Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Netizen Meroyan Dengan Iklan 'Rasis' Bata, Rupanya Ini Maksud Sebenar Iklan Itu

21-4-2017 11:32 AM |Dilihat:7643| Komen: 53

Memang iklan sangat memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menarik perhatian pengguna untuk membeli produk yang ditawarkan, malah turut memberi maklumat berguna kepada masyarakat. 

Namun begitu, kadang kala cara iklan itu dipaparkan membuatkan ramai orang salah faham, seterusnya menyebabkan masalah berbangkit pula selepas ini.

Seperti yang berlaku kepada iklan oleh kasut Bata ini. Seorang pengguna, sukar menerima apa yang ditunjukkan menerusi iklan tersebut yang dianggap bersifat perkauman atau rasis.


"Seriuslah, ini ke cara awak market atau apa. Bata, tolong buang marketing manager atau brand manager anda. Sangat memalukan. Ini Bata di KLCC," tulis seorang lelaki menerusi laman sosialnya. 

Dia menjadi bengang dengan iklan berbunyi "Shoes for: Indian school children" yang dianggapnya menghina dan bersikap rasis. 

Malah, ramai netizen lain juga turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki ini. 

"Ini betul-betul rasislah! Oh my god!"


Tak dinafikan, jika melihat satu sudut, iklan tersebut boleh membuatkan ramai salah faham. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa tujuan sebenar iklan ini?

Rupanya, ia iklan ini adalah untuk mempromosikan kasut tenis Bata, yang pertama kali dikeluarkan di negara India untuk anak-anak bersekolah di situ, pada tahun 1936. 

Sejak itu, terdapat lebih 500 juta pasang kasut itu dijual di seluruh dunia dalam masa 80 tahun ini. Memetik Twitter bata,

"Kasut tenis Bata, pertama kali dibuat di India pada 1936 untuk anak bersekolah. Mungkin ia merupakan kasut paling laris dalam sejarah? 500 juta pasang sejak 80 tahun lalu!"


Wow, ternyata ia memberi maksud yang sangat positif iaitu meraikan jenama kasut tersebut yang sudah berada di pasaran lebih 80 tahun lamanya. 

Kesimpulannya, jangan cepat melatah dengan apa-apa perkara yang dipaparkan terutamanya jika ia dikatakan menyentuh hal sensitif seperti agama atau kaum. Semak dulu sepenuhnya ayat dalam iklan itu misalnya, dan jangan mudah sentap! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 53
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 30-4-2017 10:16 PM
BebeQ replied at 30-4-2017 09:53 PM
umangggaiiiiii..kejadahnya kasut bata mahal gitu. baik beli nasik, tentu juga kenyangnya.

kasut antik sis. model tahun 1936

Lain-lain Komen

Quote haryatie 21-4-2017 11:37 AM
oowhh..itu maksud nya
mana lah tau apa yg tersirat
Quote Victorioussss 21-4-2017 11:39 AM
Butthurt much dah kenapa
Quote prettyuglybabe 21-4-2017 11:56 AM
dia baca tulisan yang besar..
yang kecik tak baca
Quote CrowneGlory 21-4-2017 12:01 PM
aci kicap bodoh tetiba nk sentap terus ajak kawan2 sekaler tagteam
Quote tri-max 21-4-2017 12:09 PM
baca tulisan yg besar mmg -ve ler,
cuba baca abis iklan, baru dpt tangkap maksud disebalik
tp org m'sia majoriti mmg maleh nak go through setiap sesuatu sbb tgn da gatal nak menular jer
at the end malu sendiri, kesian
Quote innocentsangat 21-4-2017 12:13 PM
Macam haram. Diri sendiri yg racist. Bajet pembela bangsa. Tuihhh.
Quote aleesyasofia 21-4-2017 12:21 PM
Edited by aleesyasofia at 21-4-2017 12:22 PM

nak baca iklan tue biarlah abis.. jgn separuh jln.. samalah mcm sale.. yg besar bukan main lg 50% la.. tp tulisan kecik tue pmbelian 100rggt ke atas la apa..
Quote Artemesiaa 21-4-2017 12:27 PM
Sebab tu message biar terang kalau separuh besar separuh kecik cam ni bakal mengundang sentap sesetengah pihak.  Orang zaman sekarang kurang minat ayat between the line straight to the point je lebih mudah untuk mereka fahami
Quote CiliPadiSedap 21-4-2017 12:29 PM
malas membaca jd viral. dasar pariya nak famous
Quote syahza 21-4-2017 12:45 PM
kalo dia tulis shoes for indian baru la racist. kan dia tulis shoes for indian school children  adala tu ape mksud dia
Quote cheergirlz 21-4-2017 12:49 PM
iklan nie mmg kdg2 klu x fhm mksudnyer akn pikir lain..kna baca smpai abiz ape y nk disampaikn sebenarnya..
Quote AznieBunnie 21-4-2017 12:53 PM
sapalah copywriter company iklan tu?
tak sensitif dan tak aware culture pembacaan local client dia.

huhuhuhu
Quote MarryPottet 21-4-2017 12:56 PM
CARI-MAMS replied at 21-4-2017 11:32 AM
Memang iklan sangat memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menarik perhatian pengguna untuk  ...

kasut hitam dalam gambar nampak very comfy
nak belilah untuk activity jalan pepetang kat taman
thanks kpd tukang viral gambar
Quote Mary_jane 21-4-2017 01:19 PM
Tu lah sikit2 nak viral. Kira bijak habis dah tu telanjang kan kesalahan orang.
Quote Rainrein 21-4-2017 01:35 PM
Kat mesia xleh wat iklan yang kena banyak membaca cenggini sebab ramai malaysian sangat malas. Baca tajuk dah pukul rata then viral. Tu je dorang tahu.
Quote krustykrab 21-4-2017 02:08 PM
aku ingat bata ni femes kat msia je...
Quote mohdcrow 21-4-2017 02:45 PM
eleh....dia duk cakap berbelit2 tu takper plak...iklan berbelit skit dah nak ngamuk
Quote Levespa 21-4-2017 03:13 PM
tak usul periksa, sikit2 sentap masuk soc med.. kan termalu sendiri
Quote kaspar0v 21-4-2017 03:29 PM
mohdcrow replied at 21-4-2017 02:45 PM
eleh....dia duk cakap berbelit2 tu takper plak...iklan berbelit skit dah nak ngamuk

iklan berbelit simbolik utk dorang jugak

Lihat semua komen(53)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.064020s Gzip On
To Top