Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Apr
18

Kapcai Moped Sukan Yang Memberikan Lebih Kepuasan Dan Kekemasan

18-4-2017 05:38 PM | Dilihat: 849| Komen: 5


Benelli's RFS 150i adalah model ‘moped’; kapcai ‘spek-lumba’ pertama yang mengujakan penunggang dengan: sentuhan lagenda kejuruteraan Benelli dan gaya perlumbaan Itali. Lebih kuasa kuda dan daya ketahanan daripada enjin satu selinder penyejukan cecair 15.5 kuasa kuda, 3-pencucuh, 6-kelajuan. Dipermudahkan dengan penghidup elektrik terkini. 

Lebih teknologi perlumbaan dalam bentuk suspensi depan terbalik untuk merasai jentera lumba sebenar. Dan lebih banyak nilai daripada kemampuan yang menakjubkan dari RFS 150i.


Di Benelli, RFS bermaksud ‘Riders For Speed’. Dan Riders for Speed ​​pasti tahu bahawa RFS 150i serba baru adalah moped sukan yang terbaik dalam kategori 150cc yang popular – juga dengan nilai yang terbaik.

Bermula dengan enjin, dimana teknologi moden dan dilengkapi cecair sejuk untuk ketahanan yang melampau, suhu pengoperasian enjin yang rendah dengan kuasa maksimum. Sesaran enjin 149cc, penampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP yang serba baru didatangi dengan tiga pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah, 6-kelajuan, bahan api suntikan elektronik menjadikan enjin RFS lebih mengagumkan, 

15.5 kuasa kuda yang pada 8500 rpm - lebih daripada persaingannya, dan penunggang dapat mencelah  melalui lalu lintas bandar, meluruskan jalan belakang yang berliku, atau memecut laju di litar lumba. 

Sebagai tambahan daripada acara utama, pelancaran moped pertama RFS150i, Bennelli Malaysia juga telah memperkenalkan dua buah model baru; TRK 502 Motorsikal Kembara dan 302R Motorsikal Lumba.



TRK 502 – JIWA PENGEMBARA

Menunggang Benelli TRK 502 ini, sebuah jentera pengembaraan dan jalan raya merupakan tiket untuk anda ke arah kebebasan. Sama ada anda menunggang mengelilingi bandar atau merentasi negara, TRK 502 adalah teman perjalanan yang sempurna. Dengan keselesaan ergonomik, perlindungan dari angin dan cuaca yang menakjubkan, sistem suspensi yang lasak, dan enjin twin-silinder yang cekap dan berkuasa, anda boleh mengubah setiap hari anda sebagai sebuah pengembaraan yang berbeza; meneroka dunia baru, semuanya tanpa batasan.



302R – TAKLUKI DUNIA

Tidak ada hari yang sama dengan seharian di litar lumba atau sepetang di jalan raya yang lengang. Tungganglah Benelli 302R yang baharu yang diilhamkan dari warisan lagenda perlumbaan Benelli, 302R menawarkan casis yang menakjubkan, pengambilan selekoh yang tiada bandingan, brek yang berkuasa, kuasa yang padu dan pengendalian yang hebat. 302R merupakan satu jentera perlumbaan yang sesuai dengan jiwa pelumba seperti anda.

302R boleh didapati dengan tiga variasi warna: Putih Merah, Hitam Merah dan Hijau Perang dengan harga serendah RM 21,888 (Tidak termasuk GST).- CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote wunan88 29-4-2017 11:10 AM
Esmiria replied at 19-4-2017 04:41 PM
Sendu tred ni.

Naper senddu cik es??

Lain-lain Komen

Quote WhiskeyScotch 18-4-2017 06:39 PM
I lebih minat kereta dari motor.
Quote Esmiria 18-4-2017 11:11 PM
WhiskeyScotch replied at 18-4-2017 06:39 PM
I lebih minat kereta dari motor.

NPA????????
Quote cheergirlz 19-4-2017 04:11 PM
sape y dh bli cuba share ckit..
mcm mna ok ker..
Quote Esmiria 19-4-2017 04:41 PM
Sendu tred ni.
Quote wunan88 29-4-2017 11:10 AM
Esmiria replied at 19-4-2017 04:41 PM
Sendu tred ni.

Naper senddu cik es??

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058098s Gzip On
To Top