Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

[Kecoh] Pelawak Mat Over Tampar David Teo Depan PM

18-5-2017 09:37 AM |Dilihat:19612| Komen: 594


Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni bertukar kecoh apabila berlaku insiden kekasaran antara artis yang hadir.

Memetik laporan Bernama, insiden itu berlaku semalam apabila penerbit David Teo dikasari oleh pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika kejadian, David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.

Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah Mat Over muncul lalu menampar muka David.

Dalam video yang menjadi tular di laman sosial itu, kedengaran suara Mat Over yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopan di hadapan Najib sebelum menamparnya.

Situasi itu mengejutkan hadirin yang hadir sebelum ia ditenteramkan oleh orang ramai.

Majlis dialog kemudian diteruskan seperti biasa.

Sesi berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Perdana Ummah dan diadakan di kediaman Najib di Putrajaya.

Dianggarkan kira-kira 300  penggiat seni daripada pelbagai latar belakang termasuk pemimpin persatuan menghadirinya.

Bagaimanapun pada akhir sesi, Rosyam memanggil Mat Over dan David di pentas untuk meminta maaf dan mereka bersalaman.

Kedua-duanya turut berbuat demikian kepada Najib.- CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
5
Terkejut
2
Sedih
6
Lawak
4
Bosan
2
Komen: 594
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MH3704 27-5-2017 12:03 PM
hanna88 replied at 20-5-2017 04:04 PM
Mat over memang over  Kalo nak g memana bawak sirap bebanyak la mat over oi..uols kuat ngamuk : ...

si tua kutuk mat over ni pun patut mampus kena lenyek lori bersama2 rosyam bangang iq bawah par tu

Lain-lain Komen

Quote missinpiece 17-5-2017 10:47 PM
Panas
Quote talia 17-5-2017 10:48 PM
Takde video ke
Quote aqua_marine 17-5-2017 10:48 PM
Sulaiman Yasin tu mat over kan??
Tak abes2 over dia.
Dulu kes menyepak org, skrg menampar plak.
Quote kucen_miang 17-5-2017 10:48 PM
Ayooo sudah miss la tht scene
Quote GegarVaganja 17-5-2017 10:49 PM
Videoooo

Quote uori 17-5-2017 10:51 PM
Nak video
Quote nh83 17-5-2017 10:51 PM
Aiyoo.. Pakcik suda marah..
Quote Babycomel84 17-5-2017 10:51 PM
Drama habis
Quote hangdenim 17-5-2017 10:51 PM
Wow #panas #panas #panas. Kami nak videoooo
Quote Potpouri 17-5-2017 10:52 PM
Quote febreze 17-5-2017 10:54 PM
haa mat over...
Quote willow12 17-5-2017 10:54 PM
Check out @Kama7esh's Tweet: https://twitter.com/Kama7esh/status/864847827142295552?s=09

Quote bellxx 17-5-2017 10:54 PM
choiii yg penting iolls nak tgk video mana video
Quote de_ikea 17-5-2017 10:56 PM
Apa yg david teo ckp? Apa yg mat over marah sgt? Klo berdasarkan malaymailonline tu, mcm amn-aman saja.

Quote willow12 17-5-2017 10:56 PM
Yg ni lebih clear what happened. Iols bg link je sbb dok reti direct donlod kat sini..

Check out @itsmeaidil's Tweet: https://twitter.com/itsmeaidil/status/864855700882604033?s=09
Quote lazim 17-5-2017 10:57 PM
Mat over ni mmg pngampu kuat.. program perhimpunan umno kr stadium tu pon beriye2 ngayun bendera
Quote fatinz 17-5-2017 10:58 PM
Nah video https://www.youtube.com/watch?v=ybE88lhqFV0

Knowing David Teo, dia takkan buat macm tu kalau takde benefit to him (possibly dibayar?)
Sebab ada ke kes dia lantang bersuara, serang org
Duli gaduh dgn sape tah (Isham ke Pierre), dia minta maaf terbuka kat Melodi
Quote fahima80 17-5-2017 10:59 PM
Kalau laporan kat atas ni betul maksudnya Mat Over la yang gila tiba2 pergi menampar
Quote willow12 17-5-2017 10:59 PM
Check out @rozeiwan's Tweet: https://twitter.com/rozeiwan/status/864857485093384192?s=09

Ni from diff angle...

Lihat semua komen(594)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.136072s Gzip On
To Top