Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Warna Baju Seakan Kulit Badan, Janna Nick Dah Jangka Kena Lahar

15-4-2017 10:34 AM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 11776| Komen: 85

"Saya dah boleh agak pakaian itu pasti mendapat kritikan walaupun sebenarnya baju itu tidaklah seseksi seperti ditonton di televisyen."

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, akui dia dah dapat agak orang ramai akan mengkritik busana dikenakannya pada anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 9 April lalu.



Dek kerana warna kain seakan-akan menyerupai kulit badan, sekali gus menampakkan ia kelihatan seperti terdedah, busana rekaan Nizam Zamil itu dikecam teruk.

"Kalau diikutkan, saya perlu pakai baju tersebut bersama jaket, namun atas sebab masalah teknikal, jaket itu tak dapat dipadankan bersama," katanya kepada mStar Online.

Janna bagaimanapun menerima semua kritikan dengan terbuka apabila peminat menegurnya di akaun Instagram selepas dia memuat naik gambarnya menggayakan busana berkenaan.


Foto: IG Janna Nick

"Saya menerima semua kritikan dengan hati terbuka. Malah, saya juga mengambil keputusan untuk tidak memadam gambar tersebut demi menghargai hasil kerja pereka baju itu," ujarnya.

Meskipun dikritik teruk, pelakon itu tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan serta mereka yang mengkritiknya.

“Saya mengakui kesilapan ini. Saya anggap kritikan dan nasihat itu tanda mereka sayangkan Janna Nick.

“Saya mohon maaf diatas kesilapan ini dan berjanji tak akan mengulanginya lagi. Kalau ada benda yang kurang menyenangkan, harap peminat dapat beri teguran ikhlas.

“Saya masih dalam proses pembelajaran dan selepas ini saya akan lebih peka tentang penampilan di hadapan khalayak ramai,” katanya.

Anda rasa, Janna akan ulangi kesalahan sama tak di masa hadapan kelak? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 83
Komen

Previous : Saya Masih Tak Mahir Jalan Di Langkawi - Iqram Dinzly Ulas Parkir Merata

Next       : Badai Rumah Tangga Serina, Chef Wan Kecewa Dan Sedih

Komen Terbaru

Quote MH3703 17-4-2017 07:23 PM
dua2 bodoh...baik tv3 bangang mahupun sundal janna nick ni..

Lain-lain Komen

Quote Pink59 15-4-2017 10:37 AM
Biasa je pon tgok. Mesti yg komen tu tak reti fesyen
Quote sofiazara 15-4-2017 10:37 AM
Mmg gedik pun kan
Terperasan si indon irwansyah tu pandang bontot dia tgh menggedik

Btw baju tu takdela skin colour sgt. Tapi sbb  dlm tv nampak colour serupa dgn kulit
Quote bazlina 15-4-2017 10:56 AM
hmmm mcm biasa jer ..bkn skin kaler sgt
Quote de_ikea 15-4-2017 10:56 AM
Biasa2 aje. Tak sexy pon.
Quote swimswim 15-4-2017 10:57 AM
Bagus la dah sedar kesilapan.kita manusia je dik non
Quote onexox97 15-4-2017 10:59 AM
lg elok dr yg terdedah
Quote cikperiukkera 15-4-2017 11:25 AM
Asyik kontroversi psl baju je janna ni tbh baju tu biasa je...umah2 ig ostad setazah ig nk tengok retis berniqab berpordah jubah hitam baro dorg x menyalak kot... gigih la nk elaborate halal haram bdosa tp gigih jua follow ig retisssssss.
Quote cheergirlz 15-4-2017 11:28 AM
ok jer...jawapan pon berhemah..
Quote Peliktapibusuk 15-4-2017 11:28 AM
Biasa Je bukan lawa pun minah ni
Quote Nham22 15-4-2017 11:29 AM
Ketat sendat padat..itukan moto janna nick.. takyah nak fefeling xmo pakai seksi2...puihh
Quote ReginaGeorge 15-4-2017 11:33 AM
Orang kritik kerana sayang? Kau berhalusinasi ya janah???
Quote stayathomemom 15-4-2017 11:39 AM
Semek ni dah silap statement from last incident pasal baju...now dah backfired.....retis....
Quote katibism 15-4-2017 11:45 AM
Hmm...gewam juga dgn body JN neh
Quote ALDRIN 15-4-2017 11:46 AM
Boleh tak iols nak isytihar sheols ni spesis bimbo bangang gak!!
Quote mimi77 15-4-2017 11:47 AM
X blh tgk dia blakon. Xtau kenapa. Mcm over. Kasar x semestinya kene jerit2
Quote huzairee.87 15-4-2017 11:51 AM
Boleh menimbulkan was was. Haha. 2x aku tengok kat tv hari tu
Quote mokcikKSKB 15-4-2017 12:02 PM
Asal keluar nama minah feeling ruby rose ni mesti psl isu baju..dekkkk tu je ker bakat kau???
Quote Cyempaka 15-4-2017 12:06 PM
Xnampak macam kulit pun.. Beza jeee
Apa pun aku xminat budak ni. Over mcmana ntah...kalo belakon jd baik nmpk pura pura sgt
Quote scarletz 15-4-2017 12:31 PM
skin colour still boleh accept tp yg part sendat menonggek menggedik mcm ulat berbulu tgk

Lihat semua komen(85)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059935s Gzip On
To Top