Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Aiman Tino ¡®Anak Ikan¡¯ Cetuskan Fenomena!

9-5-2017 03:59 PM |Dilihat: 6183| Komen: 70


Populariti yang dikecapi 'anak ikan¡¯ ini telah meletakkan dirinya pada tangga artis paling popular! Ini satu fenomena yang membanggakan! Sekelip mata dan serta merta meledak populariti itu menjadi virus pada dirinya. 

Aiman Tino, Kurela dibenci! Meletop! Daripada kanak-kanak hingga dewasa, lagu nyanyian Muhamad Aiman Yusri menjadi bualan hangat. Siapakah yang dapat menidakkan rezeki  kurniaan daripada Allah? 

Anak ikan yang memiliki ¡®wajah lembut¡¯ ini dikatakan bersuara hasil gabungan suara antara Tomok dan Izat Lazim, Ini saya tak pasti¡­ Tapi sebagai DJ saya suka suaranya  lunak dan merdu didengar. 

Biarpun lontaran vokalnya meleweh leweh, tapi tetap diterima ramai. Setiap kali membuat persembahan pasti ramai yang menitiskan airmata kerana terlalu obses dan sayang padanya! Muka elok sangat!!! 


Fenomena Aiman Tino terjadi, di saat lebih 35 juta tontonan di laman Youtube  menerusi lagu ¡® Ku Rela Dibenci¡¯. Kalau dikira, lebih 50 peratus rakyat Malaysia sudah menonton video muzik ini yang melakar namanya di peta hiburan tempatan. 

Apa jua komentar negatif  yang dilemparkan, suka atau benci, semua harus menerima hakikat bahwa anak ikan ini bukan calang-calang auranya. Jika bijak dicatur langkah, tidak mustahil satu sejarah bakal tercipta. 

Imbas kembali pada tahun 1990-an Datuk Siti Nurhaliza melakar sejarah luar biasa, hingga kini masih utuh sebagai penyanyi nombor satu. Kini giliran Aiman pula sujud di kaki takdir.  

¡°Biarlah apa orang hendak label mengenai saya. Peminat tahu menilai, kalau mereka suka, saya gembira. Itu sudah cukup memuaskan hati, lagu kampungan ke, itu tidak menjadi masalah,¡± ujar Aiman, tutur bicaranya teratur dan sopan.
 
Pernahkah Aiman terfikir akan sepopular ini?                  

"Apa yang saya lalui sekarang memang tak pernah ada dalam fikiran saya dan jika diikutkan saya masih terkejut dan seolah-olah tidak percaya.

¡°Mula-mula sangat teruja. Bayangkan setiap kali membuat persembahan, peminat bagaikan histeria menjerit-jerit nama Aiman Tino. Air mata tertumpah menyaksikan setiap bibir mereka mengikut sama alunan lirik lagu Ku Rela Dibenci. Ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya.

¡° Keajaiban ini terjadi secara kebetulan dan tidak langsung diatur. Masuk pertandingan pun tidak pernah, macam mana hendak fikir boleh jadi penyanyi?  Abah buat lagu dan suruh saya nyanyi. Alhamdulillah, percaturan Allah siapa dapat menyangka¡±.  

Foto: IG Aiman Tino
Ada yang mengatakan Aiman sekarang sudah kekwat? Demanding! Letak harga  satu show antara RM20 ¨C 30 ribu?                                                                            
¡°Tidak benar!!  Alhamdulilah kami banyak dapat tawaran tapi tidak pernah meletakkan harga tidak masuk akal. Soal bayaran boleh berbincang dengan syarikat pengurusan Aiman. Pintu rundingan sentiasa terbuka¡­ 

Wow! Dengarnya Aiman mendapat hadiah sebuah kereta bernilai RM 1 juta? Betul ke? 

¡°Insyallah¡­ Rezeki dari Allah! Kereta Audi R8 itu adalah hadiah daripada rakan strategik perniagaan, Datuk Ryzal Jamaludin, Ketua Pegawai Ekskutif Wonder Glow Cosmetic. Ini adalah salah satu dari promosi memperkenalkan produk tersebut¡±.   

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
9
Terkejut
7
Sedih
8
Lawak
8
Bosan
6
Reply: 70
Komen

Komen Terbaru

Quote pittjie 11-5-2017 09:06 AM
ntah kenapa ... ahkaq tak suka sgt stail senyuman si aiman ni. especially yg mcm gambar atas belah kanan tu.

and please la TT. motif nak refer dia anak ikan .. anak ikan. anak ikan tu kan lelaki belaaan lelaki gay.  although aku langsung tak minat dak aiman ni ... tapi terganggulah ketenangan pagi aku baca tajuk .. anak ikan refer to budak ni.

Lain-lain Komen

Quote CARI_Kolumnis 9-5-2017 04:03 PM
utk para pembaca sekalian, artikel ini adalah disiarkan dalam segmen KOLUMNIS @cari di portal utama CARI (homepage CARI)...

Utk baca tulisan lain dalam segmen KOLUMNIS @cari boleh klik ke sini: ---> https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=list&catid=135


163509omce777xftmflwo9.jpg
Quote zawara 9-5-2017 04:06 PM
CARI_Kolumnis replied at 9-5-2017 04:03 PM
utk para pembaca sekalian, artikel ini adalah disiarkan dalam segmen KOLUMNIS @cari di portal utama  ...

takot kena hencap ke
Quote kiah_mai_pulak 9-5-2017 04:11 PM
Sampah n jijik nya tred ni.. Mcm recycle tred lama2 dik eman tino dlm forum ni je.. Kosserr #terusmengecam :
Quote terpaku 9-5-2017 04:12 PM
eman tino whu are yussss? sendu dah yach... sekarang zaman tajul walaupun klon
Quote CauPandin 9-5-2017 04:15 PM
gigih admin yachhhhhhh
Quote bellxx 9-5-2017 04:17 PM
iollss lebih minat dik tajul dr dik eman ni
Quote kentel 9-5-2017 04:17 PM
terpaku replied at 9-5-2017 04:12 PM
eman tino whu are yussss? sendu dah yach... sekarang zaman tajul walaupun klon

haippp...jangan cerca....iols rembes nengok dek emannnn
Quote Lorra2411 9-5-2017 04:30 PM
Aiman ni depan depan baik gila kot. cakap pun lembut jah. #pengalaman #bukankarats
Quote samasam90 9-5-2017 04:31 PM
i rasa la kan.  dek eman tenok is so yesterdays dah. sis richie tinggal dlm kuburan ke acahne ne?  selalu jah lambat hapdet.
Quote fynnkakiblock 9-5-2017 04:34 PM
motip menganakikankan eman???? teringin ke nyahh
Quote sofiazara 9-5-2017 04:36 PM
aiman dak baik
comel
jefri din versi moden
Quote sepitsiput 9-5-2017 04:36 PM
terpaku replied at 9-5-2017 04:12 PM
eman tino whu are yussss? sendu dah yach... sekarang zaman tajul walaupun klon

wajarkah kak Richie dicalonkan utk anugerah Ku Rela Dibenci dlm Anugerah Siput next year?
Quote syidasaleh 9-5-2017 04:38 PM
eman tino apo?nyanyi mcm terchirit jah
Quote katibism 9-5-2017 04:38 PM
CARI_Kolumnis replied at 9-5-2017 04:03 PM
utk para pembaca sekalian, artikel ini adalah disiarkan dalam segmen KOLUMNIS @cari di portal utama  ...

Kpd sis Richie... bersedialah. Nikmatilah..  

Skrg ni yg betul2 tgh UP...si mael izzani & aqiem rusli tergantung sepi. Atmosfera band pun not bad gak
Quote Villiant15 9-5-2017 04:38 PM
ala eman tino dh lame ler.. next pleasee...
Quote katibism 9-5-2017 04:39 PM
Edited by katibism at 9-5-2017 04:52 PM
sepitsiput replied at 9-5-2017 04:36 PM
wajarkah kak Richie dicalonkan utk anugerah Ku Rela Dibenci dlm Anugerah Siput next year?


Sis propa lagi yach. @qqOfficial

Xmo ckp psl nx year. Yg tahun ni aiols & Budiey x dijemput ke sidang media?? Yiiiiiiiiih  
Quote ahlisihircute 9-5-2017 04:51 PM

nak eman tino.....
dah byk duit tu gi sambung belajar yer....
Quote omakai 9-5-2017 04:54 PM
adoi...tak taste anak ikan lgsgggg aimantinooo niii
Quote kernasayang 9-5-2017 05:05 PM
Budak sekolah suka giler kot

Lihat semua komen(70)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.107142s Gzip On
To Top