-5-2017 06:46 PM
Andyscenes replied at 18-5-2017 05:21 PM
Haha... citer beluu je x best

Tu diaaa jawapan...hahahaha....
Quote dubuk 18-5-2017 06:54 PM
sedap ke cerita ni
Quote Andyscenes 18-5-2017 07:47 PM
edmorita79 replied at 18-5-2017 06:46 PM
Tu diaaa jawapan...hahahaha....

Haippp budak2 xleh tgk haha
Quote edmorita79 18-5-2017 07:55 PM
Edited by edmorita79 at 18-5-2017 07:58 PM
Andyscenes replied at 18-5-2017 07:47 PM
Haippp budak2 xleh tgk haha


Btui3....hehehe    Nk kena p tengok jugak la pilem king arthur ni sbb hang kata best andy
Quote edmorita79 18-5-2017 08:05 PM
irwansuhadi replied at 18-5-2017 05:18 PM
Verdict untuk filem ini berdasarkan tontonan aku (mungkin ada spoiler):

Jalan cerita:  Kisah lege ...


Alamak..xde Merlin...   Tapi cam best je pilem ni... kena p tengok gak ni... Thanx 4 da' huraian Wan..
Quote veYron 18-5-2017 08:09 PM
Rotten tomatoes ni bg impak sngt
Quote Andyscenes 18-5-2017 08:19 PM
edmorita79 replied at 18-5-2017 07:55 PM
Btui3....hehehe    Nk kena p tengok jugak la pilem king arthur ni sbb hang kata best andy :lol ...

Its magical.. arthur yg xnk jd raja
Quote edmorita79 18-5-2017 08:25 PM
Edited by edmorita79 at 18-5-2017 09:00 PM
Andyscenes replied at 18-5-2017 08:19 PM
Its magical.. arthur yg xnk jd raja


Oooooo....kiranya jln citernya jadi lain la yer... Sbenaqnya x penah tngok citer king arthur sblum2 ni...yg penah tengok pn Merlin tv siri tu jer..
Quote edmorita79 18-5-2017 08:26 PM
veYron replied at 18-5-2017 08:09 PM
Rotten tomatoes ni bg impak sngt

Ha ah...btul tu
Quote SelakLangsir 18-5-2017 08:34 PM
Nmpk mcm best
Quote veYron 18-5-2017 08:35 PM

klu rotten bg rendah tp x laku, x la malu sngt kan
Quote capiloton 18-5-2017 08:37 PM
ntah la, tak selera nak tengok king arthur versi baru ni.
berapa banyak kali remake da.

dalam banyak2 movie pasal king arthur,
aku paling suka movie Excalibur, tahun 1981.
ada patrick stewart aka professor X , dia muda lagi belum femes time ni.








Quote edmorita79 18-5-2017 08:39 PM
veYron replied at 18-5-2017 08:35 PM
klu rotten bg rendah tp x laku, x la malu sngt kan

Ehh... pun mcm btui jugak....hihihihi....sokong3

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049300s Gzip On
To Top