Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Gambar Pemimpin Muda DAP Ini Berciuman Jadi Tular

Oleh : Adib Za
19-4-2017 11:29 AM |Dilihat:8250| Komen: 66

Masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan beberapa keping gambar pemimpin muda DAP iaitu Dyana Sofya dan juga ahli parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang kelihatan begitu intim dalam sebuah restoran. 

Gambar yang mula diedarkan menerusi laman Facebook Friends of BN itu sudah pastinya membuatkan ramai tidak senang duduk kerana sisi peribadi seorang pemimpin yang dihormati telah didedahkan sedemikian rupa. 


Bagi penyokong kedua pemimpin tersebut, mereka berasakan ia adalah satu taktik pihak lawan untuk menjatuhkan mereka terutamanya ketika pilihanraya umum dijangka bakal diadakan tidak lama lagi.

Manakala bagi penyokong pihak parti lawan menganggap ia satu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini yang masih kuat berpegang kepada adat Melayu dan juga Islam khasnya. 


Apa pun, perbuatan tersebut nyata telah 'kantoi' seterusnya memaksa Dyana tampil dengan kenyataan untuk menjernihkan keadaan tersebut. 


Menerusi laman Facebook miliknya, Dyana berkata gambar tersebut jelas menunjukkan ia adalah serangan peribadi terhadapnya dan ia adalah kali ketiga dalam masa hanya 2 bulan.

Katanya, dia tiada masa untuk melayan cerita negatif sedemikian kerana kini dia sentiasa memberi fokus kepada kerja dan khidmat kepada masyarakat terutamanya rakyat Teluk Intan. 

"Saya tiada masa untuk melayan semua ini. Saya sedang fokus kepada kerja dan khidmat saya kepada masyarakat."

"Jadi saya mohon kepada semua rakan dan penyokong agar sebarkan tentang ini (keperluan masyarakat setempat) berbanding kisah negatif ini," katanya.


Apa pun, terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai sendiri pemimpin jenis dan kategori manakah yang mereka mahu pilih dalam pilihanraya akan datang. Selain tanggungjawab dan amanah dilunaskan sebaik mungkin, integriti juga perlu diambil kira, kan? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 66
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ashcroft86 24-4-2017 01:35 PM
Zairil tu tasty. Mohon link leaked photos heols.

Lain-lain Komen

Quote AbukRokok 19-4-2017 11:37 AM
minum apa tu... arak ke skyjuice
Quote bobo_beck 19-4-2017 11:47 AM
Setuju ini adalah ha peribadi beliau.. tp sbgai islam perlu jaga tatasusila... bercium di tempat awam..dengan somi ke tu? yg bukan islam pun penah kena saman sbb benda nih.... yg ngambik gamba tu pun xperlu la nk aib kan org.. sbb agama pun turut ter aib.. cuba bg nasihat face 2 face.. ni pendapat peribadi je..
Quote Themilo 19-4-2017 11:53 AM
low class. selayaknya jadi mistress.
Quote chinta89 19-4-2017 11:55 AM
ayat last editor cari terang2 nk cerca si dyana.. eh kalau pasal PM gmbr arwah altantuya bsama pok jib, mu nak kate gini jugak ke??

nok persoal integriti po jib, lu ade berani?

note : bsangka baik. dh mmg dyana x senonoh kan? mohon blku adil. kalau puak BN plk yg buat onar, tlg sebarkan jugak tu di porem cari ni dan ulas pjg2. sekian.
Quote wrdzin 19-4-2017 11:56 AM
Nak jadi pemimpin ni bukan sng...pemimpin bagus bukan hanya dinilai dari segi khidmat yg dh diberikan tapi juga dari segi akhlak. Tambahan pulak sebagai wanita melayu Islam..sekadar pandangan..
Quote sabar_sabariah 19-4-2017 11:56 AM
boleh ke aku fikir positive
tu teknik kamera je yg menampakkan mcm tengah kissing
yg sebenarnya tak

Quote krustykrab 19-4-2017 11:56 AM
ko tu kan ke ahli politik, sepatutnya ko dah tau apa reaksi public bila ko buat camtu...tak payah nak feeling jadi mangsa pulak
Quote ffbeauties 19-4-2017 11:58 AM
Kalau dekat negara lain even bukan islam, kau skandal dengan laki orang memang kena desak letak jawatan. Ke dah duda?
Tak de ke politician kat Malaysia ni bersih dr akhlak, rasuah, integrity..:
Quote matchstick 19-4-2017 12:05 PM
birah nya kau dekk (pinjam ayat changa)
Quote SepatUngu 19-4-2017 12:06 PM
bila terlebih cerdik..gini la jdnyer..

respected on her once..but now soryyy DS..
Quote boyagombak 19-4-2017 12:15 PM
Dulu2 waktu awal kemunculan aq sukala jgj. Skrg lebeh baik aq suka tahik hanjeng dr pemimpin berakhlak zero. Puiiiiiiiiiiii
Quote matchstick 19-4-2017 12:16 PM
betina  ni x takut membirah dgn laki org, pasal dia tau penyokong dia boleh dipujuk dgn ayat acah2 menyeru masyarakat ke arah kemajuan, tingkatkan ekonomi rakyat, banteras rasuah, pemimpin parti politik lain x berkhidmat mcm dia etc. so boleh lah dia menyundal dgn aman
Quote honeybee1802 19-4-2017 12:57 PM
Mcm gini aku respek lg soilek...dia letak jawatan ssme...
Quote palmolive 19-4-2017 01:01 PM
hehe..nak UBAH yg jahanam...

sekali ngan dia2 pun jahanam...

2 X 5 jek....heh
Quote Esmiria 19-4-2017 01:18 PM
sabar_sabariah replied at 19-4-2017 11:56 AM
boleh ke aku fikir positive
tu teknik kamera je yg menampakkan mcm tengah kissing
yg sebenarnya ta ...

Aku pun pk gitu
Quote syitaeyqa 19-4-2017 01:19 PM
bobo_beck replied at 19-4-2017 11:47 AM
Setuju ini adalah ha peribadi beliau.. tp sbgai islam perlu jaga tatasusila... bercium di tempat awa ...

not her husband. her scandal to be exact. zairil tu dah ada wife pun

btw, statement dyana so kelakar pd I. Dah gmbr tu baru, mmg laa sekarang baru keluar. Same goes gmbr dia yg kat club menari ngan zairil tu.

yes itu privacy you, but why laa buat benda yg terang2 agama sendiri larang? Suami orang pulak tu. Pastu u punya statement balas so funny. Try to portray a good side of you? lol
Quote nisako 19-4-2017 01:23 PM
hmmmm begong tul
Quote Super-M 19-4-2017 01:29 PM
bukan si dayana je.. zairil pun dgn dayana ni mmg saling mencintai..banyak kali kantoi. kalau aku jadi isteri zairil aku sendiri xhingin laki mcmni, mmg bukan sekali dua, berkali kali terangan kantoi dgn dayana ni? nak pejam mata lagi?

tp hal peribadi untuk aku,aku tolak tepi. as long dia boleh bg khidmat baik utk masyarakat knp tidak.
Quote kongker 19-4-2017 01:50 PM
kalau dh sanggup masuk dap mesti kpala tu dh sarat keliberalan dn sekularannya..luar job semua personal life...xde kena mengena..mohon paham..

Lihat semua komen(66)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079555s Gzip On
To Top