Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kalau Dulu Tiada Pilihan, Kini Rambang Mata Dengan Servis Hantar Makanan

16-5-2017 12:41 PM |Dilihat: 3165| Komen: 46


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian. Rasa hari ni malas nak keluar pergi cari makan. Nak masak pun bahan-bahan tak ada kena pergi beli dulu. Jadi apa pilihan anda bila berada dalam situasi seperti begini. Selalunya apa lagi call fast food lah paling mudah dan paling senang. 

Dulu hanya ada penghantaran makanan daripada makanan segera sahaja dan tiada banyak pilihan. Asyik-asyik order pizza tak pun order lah burger betul tak. Tapi sekarang zaman dah makin berubah permintaan kepada penghantaran makanan dah makin berkembang. Bukan sahaja makanan segera tapi sekarang makanan ruji pun orang boleh datang hantar sampai ke depan pintu rumah.

Pengusaha makanan juga telah pandai mencari market kepada promosi produk makanan mereka. Sebelum ni pengusaha kedai atau gerai hanya berniaga secara konvensional tapi sekarang dah beralih kepada online dan juga service penghantaran. Ini sangat memberi impak kepada jualan pengusaha makanan kerana pengguna tidak perlu habis masa keluar tapi tetap boleh menikmati hidangan yang mereka suka.


Maha pun selalu juga menggunakan service penghantaran makanan ni ke pejabat. Sebab kadang-kadang tak ada masa nak keluar pergi beli makanan kerja yang banyak. Jadi duduk jer kat pejabat angkat telefon dan call jer. Lepas beberapa minit dah sampai depan pintu terus bayar jer. Tapi kena ada minima pembelian lah sebab mungkin nak cover kos penghantaran mereka lah.

Ada seorang pengusaha makanan ni yang Maha sempat sembang bersamanya semasa sesi makan-makan kat restoran beliau di Shah Alam. Katanya service penghantaran makanan ini bukan sahaja dapat memudahkan kerja penghantaran makanan mereka tetapi secara tak langsung ia dapat memperkenalkan restoran mereka kepada pembeli-pembeli baru. 

Contoh yang beliau berikan sangat mudah seperti service penghantaran makanan yang ada service secara dalam talian atau laman web. Dari situ pengguna dapat tengok jenis restoran yang berada berhampiran mereka dan juga pilihan makanan yang ditawarkan pada harga mengikut perbelanjaan mereka. Jadi di situ ia memberi saingan sihat kepada peniaga.


Tak kurang hebat juga mereka yang membuat service penghantaran sendiri. Maksud Maha restoran atau pengusaha makanan sendiri yang menyediakan perkhidmatan penghantaran mereka kepada pembeli. Ini lebih fokus kepada pembeli tetap dan mereka yang pernah mencuba makanan mereka. Hebahan tentang service makanan mereka berlaku dari segi pengalaman dari seorang pembeli kepada pembeli yang baru. 

Ada juga yang membuat service penghantaran makanan ini sebagai kerja sambilan. Ini sebenarnya dapat membantu banyak peluang menjana pendapatan kepada mereka yang mahir selok belok jalan. So tak adalah anak muda ini buang masa dengan perkara tak berfaedah macam yang kita selalu tengok kat jalan raya. 

Maha ada baca tentang seorang penghantar barang yang melakukan kerja ini secara tetap mengambil upah menghantar dengan bayaran hanya seikhlas hati sahaja. Tapi tetap boleh jana pendapatan beliau setiap bulan dan dalam masa sama dapat membantu mereka yang memerlukan khidmatnya.

Sebenarnya kita jangan pandang budak penghantar makanan itu sebagai satu pekerjaan yang tak ada masa depan kerana mereka melakukan kerja lebih mulia sebab nak penuhkan perut orang yang lapar betul tak. Kalau tak ada mereka mana nak sampainya makanan kat depan rumah kita kan. Bagi pengusaha makanan rebut peluang untuk service penghantaran ini kerana ruangnya sangat luas untuk mengembangkan peniagaan anda juga. 


Maha hanya ambil yang positif sahaja kat sini sebab tak maju sesuatu perniagaan kalau asyik fikir negative jer. Kerana orang yang mampu berjaya adalah orang yang berpandangan positif kehadapan. Kepada pengusaha service penghantaran atau individu yang buat pendapatan melalui service ini pastikan kita bagi service terbaik kepada pelanggan kita. Kerja yang baik melambangkan kejayaan kepada usaha kita.

Sedikit sahaja perkongsian Maha kali ini kalau anda rasa ada apa-apa idea yang nak kongsi dengan Maha boleh lah contact maha kat Facebook atau Instagram @Mahamahu. Nanti kita boleh kupaskan beberapa isu yang menarik kat sini sambil berkongsi idea. Selamat maju jaya semua.
 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
4
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
1
Reply: 37
Komen

Komen Terbaru

Quote SuRiaGreeNz 15-6-2017 03:05 PM
mlm2 bila lpar rsa nk mkn mcm2..  tp tgh diet.. uwwaaa.. sudahnya goreng telur 2 bji je..

Lain-lain Komen

Quote ffbeauties 16-5-2017 01:18 PM
Makanan rugi tu makanan macam mana
Quote aleesyasofia 16-5-2017 02:33 PM
ffbeauties replied at 16-5-2017 01:18 PM
Makanan rugi tu makanan macam mana

rasanya typo tue.. makanan ruji..
Quote chinta89 16-5-2017 03:30 PM
skg ni sape rajin cari peluang InsyaAllah masyukk.. bersusah2 dahulu.bsenang2 kedian hari
Quote uda 16-5-2017 03:40 PM
Ala..kalau food panda tu memanjang aje busy and tidak boleh nak order
Quote vanillaninja 16-5-2017 03:41 PM
My colleagues rajin je order food delivery ni. Senang, jimat masa. Tak payah pening2 nak fikir dekat mana nak lunch bagai. Delivery fee boleh share ramai2.
Quote pearl.silver 16-5-2017 03:45 PM
Bosan2 dok hospital selalu teringin nk order mkn2
Quote Ayda89 16-5-2017 04:04 PM
order nasi lemak pun hantar sampai ke depan rumah uols, bahagianya rasa hidup ni ;)
Quote beautifulliar 16-5-2017 04:04 PM
Tak penah order mknn online ni..hat lauk2 kuih2 sume tu..nk order tp tk reti pastu mls nk berpm pm rege la klo kepsi pizza tu normal la
Quote Artemesiaa 16-5-2017 04:21 PM
Sebab dah makin banyak pemintaan sekarang nak2 kalau area pejabat yang jauh sikit dari kawasan yang banyak kedai makan
Quote WhiskeyScotch 16-5-2017 04:22 PM
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:04 AM
Tak penah order mknn online ni..hat lauk2 kuih2 sume tu..nk order tp tk reti pastu mls nk berpm pm r ...

Amboi pemalasnya dia.
Quote beautifulliar 16-5-2017 04:27 PM
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:22 PM
Amboi pemalasnya dia.

Bizi konsepnya bang

Kdg2 boring jugok ngn fast food n masakan sendiri sbb ari2 dpn mata..sesekali teringin la nk ngorder lauk pauk sume kuih2 tu.mcm sedap je gmbr2 deme kt ig.tp tk dibagitau rege sesiap kne berpm pm plk tu yg mls tu..dh pm bjanggut nunggu baru berbalas
Quote WhiskeyScotch 16-5-2017 04:33 PM
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:27 AM
Bizi konsepnya bang

Kdg2 boring jugok ngn fast food n masakan sendiri sbb ari2 dpn mata..seseka ...

Depa tak pandai berbusiness sampai nak kena PM harga bagai. Service yang menyusahkan customers sampai nak kena PM tanya harga memang bukan strategi business yang baik.

Ala percayalah yang gambar nampak sedap tu rasanya taklah sedap mana. Jangan tertipu dengan gambar yang dah diedit berkilo-kilo.

Kes saman-menyaman apa latest update? Hilang dah thread tu.





Quote beautifulliar 16-5-2017 04:37 PM
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:33 PM
Depa tak pandai berbusiness sampai nak kena PM harga bagai. Service yang menyusahkan customers sam ...

Tp kebanyakan deme mmg suh pm klo nk tau hrga.agaknya mmg gitu cara niage online kot.entoh la.

Tp mmg terliur nengok gambar2 yg edit2 tu dah pasti

Tred tu dh kne campak ulu banat mls dh nk masuk..nk nengok amende latest update tp pnuh ngn haters and fanataik berkuntau.
Quote swimswim 16-5-2017 04:43 PM
Haritu try delivery foodpanda,tang payment susah nak lepas..one of the challenges that need to be addressed by the operator. Kalau accept cod kan alangkah bahagia nya
Quote WhiskeyScotch 16-5-2017 04:44 PM
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:37 AM
Tp kebanyakan deme mmg suh pm klo nk tau hrga.agaknya mmg gitu cara niage online kot.entoh la.

...

Ohhh dah kena campak. Kalau dah kena campak malaslah nak cari. I hope Nora menang kes tersebut. I dah tak play safe.
Quote beautifulliar 16-5-2017 04:46 PM
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:44 PM
Ohhh dah kena campak. Kalau dah kena campak malaslah nak cari. I hope Nora menang kes tersebut. I  ...



Tak play safe

Semoga dijangkiti hiv
Quote WhiskeyScotch 16-5-2017 04:48 PM
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:46 AM
Tak play safe

Semoga dijangkiti hiv

No worries. Sekarang HIV dah ada penawarnya. Oooo lalalalala.

Supaya tak OT, nanti nak check foodpanda. Boleh survey survey nak dinner apa malam ni.
Quote beautifulliar 16-5-2017 04:58 PM
WhiskeyScotch replied at 16-5-2017 04:48 PM
No worries. Sekarang HIV dah ada penawarnya.  Oooo lalalalala.  

Supaya tak OT, nanti nak c ...

Eeh selekeh la dia ni..tk kisah la ada pnawar ke idok tp Hiv?eei nnti tkde nk sape bkawan kang terjangkit lak.play safe sebelum terkena dah terkena kang takut terkenang2 lak
Quote WhiskeyScotch 16-5-2017 05:01 PM
beautifulliar replied at 16-5-2017 08:58 AM
Eeh selekeh la dia ni..tk kisah la ada pnawar ke idok tp Hiv?eei nnti tkde nk sape bkawan kang ter ...

Apa yang selekehnya. Fakta okeyh. Ala jangan risau dek. I sentiasa play safe. Manusia pembersih macam I sangat mementingkan kebersihan dan keselamatan serta kekemasan.

Jadi, I akan pastikan I order food online yang I nampak bersih, sedap dan selamat untuk dimakan.

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050450s Gzip On
To Top