Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Apr
14

Kisah Hidup Unik Rakyat Malaysia, Semua Ada Dalam Siri Video Web Shell

14-4-2017 10:17 AM|Kandungan Tajaan | Dilihat: 1082| Komen: 2

Shell Malaysia, peneraju dalam bidang teknologi kuasa, tenaga dan gas negara telah melancarkan #StationStories.

Siri web yang memaparkan kisah benar rakyat Malaysia dan keunikan perjalanan hidup mereka.

Menariknya ia dibuat tanpa skrip, uji bakat atau pelakon, dan siri tersebut bergantung pada kisah benar pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.

#StationStories disiarkan buat pertama kalinya pada tahun 2015 sebagai platform untuk Shell berhubung dengan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian mereka.

Kisah-kisah perkembangan individu serta cerita yang penuh berinspirasi ini sudah masuk tahun ketiga, dan Shell sekali lagi merakamkan pelbagai kisah yang menyentuh hati, dikongsi oleh pelanggan Shell Malaysia dari seluruh negara.

#StationStories membolehkan pihak Shell untuk mengenali pelanggan dengan lebih dekat lagi, dan mengetahui kisah mereka yang berlandaskan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan, kasih sayang dan harapan.

Antara #StationStories yang mendapat perhatian ramai sebelum ini termasuk  termasuk seorang lelaki yang melafazkan rasa sayang terhadap keretanya, kisah seorang bapa tunggal membesarkan tiga orang anak dan seorang guru yang bermisi untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda.

Mencatat 11 juta tontonan di laman Facebook dan YouTube, video #StationStories ini sangat menyumbang kepada tarikan terhadap jenama, dan meningkatkan rasa ingin membeli produk Shell.

Nantikan #StationStories terbaharu, memaparkan Rasyidah dan Zakiah, kisah menyentuh hati dua orang pelajar universiti yang bakal disiarkan secara berperingkat sepanjang tahun 2017 ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai #StationStories, sila layari laman web shell.com.my/stationstories. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote NekNgah 14-4-2017 02:05 PM
Wah, tak pernah tau pun.

Nanti boleh check the website.

Lain-lain Komen

Quote cheergirlz 14-4-2017 12:00 PM
klu product dr shell mmg x mengecewakan..sntsa dekat dgn penggguna...great marketing strategy y digunakn oleh shell..
Quote NekNgah 14-4-2017 02:05 PM
Wah, tak pernah tau pun.

Nanti boleh check the website.

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048438s Gzip On
To Top