Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lukisan Bernilai RM7 Juta Tertinggal Di But Teksi, Penjual Lukisan Fail Aduan Curi

3-5-2017 05:25 PM |Dilihat:2760| Komen: 60
Seorang penjual lukisan tertinggal sebuah lukisan bernilai 1.5 juta euro (RM7 juta) di dalam but teksi yang dinaikinya di Paris.

Berikutan tidak dapat menjejaki teksi itu dan lukisan bernilai tinggi itu masih belum dipulangkan kepadanya, justeru itu penjual berkenaan bertindak menfailkan aduan kecurian pada Sabtu lalu.

Polis Paris berkata, penjual berkenaan sepatutnya bertemu pengumpul seni untuk urusan jual beli lukisan tersebut Khamis lalu.

Bagaimanapun memetik laporan The Straits Times di Singapura, teksi berkenaan telah berjaya dikesan dan lukisan itu telah pun dipulangkan kepada penjual lukisan itu.

Lukisan bertajuk 'Concetto spaziale' atau Spatial concept itu dihasilkan oleh pengukir dan pelukis Itali kelahiran Argentina, Lucio Fontana (1899-1968). 

Karya itu adalah antara siri abstrak yang dihasilkan Fontana memaparkan seni menindik kanvas untuk menghasilkan dimensi sebenar ruang dan penggunaan cahaya.- CARI

sumber : BH Online
sumber : http://luxewomentravel.com


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 60
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:57 AM

Lain-lain Komen

Quote S|_BUTA 3-5-2017 05:31 PM
Itu macam ka 1.5j euro ? Macam kiwak jer lukisan
Quote tokchik 3-5-2017 05:37 PM
tang mana agknya yg jdikkn lukisan tu begitu nernilai?
Quote felinecat 3-5-2017 05:38 PM
mmm, tidak reti menilai lukisan ni, berjuta bagai.mcmne depa nilai ye.
Quote grouper 3-5-2017 05:52 PM
Antara benda mengarut yg aku rasa dlm dunia ni ialah lukisan2 mahal...tapi org2 kaya skang mmg kumpul lukisan2 ni sbb harganya pasti naik nnt.
Quote aleesyasofia 3-5-2017 06:18 PM
iols teringin nk tau mcm mana lukisan di nilai dan hrga tggi mlambung.. kdg2 mata iols tgk biasa jer tp hrga bkn main lg.. brjuta2..
Quote Madel 3-5-2017 06:32 PM
Sendiri cuai lgi nak buat polis report..so driver teksi tu ada saman dia balik tak?
Quote hanakikan 3-5-2017 06:45 PM
lukisan paling mahal The scream hasil tangan pelukis norwegian. Anxiety pulak lukisan yg hampir sama dengan the scream
Quote Artemesiaa 3-5-2017 06:46 PM
Nasib le dapat jumpa semula.  Karya pelukis lama nak2 yang dah ada nama macam Lucio Fontana dah melukis dari 1899 memang le mahal harganya.
Quote Felycya 3-5-2017 07:01 PM
Sendiri yang cuai. :zz
Quote mirandanicky1 3-5-2017 07:11 PM
Sejenis lukisan apakah begitu..sesungguhnya sy kah yg buta seni
Quote CiliPadiSedap 3-5-2017 07:12 PM
tips nak lukisan mahal :

>>tukar nama kepada italian contoh nekmah tukar kepada namamia raspurati
>>pastikan lukisan anda tidak dapat difahami oleh setiap orang
>> jual lukisan anda daripada perspektif berbeza konon2 karya agung walhal lukisan cap ayam
Quote saladin780 3-5-2017 07:15 PM
Mahalnya lukisan..padahal cam cakaran kucing je pon
Quote batmana 3-5-2017 07:16 PM
mahal sebab umur lukisan tu
Quote helicornia 3-5-2017 07:32 PM
lor..kanvas carik2 gitu sampai juta2..mmg tk bole hadam
Quote KakiSelpi 3-5-2017 07:52 PM
kemak... mcm kne cakar rimau jer....
RM10 hengget aku beli....
Quote noraidil_06 3-5-2017 07:57 PM
remind me of my client.cancel beli tnh sbb nk beli lukisan.pelukis malaysia.lupe plak nama.lukisan tu mcm lukis dgn kaki.rm4 pun x ingin ku beli.
Quote aurorae 3-5-2017 08:11 PM
Edited by aurorae at 3-5-2017 08:12 PM

orang putih menilai  cantik agak lain dari kita.  Anak aku pernah menang pertandingan fotografi kat sekolah dia di OZ, padahal dia cuma ambik gambar  tepi pantai dari jauh je, takde special apa pun.  Takde satu objek dekat  pun untuk jadi focal point foto tu.  

Kawan2 dia ambik gambar lawa2 semua kalah.  Masa ni dia ambik course intensif english, majoriti kawan2  dia cina.  Anak aku bukan  minat fotografi pun, masuk bertanding  sebab kena paksa.   

Rupa2 nya sebab caption dia di bawah foto tu,  anak aku berjiwa sastera, adalah dia tulis benda2 puitis bersama foto tu.    Kawan2 dia setakat letak caption 'the  shell' dan sebagainya.

Dia kata  hampir semua pengunjung galeri akan berdiri lama depan foto dia dan puji2 sambil tanya lebih  lagi pasal foto tu.  Menang hasil undian pengunjung dan cikgu2.  Takde sapa peduli pun pasal teknik fotografi atau cantik/hodoh foto tu kecuali kawan2 yang kalah.

Dan dari situ juga baru aku faham kenapa orang putih boleh pilih  perempuan melayu  yang dianggap gemuk/kepam dan tak dipandang sebelah mata pun oleh lelaki melayu sendiri.  
Quote HannahMontana 3-5-2017 08:22 PM
rupa mcm itu lukisan adalah kejadian  yg terjadi secara spontan dlm hidup kita seperti  kertas tertumpah air menjadi seperti  lukisan kain carik ...sisir sikat .....yg mana xde satu pun kita hargai "seni" sedemikian rupa sebab sejak kecil kita dididik yg cantik itu rupa.....
Quote matchstick 3-5-2017 08:52 PM
Aku membayangkan kalu ada penumpang tertinggal lukisan mcm ni dlm kereta aku dan penumpang tersebut gagal dikesan, pasti dah selamat masuk tong sampah lukisan tu. X hingin aku nk simpan

Lihat semua komen(60)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086851s Gzip On
To Top