Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ahaks! Dapat Awek Garang, Boleh Kecapi Bahagia Ke?

21-4-2017 04:38 PM | Dilihat: 3479| Komen: 41


Orang kata dapat awek garang, habislah lelaki tu! Kenapa tidak, semua yang dibuat akan dipantau, diarahkan, bersikap demanding, cepat marah dan banyak lagi sikap negatif. 

Namun, sebaliknya banyak kelebihan sebenarnya bila anda dapat pasangan atau pun makwe yang garang ini ramai tidak tahu. Malah, anda lebih beruntung sebenarnya. Nak tahu kenapa?


1. Dia akan melindungi anda

Berbanding lelaki yang melindungi wanita, awek jenis garang inilah yang sangat mengambil berat dan menjaga anda. Malah, tak perlu takut dengan 'ancaman' luar kerana si dialah yang akan melindungi anda. 


2. Elak anda terjerumus

Tak dinafikan lelaki boleh melakukan perkara yang tak diingini atau perkara bodoh bila dalam keadaan tertentu seperti tertekan, dipengaruhi rakan sebaya dan sebagainya. Namun, awek jenis garang boleh mengelakkan anda terjerumus ke lembah kotor seperti itu, percayalah!


3. Lebih berdikari

Lazimnya wanita garang ni bukanlah jenis lemah dan mampu melakukan banyak perkara tanpa bantuan lelaki. Pendek kata, mereka ini jenis berdikari dan ini membuatkan hubungan kalian berjalan dengan lebih lancar terutama jika terpaksa tinggal berjauhan. 


4. Bijak merancang

Awek macam ni mereka tahu dan yakin apa yang mereka mahukan dalam perhubungan dan kehidupan. Anda haruslah peka sedikit dengan apa yang dia suka dan tidak suka. Memang nampak sukar pada mulanya, namun lama-kelamaan anda tahu awek macam ini bukan jenis demanding sebenarnya. Apa yang mereka mahu cuma anda lebih peka.

Foto: Carian internet
5. Tak suka menyusahkan

Jika anda keluar makan bersama dan si dia berkata mahu membayarnya, biarkan sahaja. Walaupun anda mampu untuk memberinya wang yang lebih, namun wanita sebegini mempunyai prinsip untuk tidak menyusahkan anda. Sila percaya, dah cuba baru tahu! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 41
Komen

Previous : Bro, Tak Malu Ke Perut Buncit? Kenal Pasti Punca Untuk Elakkannya Berlaku

Next       : Kajian: Wanita Montel Buat Para Suami 10 Kali Lebih Bahagia

Komen Terbaru

Quote kiambang 25-5-2017 12:25 PM
Selalu bini  yang garang .,,

Lain-lain Komen

Quote Gadis_sarawak 21-4-2017 05:21 PM
Aku mengaku aku garang. Sebab ramai orang cakap aku garang. Tapi dalam garang aku tu ada kelembutan dan kemanjaan aku. cewahhh...

Part berdikari dan tak suka menyusahkan tu mungkin betul..sebab aku walaupun dah ada suami time susah kadang aku pendam sorang je. Dan lagi suka berdikari sendiri.
Quote cekgihani 21-4-2017 05:32 PM
Hahaa..tepat sgt ngn aku. Alhamdulillah aku dpt suami x garang. Layan je kepala bini dia. Tp ppuan yg garang ni manja dia suami je yg tau
Quote siskepoh 21-4-2017 06:02 PM
sis mmg grang dgn lelaki. supaya lelaki tu x pijak kepala iols
Quote cheergirlz 21-4-2017 06:14 PM
kihkihkihkih...iols pon da ciri2 tue
Quote Andyscenes 21-4-2017 06:26 PM
Betullah tum garang tapi bijak
Quote mystica 21-4-2017 06:49 PM
sesetengah laki ni mmg patut dapat bini or gf yg garang hehe
Quote mrizumi 21-4-2017 06:57 PM
Selalunya kalau sorg garang..sorg lembut skit..kdg bukan garang..tp tegas..bagus jgk.jnis mnja gedik sgt xsuka jgk..
Quote Mary_jane 21-4-2017 08:17 PM
Orang luar nampak i lemah lembut tapi sebenarnya garang macam singa.
Quote ninja boy 21-4-2017 08:55 PM
garang2 patut bertempat
nanti laki lari, laki ceraikan
anak x mau cakap dgn parent
anak tak mau balik kg
anak x mau jaga parent dah tua
suami dan anak kelihatan duduk dalam rumah tetapi jiwa mereka sudah mati

Quote Victorioussss 21-4-2017 10:00 PM
I pernah bcinta dgn awek garang. Mulut tak garang, tapi naik tangan. Tampar sepak cubit sekeh kepala tu memang selalu. Maybe sebab dia spesis dominan. Macam singa betina.
Quote Farnor 21-4-2017 11:56 PM
Sya memgaku sya ini garang juga..cuma jarang marah dan paling tak suka feel ini sebab cepat sakit kepala klu dah dtg panas baran..dan bertempt..suka berdikari..buat hal sendiri jak.hihihi
Quote onexox97 22-4-2017 12:02 AM
masa mengorat memang la best ngorat awek garang, rasa adventurous gitu, tapi bila dah bersama masih garang jugak, naik tangan kaki maka bertambahlah kes dera laki
Quote Levespa 22-4-2017 09:31 AM
biasa awek garang sebab yg perempuan lebih dominan.. boyfriend pulak lembab atau suka buat kesalahan ulang2..
Quote terma2nkondisi2 23-4-2017 06:48 AM
elehhh.. nmpk je dari luaran garang mcm singa

tapi dalamannya tersembunyi kefemininannya yg lembut spt anak kucing

mcm @chazey

Quote MyNameIsIris 23-4-2017 03:08 PM
Iols ngaku garang.. lagi-lagi dapat bf (husband) yang pasif. Tapi masa belum kahwin je lah boleh tunjuk garang... dah kahwin tak dilayannnnnn... . Husband i cakap i macam kucing

Iols pernah je sound kawan-kawan husband yang dok carut-carut dalam post dia. Kat post depa, lantak pi la kan ni carut kat post gambar yang husband iols upload. Dah tu mil pun pernah ngadu dia tak suka kalau kawan-kawan husband iols menganjing anak dia... hambik kau mak singa datang sound, masing-masing lari bertempiaran..

Tapi i kalah drngan lelaki yang garang, baran... samada i diam atau buat bodo je macam tonggong
Quote minguk 25-4-2017 09:16 AM
orang cakap i garang dan sombong padahal mereka tak kenal pun i..
~sunyi~
Quote gerbera.memopad 25-4-2017 11:32 AM
Mostly yg berlaku sekeliling aku kan, lelaki yg dapat awek/wife garang ni ialah lelaki mantan plaboya. Cash sangat
Quote chazey 25-4-2017 06:23 PM
terma2nkondisi2 replied at 23-4-2017 06:48 AM
elehhh.. nmpk je dari luaran garang mcm singa

tapi dalamannya tersembunyi kefemininannya yg lemb ...

Hemboi.  
Quote WhiskeyScotch 26-4-2017 12:19 AM
Motif banyak yang mengaku diri garang.? Aummmmmm!!!!!

I pun garang sebenarnya.   I sangat tegas dan garang  di alam realiti. Dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan pun I yang paling garang dan tegas.

That's why I suka kalau dapat pasangan yang tenang seperti air. Kalau dpt pasangan yang garang juga mahu bercekau siang malam.

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.067284s Gzip On
To Top