Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Bro, Kepala Botak? Soroklah Dengan Sanggul. Tapi Jaga-jaga, Ia Berisiko!

16-5-2017 12:22 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2617| Komen: 10

Siapa sangka pemain bola sepak terkenal dari pasukan Real Madrid, Gareth Bale juga menyembunyikan sebuah 'rahsia' yang mungkin tak pernah dibayangkan orang lain.



Bale rupa-rupanya botak di tengah kepala! Tetapi Bale pandai menyembunyikan keadaannya itu dengan 'bersanggul'. Bagus juga ideanya itu kerana tidak kelihatan keadaan kepala sebenarnya.

Memetik BoredPanda, sumber terdekat Bale mendedahkan dia menyanggul rambutnya bagi menyembunyikan masalah kulit kepalanya itu.

'Taktiknya' itu mendorong lelaki lain dengan masalah sama untuk mencuba gaya mendandan rambut sama dengan memberi ilusi seolah-olah mereka tidak memiliki masalah langsung!





Bagaimanapun, taktik menyanggul rambut itu perlu dilakukan dengan cara 'betul' dan teliti bagi mengelak ia dari memakan diri sendiri.

Jika rambut ditarik atau didandan untuk membentuk sanggul terlalu ketat, ia boleh menyebabkan cengkaman kuat pada folikel rambut dan merosakkannya, lalu mengakibatkan ia gugur lebih teruk. Secara perubatannya, keadaan ini dikenali sebagai Alopecia (rambut gugur).

Mereka yang gemar mendandan rambut seperti hipster juga terdedah kepada risiko ini.


Foto: BoredPanda

Anda masih boleh menyanggul rambut anda, tetapi beri ruang kepada rambut untuk 'bernafas'. Jangan ikat terlalu ketat, okey? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
10
Terkejut
5
Sedih
6
Lawak
7
Bosan
6
Komen: 10
Komen

Previous : Bosanlah Gunting Dan Sikat, Lelaki Ini Boleh Potong Rambut Anda Guna Kapak

Next       : 3 Minuman Ini Dipercayai Mampu Merawat Masalah Ketiak Basah, Berbau

Komen Terbaru

Quote kiambang 25-5-2017 12:05 PM
Nampak mcm banyak rambut je ... pandai betul..,

Lain-lain Komen

Quote nisako 16-5-2017 01:02 PM
ooo no wander le dh bersanggulllllllllllllll
Quote mrizumi 16-5-2017 01:04 PM
Oww..mcmtu..bkn sekadar style la..
Quote aleesyasofia 16-5-2017 02:35 PM
baru iols tahu..
Quote umbut 16-5-2017 05:25 PM
Yg style hipster tu geli aku.. camner nak basuh rambut,syampoo bagai... ke tak basuh rambut setahun
Quote siskepoh 16-5-2017 06:20 PM
nsib rmbut meols jenis lebat berbuah. geli lak tgk xda rmbt gini
Quote miemiecha 17-5-2017 12:45 PM
dlu ex mek kne gak alopecia ni.. mak datuk,.. sekali g 500 melayang.. lpas tu dia mkin baik,.. ex kabo kne cuck kat tempat botak tu 7/8 kali gak.. satu sesi.. pastu dia p lah dal 3/4 sesi lagi, pes naik rabun tu kaler lain.. mcm perang n uban.. pastu makin molek.. pastu dia tggal mek!! hare sungguh!!mek doa bulu dia sume luruh!! mek setia!! puih!!!
Quote cik-jaja 17-5-2017 05:51 PM
botak terus je la senang..ensem pe laki botak..hehe
Quote syidasaleh 17-5-2017 10:49 PM
miemiecha replied at 17-5-2017 12:45 PM
dlu ex mek kne gak alopecia ni.. mak datuk,.. sekali g 500 melayang.. lpas tu dia mkin baik,.. ex ka ...

kelakar laaaa.suke pulak kita.doakan bulu kening ngn mata dia gugur sekali
Quote miemiecha 19-5-2017 09:46 AM
syidasaleh replied at 17-5-2017 10:49 PM
kelakar laaaa.suke pulak kita.doakan bulu kening ngn mata dia gugur sekali

ok, mek baca balik doh tadi.. hooh lah.. intead of nk marah, jadi kelako lah pulokkk.. hahahhahaha
adehh.. tapi mek bengang, ikut lah dia takut sgt botak, ujg2 kne tggal!! puihhh!!
Quote kiambang 25-5-2017 12:05 PM
Nampak mcm banyak rambut je ... pandai betul..,

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.053006s Gzip On
    To Top