Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Dinner' Geng Orang Kaya Cecah RM78,000! Kau Mampu?

18-5-2017 02:27 PM |Dilihat:8397| Komen: 127
Dalam pada kita memeras tenaga dan memikirkan bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup, ada golongan yang langsung tak kisah 'membuang' duit sesuka hati.

Portal Places and Foods mendedahkan 12 individu telah membelanjakan lebih RM78,000 termasuk GST dan caj perkhidmatan, hanya untuk makan malam di sebuah restoran di ibu kota. 



Gambar bil makan malam itu dimuat naik menerusi sebuah grup tertutup di Facebook. Walaupun nama restoran tidak dinyatakan, orang ramai membuat spekulasi bahawa resit itu mungkin dikeluarkan restoran Marble 8 atau Marini 57 berdasarkan ID GST tertera. Kalau nak tahu, restoran terbabit terletak di Menara 3 PETRONAS, Persiaran KLCC.


Foto: Places and Foods

Terbeliak biji mata tengok harga tertera pada bil berkenaan! Nampaknya golongan atasan langsung tak terkesan dengan kegoyahan ekonomi kini. 

Jumlah keseluruhan perlu dibayar adalah RM78,478.80, bermakna mereka perlu membayar RM6,539.90 seorangSama dengan beberapa bulan gaji 'fresh graduate'. Anda mampu? 

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

"Itu duit mereka. Kita berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing.

"Mereka makan kereta ke?" antara komen netizen.


Foto: FB WORLD OF BUZZ

Nak makan je pun, sampai dekat RM100,000 dihabiskannya. Baik beli kereta sebiji. Tak begitu? - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
4
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 127
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Defcon2 18-8-2017 10:05 AM
Bayar mahal-mahal....last-last semua jadi tahi.

Lain-lain Komen

Quote Nham22 18-5-2017 02:40 PM
Ni ape kes ni mahai sgt...nak melobi project ke ape ni?
Quote kiambang 18-5-2017 02:41 PM
claim kat company kot as entertaiment..
Quote romeor 18-5-2017 02:46 PM
Hebat2.... deme punya duit biar laaaa....
Quote chinta89 18-5-2017 02:47 PM
duit dia, biarlah.. x pyh acah2 'kenapa x derma' etc... sape kite nk memaksa deols berbuat demikian.. entah2 dh byk deols sedekah, tanpa kita tahu.

sekian, mood setajah jadian.
Quote mieymiey 18-5-2017 02:49 PM
Iols hanya mampu tengok
Quote Mary_jane 18-5-2017 02:51 PM
Rasa apa lah makanan 78k tu agaknya.
Quote gerbera.memopad 18-5-2017 02:54 PM
Selagi tak kacau poket aku, bior le deme. Ada aku kesah
Quote huehue 18-5-2017 02:56 PM
Amboi sampai 78k. Ikut poket kaulahhh. Kalau mampu 1juta, why not?
I mampu ternganga jelah tengok.
Quote diaitu 18-5-2017 02:56 PM
Sbb ada alcoholic beverage kan tu.. makanan biasa mcm ok je price rasanya...
Quote CiliPadiSedap 18-5-2017 02:57 PM
kalau akak jual babi terbang  RM 80 000 pun mesti ada yang beli..
Quote matchstick 18-5-2017 02:58 PM
wine tu sebotol berbelas ribu
Quote ffbeauties 18-5-2017 02:58 PM
Orang kaya 78k tu macam rm78 je bagi dorang.. yg tak mampu macam kita kita marhaen ni duk diam diam je la. Asal bukan makan duit hasil peluh kita sudahh. Kalau belanja pakai duit rakyat memang aku pon tolong meroyan sekali
Quote AbukRokok 18-5-2017 02:59 PM
puak gini sibuk mnjang mne ade masa.
so saya mnyediakn valet makan. anda byar sya yg mkn
Quote matchstick 18-5-2017 03:01 PM
kuat tonggang geng ni
Quote mamapea 18-5-2017 03:02 PM
service charge jer 2 bln gaji aku
Quote matchstick 18-5-2017 03:03 PM
ayat org miskin jeles mcm aku, makan mahal2 pagi esok berak keluar tahi juga..bukan keluar emas pon
Quote nisako 18-5-2017 03:03 PM
wow mahalnyeeeeeee
Quote nisako 18-5-2017 03:03 PM
boleh beli sebijik kereta uuu
Quote iloveyou 18-5-2017 03:04 PM
champagne yg dorg order (cristal (retis mat saleh mana tah wedding hidang champagne ni je), chateau ada 3 tu), caviar lagi, mmg mahal nk mati.

Lihat semua komen(127)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.071733s Gzip On
To Top