Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Nak Buat Sumbangan Tapi Tak Tahu Salurannya? Baca Ini Dan Anda Akan Jadi Lebih Faham

12-5-2017 05:26 PMKomen: 21


"Baru dapat info, satu keluarga di kawasan PJ baby dia minum susu pekat kerana bekalan susu habis."

"Assalam Tuan, boleh hantar bekalan barang dapur URGENT untuk satu keluarga di Jalan Ipoh, anak2 mereka masih kecil."

"Empire Project buat program Food Bank kan, saya nak bagi info berkenaan satu family di Batu Cave,di mana ibunya sakit kini di Hospital, ayah pula mengalami sakit tulang belakang. Boleh pihak Empire Project tolong dari segi bekalan makanan."

Di atas ini adalah sebahagian ayat dari beribu mesej, email, wassap yang abanG dapat, setiap info dan maklumat akan diselidik dan bantuan akan di beri mengikut kesesuaian masa dan bekalan.

Food Bank @ Bantuan barang dapur.

Satu program di mana setiap bulan 150 keluarga dari senarai yg diperoleh akan mendapat bantuan barang dapur berjumlah RM30. 

Ye, RM30 sahaja dan mereka akan mendapat : 

Beras
Gula
Garam
Maggi
Susu pekat
Tepung gandum
Biskut


Program ini telah masuk tahun ke-3 dijalankan. Tahun pertama Empire Project berjaya membantu 150 keluarga menerusi program bantuan bulan Ramadhan, tahun ke dua Empire Project membantu lebih 600 keluarga di mana setiap keluarga mendapat bantuan bekalan barang dapur untuk 3 bulan berturut-turut. 
Tahun ini (2017) Empire Project merancang untuk membantu 1500 keluarga di KL (150 keluarga setiap bulan untuk 10 bulan dari bulan March sehingga December) menerusi program "Empire Food Bank"

Tahun ini juga Empire Project bekerjasama dengan 10 buah Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan di Serata KL dalam menjayakan misi "Empire Food Bank". Setiap sekolah mereka mempunyai senarai anak-anak  asnaf & miskin senarai diperoleh oleh jabatan agama dan jabatan kebajikan masyarakat (purata 50 ke 70 senarai anak-anak asnaf & miskin setiap sekolah).
 


Bagi menjayakan misi ini Empire Project  turut dibantu oleh rakan NGO  iaitu :

#humanity

#thegagaks

#pitstopcafe

#preloved4charity

#bridginteam

Setiap NGO akan mendapat 5 ke 10 set bekalan barang dapur untuk diedarkan kepada senarai penerima mereka.

Sasaran penerima "Empire Food Bank" ini adalah dari kawasan penempatan PPR, low cost flat, setinggan dan org asli.

Mereka mempunyai rumah ada kereta atau motor, setiap rumah mempunyai Tv sekali Astro, mendapat gaji bulanan dan pekerjaan tetap.

TETAPI ramai di antara mereka-mereka ini yang "struggle" untuk membuat DAPUR BERASAP :( 


AbanG secara peribadi minta masyarakat terus menyokong mana-mana NGI @ NGO yang menjalankan program Food Bank ini kerana banyak keluarga yang akan mendapat menafaat @ bantuan dari program sebegini.

Kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang Empire Food Bank ini boleh LIKE FaceBook Empire Project We Care We Share atau FaceBook peribadi abanG.



Hari ini kita bantu satu keluarga mendapat bekalan barang dapur. Esok lusa kita pula yang dibantu :) mana kita tahu kan.... percaturan tuhan itu indah dan adil.


Love - abanG

Apa Reaksi Anda...

Bagus
17
Marah
34
Terkejut
15
Sedih
23
Lawak
14
Bosan
21
Reply: 21
Komen

Komen Terbaru

Quote bungamelurindah 21-3-2018 04:09 PM
saya mengaku memang dorg ade astro, sye pernah menumpang rumah kawan sye yang duduk di ppr di ibu kota, dia (kawan lelaki) anak sulung lelaki, banyak berkorban untuk keluarga kerana adik beradik 10 orang, mak ayah gaji kecik sikit, dorang tak susah tp makan cukup2 sahaja, dengan bantuan yg adik sedikit sebanyak membantu mereka, astro tu untuk hiburan sahaja, ye la, dengan rumah kecik, adik beradik ramai, hiburan sgt penting, sebab benda tu yang mengurangkan stress, jgn kecam, selami dulu baru anda tahu, saya dah pernah duduk dengan mereka, saya tahu apa mereka rasa

Lain-lain Komen

Quote siskepoh 12-5-2017 05:34 PM
ok baru jelas. satu hari nanti sis akan turut menyumbang. doakan sis murah rezeki
Quote ainashiqa 12-5-2017 05:50 PM
Bagusnya bt program mcm ni
Quote WhiskeyScotch 12-5-2017 06:10 PM
Very good info.
Quote cik-jaja 12-5-2017 06:13 PM
Alhamdulillah..teruskan usaha murni ni..
Quote apalancut 12-5-2017 06:32 PM
empire ni boleh ikut, Empire PokDin melingkup
Quote marla69 12-5-2017 09:07 PM
Alhamdulillah. Pernah nampak ni kat sogo
Quote moonbug 12-5-2017 10:16 PM
Usaha yg murni. Boleh bantu sorg sikit. Semoga murah rezeki semua yg membantu
Quote testly 12-5-2017 10:50 PM
thanks..tgh mencari mcn mn nak salurkan..selalu time2 nak puasa/raya..ada je melintas kat fb feed psl project baju raya le..telekung le..bgsnya program ni..
Quote laili_nur 12-5-2017 11:49 PM
usaha yang bermanfaat..tapi kalo yg ada astro tu rasanya xde la miskin sgt kot.. kalo potong astro tu dh jimat 21.20 sebulan..tu pun kalo amik pakej paling murah..tp kalo pki njoi ok la kot dibantu.
Quote swimswim 13-5-2017 01:00 AM
laili_nur replied at 12-5-2017 11:49 PM
usaha yang bermanfaat..tapi kalo yg ada astro tu rasanya xde la miskin sgt kot.. kalo potong astro t ...

setuju.. aku tak setuju jugak nak contribute dkt org ada astro ni.. this is consider non necessity.
Quote trakea 13-5-2017 07:00 AM
Nak buat sumbangan sendiri senang jer
Quote lumie 13-5-2017 09:07 AM
Ok la sumbangan pn x membebankn
Quote shahreen 13-5-2017 10:59 AM
Sorry nk tny. Kenapa maggie ye yg diberi bukan telur ke roti ke or any other dry food. Jgn kecam iols nk tau je
Quote Kak-Leen 14-5-2017 02:35 AM
Daripada maggi, baik beri mee kering mcm mee siput  atau pasta ke kan.. Maggi mee tu kan ke x elok utk kesihatan.
Quote Kak-Leen 14-5-2017 02:40 AM
Di Kluang ada satu kedai runcit yg buat program seakan sama. Siapa2 nak sedekah, blh terus beli apa2 brg dari kedai tu dan diletakkan dlm satu container. Brg tu pun diberikan sedikit potongan harga kpd pembeli. Seminggu @ 2 minggu sekali akan disampaikan kpd fakir miskin dan anak2 yatim di kawasan yg berhampiran.
Quote chinta89 14-5-2017 02:02 PM
rata2 yg dapur x berasap ni, check :

pakai tepon ape, internet ade ke tak?

check rumah ade astro tak?

Quote LautBiru52 15-5-2017 08:30 AM
Seronok tgk kerja2 kebajikan macam ni..bg sesetengah orang bantuan mcm ni besar maknanya..
Quote qistiena 26-5-2017 11:44 AM
saya courious...rumah ade tv n Astro...tapi dapur tak berasap...adakah tuan rumah tak ade perkakasan memasak @ tidak reti masak...setahu saya Astro adalah kehendak...tetapi makan adalah keperluan...u need food or energy to survive...Astro hanye entertainment...just my opinion...kenape tak cancel je subsciption Astro tu and use the money to buy sustainant...jangan marah haaa.... ;)
Quote ffbeauties 26-5-2017 05:54 PM
Dah ada astro tu kensel aku nak menyumbang. Ramai lagi yg betul2 memerlukan.

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.082249s Gzip On
To Top