Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Atasi Rekod Kutipan Tertinggi, Baahubali Cetus Fenomena Di Seluruh Dunia

11-5-2017 02:27 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2675| Komen: 4

Wah, siapa sangka filem pertempuran epik terbitan industri perfileman yang kurang dikenali di India mencetuskan fenomena apabila meraih kutipan tiket tertinggi negara itu, kata penganalisis pada Isnin.

Memetik The Economic Times, "Baahubali 2: The Conclusion", bahagian terakhir daripada dua siri pengembaraan fantasi itu mengutip lebih 10 bilion rupee (RM675 juta) di seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada 28 April lalu.



Filem dari selatan India sarat dengan kesan efek khas telah mengatasi filem blokbuster Bollywood 'PK' yang mengutip sekitar ASD120 juta (RM522 juta).

"Filem Baahubali 2 mengatasi 20 bilion rupee dalam kutipan kasar seluruh dunia, mengatasi filem PK lakonan Aamir Khan yang sebelum ini merupakan filem India nombor satu di dunia," kata penganalisis filem India, Ramesh Bala kepada AFP.

Baahubali menceritakan kisah dua beradik berperang untuk menguasai kerajaan India di mana terdapat adegan dalam filem itu dibandingkan dengan filem Hollywood, 300.


Foto: IMDb

Filem arahan SS Rajamouli itu memaparkan babak pertempuran menggunakan efek khas termasuk babak gajah mengamuk dan rempuhan lembu dan ia dirakam dalam bahasa Telugu dan Tamil dari selatan India di mana filemnya dikenali sebagai Tollywood dan Kollywood.

Baahubali juga dialih ke bahasa Hindi dan beberapa bahasa daerah lain serta mencetuskan fenomena 'Baahubali' mania di seluruh dunia. 

Siapa yang dah tengok filem Baahubali ini? Betul-betul memukau ke? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 4
Komen

Previous : Drama Awak Sangat Nakal Gagal Menyerlah Kerana Pengarahnya?

Next       : Bakal Rugi ASD 150 Juta, Tak Sangka Filem King Arthur 'Flop'!

Komen Terbaru

Quote shasha79 6-7-2017 06:53 PM
memang best. i tengok banyak kali!

Lain-lain Komen

Quote wasabi29 7-6-2017 10:47 PM
I dah tgk cerita ni mmg best
Quote miemiecha 14-6-2017 11:22 AM
mek tengok dah sdedua.. mmg best!! gahahahahha

#mekbukanminattamilmovie,tapiyangnimemangbest..
Quote kambinggila 22-6-2017 11:41 AM
gaya perang tu epic kot dah macam battle of the five army
Quote shasha79 6-7-2017 06:53 PM
memang best. i tengok banyak kali!

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.032294s Gzip On
To Top