Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rusia Cipta Tentera Robot Untuk Berperang

18-4-2017 03:39 PM |Dilihat:792| Komen: 5

Baru-baru ini dilaporkan 'tentera robot' ciptaan Rusia dipercayai mempunyai kemampuan untuk menembak menggunakan kedua-dua tangan.

Memetik laporan Mirror, robot android yang dinamakan sebagai FEDOR itu dibangunkan oleh agensi penerokaan angkasa Rusia dengan harapan membina mesin yang berperang.

Bagaimanapun, kerajaan Rusia membuat penafian bahawa mereka mencipta robot yang memiliki peranan seperti watak mesin pembunuh dalam filem Terminator, susulan rakaman aksi robot itu juga tersebar meluas dalam internet.

Mirror menambah, robot FEDOR mempunyai ketinggian 1.8 meter dengan berat antara 106 hingga 160 kilogram bergantung kepada jenis peralatan yang dibawa selain boleh mengangkat kargo seberat 20 kilogram.

Dalam satu rakaman lain, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitryi Rogozin turut menyatakan keupayaan yang mampu ditonjolkan oleh robot tersebut.

"Kami bukan mencipta Terminator (robot pemusnah) tetapi mesin pintar yang boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai misi," katanya.

Menurut perancangan agensi Rusia itu, robot FEDOR akan digunakan untuk melaksanakan misi angkasa pada 2021 bagi menggantikan tugas angkasawan terutamanya tugas penyelenggaraan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).- CARI

sumber foto: Mirror


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote alzan 19-4-2017 08:54 AM
Baru-baru ini dilaporkan 'tentera robot' ciptaan Rusia dipercayai mempunyai kemampuan untuk menembak menggunakan kedua-dua tangan.

"Kami bukan mencipta Terminator (robot pemusnah) tetapi mesin pintar yang boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai misi," katanya.

robot pintar diajar untuk menembak dan membunuh musuh tapi bukan nak jadi terminator

Lain-lain Komen

Quote batmana 19-4-2017 01:04 AM
buat angkat sawit ni bagus
Quote emelia1509 19-4-2017 01:33 AM
nice one...
Quote mommymonster82 19-4-2017 01:39 AM
Tahniah..nk test kt mn tu?
Quote irwansuhadi 19-4-2017 08:47 AM
Rusia dah ada robot, Jepun pun dah ada robot...

pasni mesti Trump terkinja2 nak buat robot perang gak...

#robowars
Quote alzan 19-4-2017 08:54 AM
Baru-baru ini dilaporkan 'tentera robot' ciptaan Rusia dipercayai mempunyai kemampuan untuk menembak menggunakan kedua-dua tangan.

"Kami bukan mencipta Terminator (robot pemusnah) tetapi mesin pintar yang boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai misi," katanya.

robot pintar diajar untuk menembak dan membunuh musuh tapi bukan nak jadi terminator

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086888s Gzip On
To Top