Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Rakaman Video Pengasuh Tadika Hempas Bayi Ke Tilam Cetus Kebimbangan Ibu Bapa

Oleh : Hafiz BZ
21-4-2017 12:05 PM |Dilihat:3727| Komen: 45


Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan beberapa orang kanak-kanak di sebuah taska dikasari oleh pengasuh mereka.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh Ziera Shammudin, kelihatan seorang pengasuh mendukung seorang bayi sebelum menghempas bayi itu ke tilam. Ketika bayi itu sedang menangis kesakitan, pengasuh itu kemudian menolak kepala bayi tersebut dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan cara kasar.

Dalam rakaman CCTV di sudut yang lain pula, seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja terbaling mainan sehingga terkena kaki pengasuh. Berang dengan kejadian itu, pengasuh tersebut mendukung kanak-kanak itu dan dicampaknya ke dalam bilik hingga tersungkur di atas lantai. 


Video berdurasi 1 minit 49 saat itu telah ditonton 239,000 kali dan dikongsi 6,041 pengguna Facebook.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut tidak dapat mengawal kemarahan dengan tindakan pelaku yang tidak berhati perut itu.


Difahamkan, pengasuh dan pemilik taska itu telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut. 

Jesteru, apakah cadangan anda bagi mengelakkan kejadian seperti ini dari terus berlaku? Bincangkan. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
10
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 45
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote akumak 24-4-2017 04:34 PM
tak sanggup nak tengok. tp tugas pengasuh bukan semua orang boleh buat. kalau rasa tak cukup sabar, sila bhenti. gi keja kilang lah dik oiii

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 21-4-2017 12:14 PM
Iols selalu kesian tgok budak2 yg kecik2 dh dihantar ke taska/pengasuh..
Quote alinone78 21-4-2017 12:23 PM
bodoh
kalau tak tahan jaga anak
jangan jadi pengasuh taska

setakat nak dapat duit berapa ratus je sebulan
tapi buat macam2 kat anak orang
Quote innocentsangat 21-4-2017 12:26 PM
Babinya peragai. Patut la ramai mak2 quit kerja lps beranak. Sbb takut benda gini. Hm.
Quote krustykrab 21-4-2017 12:30 PM
mungkin dah tiba masa, parents kalau dah decide utk ada anak, ibu kena berenti keje, fokus pada anak saja..suami pandai2 la carik duit nak sara family

atau taska2 kena naikkan bayaran bulanan utk sediakan pengasuh yg bergaji tinggi

Quote Artemesiaa 21-4-2017 12:32 PM
Sebab tu pusat asuhan cam ni elok le tak ambik pekerja yang terlalu muda dan kurang pengalaman.  Kebanyakan kerja sebab terpaksa nak kan duit je bukan betul2 minat nak jaga budak sangat.  Rasanya ibu2 tunggal yg tengah cari kerja tu lebih sesuai untuk jawatan sebegini.  Sekurang2nya dia ada pengalaman jaga budak dan sambil tu boleh juga jaga anak sendiri
Quote gadisfebruary 21-4-2017 12:38 PM
Sedih aku tgok..lbh kurg baya anak aku je baby dgn yg bsr tadi..klu anak sendiri tak heran la kau buat camtu ni anak org kot..kesian nye bebdk ni..mak ayah pegi keje kene stay dgn perempuan sejenis bangang camni..
Quote haryatie 21-4-2017 12:41 PM
gilerrrrrrrrrr
Quote AznieBunnie 21-4-2017 12:50 PM
penat la yang jadi pengasuh taska ni. serius penat.
7am - 7pm.
budak ramai.

kesian kat bebudak, tapi kami lebih kesian kat pengasuh tu. mental jadi tak stabil...
Quote cheergirlz 21-4-2017 01:02 PM
byk sgt kes mcm nie berlaku
..trauma klu jd...::
Quote missinpiece 21-4-2017 01:09 PM
Operation hour yg lama cam 7am-7pm ni mmg xbleh elak. Tapi pemilik mungkin boleh pkkan cara utk jaga kualiti kerja/kebajikan pkerja ngan buat 2 shift ke. Xdela pkerja terasa penat jemu nak mengabiskan kerja 12 jam. Tapi tula walau camne bagi muka pon kerja x penat boleh duduk baring makan tanggung pun ada je yg x puas hati. Yg penting rasa ikhlas bkerja tu ada walau jual sayur je.
Nota kaki: Kawan me yg pesen x minat budak xnak jadik pengasuh taska nih. Offer jadik guru ganti pon xnak jugek. Rela goyang kaki kt umah
Quote kuzaime 21-4-2017 01:15 PM
Hanatnya perangai..:
Owner taska pun pelislah jgn nk tamak sgt..ambik budak ramai..tp tenaga kerja kurang sbb nk jimat sgt..budak2 kena bg perhatian lebih..x boleh nk sambil lewa jaga. Bila kita ambik amanat org, kita kena jaga betul2. Jgn nk fikir soal Rm aje.
Quote myakayina 21-4-2017 01:19 PM
stress aku tengok video tu..
Quote alinone78 21-4-2017 01:31 PM
dah tak larat berenti le jadi pengasuh
p koje kat pasar raya sana

tengok mana best
layan budak ke layan mak pak budak
Quote Minami2013 21-4-2017 01:31 PM
Sian nye la budak2 kena macam tu... main campak2 je...
Quote Super-M 21-4-2017 02:32 PM
benda ni basic sebenarnya..ada org cakap 'kalau xboleh jaga jangan lah jaga'... mudah kan bercakap?

apa kata tanya diri sendiri balik.. ko mampu x jaga budak dgn karenah mcm2 kat rumah? kau tahan x?? even pengasuh ada yg dihantar kursus psikologi kanak2  pun menggila. kalau kita sendiri jaga anak sorg xtahan.. sila ketahui yg org jaga 4,5 budak sekali gus dgn pelbagai perangai.. xkan mampu. stress.. sbb tu aku memilih kerjaya dr rumah mmg sekelumit pun xkn percaya pengasuh.
Quote aciik 21-4-2017 02:45 PM
kepada para wanita yang belum berkahwin atau kepada ibu2 yang mempunyai anak kecil berfikirlah banyak kali samada anak kecil anda dijaga sendiri atau dihantar ke tempat pengasuh...kalau kepala asik pikir duit memang ler tak cukup tapi kalau tau nilai syukur Insyaalah selamat..aku dulu thn 2007 dengan pendapatan RM 2500.00  tekad samaada anta anak kepada pengasuh atau isteri berenti kerja...last2 aku ambik tindakan drastik dan isteri rela berenti kerja...dgn pendapatan sebanyak itu dan hidup bersumberkan kemampuan alhamdulillah segala berbelanjaan cukup...
Quote dubuk 21-4-2017 03:37 PM
myakayina replied at 21-4-2017 01:19 PM
stress aku tengok video tu..

boleh bagi video link tak

Quote myakayina 21-4-2017 03:41 PM
dubuk replied at 21-4-2017 03:37 PM
boleh bagi video link tak

kat post atas sekali ada video tu ..
Quote dubuk 21-4-2017 03:43 PM
myakayina replied at 21-4-2017 03:41 PM
kat post atas sekali ada video tu ..

hmmm dubuk kat forum ni memang tak dapat tengok video.. tak apa lah..

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.074331s Gzip On
To Top