Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Awek Garang

1-1-1970 08:00 AM|Oleh: Adib Za| Komen: 0


Orang kata dapat awek garang, habislah lelaki tu! Kenapa tidak, semua yang dibuat akan dipantau, diarahkan, bersikap demanding, cepat marah dan banyak lagi sikap negatif. 

Namun, sebaliknya banyak kelebihan sebenarnya bila anda dapat pasangan atau pun makwe yang garang ini. Malah, anda lebih beruntung sebenarnya. Nak tahu kenapa?



1. Dia akan melindungi anda

Berbanding lelaki yang melindungi wanita, awek jenis garang inilah yang sangat mengambil berat dan menjaga anda. Malah, tak perlu takut dengan 'ancaman' luar kerana si dialah yang akan melindungi anda. 


2. Elak anda terjerumus

Tak dinafikan lelaki boleh melakukan perkara yang tak diingini atau perkara bodoh bila dalam keadaan tertentu seperti tertekan, dipengaruhi rakan sebaya dan sebagainya. Namun, awek jenis garang boleh mengelakkan anda terjerumus ke lembah kotor seperti itu, percayalah!


3. Lebih berdikari

Lazimnya wanita garang ni bukanlah jenis lemah dan mampu melakukan banyak perkara tanpa bantuan lelaki. Pendek kata, mereka ini jenis berdikari dan ini membuatkan hubungan kalian berjalan dengan lebih lancar terutama jika terpaksa tinggal berjauhan. 


4. Bijak merancang

Awek macam ni mereka tahu dan yakin apa yang mereka mahukan dalam perhubungan dan kehidupan. Anda haruslah peka sedikit dengan apa yang dia suka dan tidak suka. Memang nampak sukar pada mulanya, namun lama-kelamaan anda tahu awek macam ini bukan jenis demanding sebenarnya. Apa yang mereka mahu cuma anda lebih peka.


5. Tak suka menyusahkan

Jika anda keluar makan bersama dan si dia berkata mahu membayarnya, biarkan sahaja. Walaupun anda mampu untuk memberinya wang yang lebih, namun wanita sebegini mempunyai prinsip untuk tidak menyusahkan anda. Sila percaya, dah cuba baru tahu! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
22
Marah
35
Terkejut
36
Sedih
38
Lawak
26
Bosan
29
0
0
Komen: 0
Komen

Previous : Stres Bila Jalan Sesak Lagi? Jangan Meroyan Dulu, Baca 6 Tips Berguna Dan Melucukan Ini!

Next       : Ahaks! Dapat Awek Garang, Boleh Kecapi Bahagia Ke?

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top