Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kumpul 10 Ribu Batang Pensel Untuk Pelajar Kurang Nasib Baik

12-4-2017 03:39 PMKomen: 14


Baru-baru ini abanG terbabit dengan #pencilproject. Mungkin ramai yang tertanya apakah projek ini, kan?

Sedikit ringkasan mengenai #pencilproject
 
Pencil Project adalah inisiatif dari Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) dalam meningkatkan daya kreativiti dan minat menulis di kalangan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Ianya telah masuk tahun ke-2 dilaksanakan di mana, pada tahun pertama (2016) sejumlah 5,000 batang Pensel @ 1666 kotak pensel (setiap kotak pensel mempunyai 3 BATANG PENSEL) berjaya diperoleh daripada masyarakat.
 
Kami percaya hanya dengan sebatang pensel kita dapat meningkatkan daya kreativiti setiap kanak-kanak dalam PENULISAN, LUKISAN  mahupun MENCONTENG.

 
PENSEL telah menjadi teman SETIA kepada kita semua semenjak dari kecil, malahan ianya akan bersama kita sehingga hari terakhir kita di dunia, tanpa mengira siapa dan di mana PENSEL sentiasa digunakan.
 
Ada di antara kanak-kanak di Malaysia yang sukar untuk mendapatkan PENSEL, dengan itu abanG bersama TEAM EMPIRE PROJECT menjalankan initiative ini dengan mengajak semua FOLLOWERS / SUPPORTERS untuk sama-sama membantu mereka mendapatkan SEBATANG PENSEL.
 
Hasil keperihatinan masyarakat/rakan NGO & rakan NGI bukan hanya PENSEL yang abanG dapat ada di antara mereka membuat sumbangan BUKU TULIS, PEMBARIS, PEMADAM, PENGASAH PENSEL, PENSEL WARNA & KOTAK PENSEL.

AbanG melihat kerjasama yang di beri menunjukkan RAMAI masyarakat Malaysia yang perihatin dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan terutamanya (Kanak-Kanak).


 
TAHUN 2017
 
EMPIRE PROJECT sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya mengumpul sebanyak 10,224 batang PENSEL secara keseluruhan, peningkatan hampir seganda dari tahun lepas menunjukkan Semakin Perihatinya rakyat Malaysia kepada keadaan sekeliling.
 
Setiap kanak-kanak akan menerima set alat tulis lengkap :
 
3 BATANG PENSEL
1 Kotak pensel
1 Pemadam
1 Pembaris
1 Pengasah pensel
1 Kotak Pensel warna.

Aktiviti #pencilproject ini akan diteruskan dari tahun ke tahun dalam membantu kanak-kanak untuk lebih aktif dalam PENULISAN dan kita berharap agar mereka akan menjadi seorang yang Celik Penulisan / Pandai Melukis dan kreatif.

 
Senarai penerima Pencil Project :
 
Anak-anak dari penerima Empire Food Bank (urban poor family) #empirefoodbank
 
Pelajar Pendidikan Khas (PPKI) SRK Danau Kota 1, Setapak KL
 
Pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih KL
 
Pelajar Pendidiakn Khas SK Limpoon 1 Batu Pahat Johor
 
Pelajar dari Pondok Tusyen Percuma Mukah, Sarawak
 
Pelajar dari Pasar Philippine , Sabah
 
Pelajar dari Buku Jalanan Chow Kit  


Terima kasih kepada semua yang menyokong EMPIRE PROJECT dalam program #pencilproject.

Salam hormat,
AbanG. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
24
Marah
17
Terkejut
19
Sedih
17
Lawak
18
Bosan
13
Reply: 14
Komen

Komen Terbaru

Quote CARI-MAMS 13-4-2017 03:24 PM
boleh klik kat nama kolumnis kat atas, utk baca artikelnya yg lain..TQ

Lain-lain Komen

Quote stayathomemom 12-4-2017 03:41 PM
Tajuk misleading...ingat project pensil ape tadi...yachhhhh...mahap naaa
Quote cik-jaja 12-4-2017 04:15 PM
wah, usaha murni..teruskan
Quote mirandanicky1 12-4-2017 04:53 PM
Bagusnya semoga digunakan dgn penuh manafaat
Quote Artemesiaa 12-4-2017 05:42 PM
Harap usaha sebegini diteruskan dimasa depan
Quote siskepoh 12-4-2017 06:35 PM
wah. sungguh murni. sis sokong
Quote Leo_Gurlz 12-4-2017 06:54 PM
Usaha yg bagus. harap pelajar yg boleh dpt guna sebaik mungkin
Quote DeeHanania 12-4-2017 08:03 PM
Keep it up...usaha yg murni
Quote haryatie 13-4-2017 11:18 AM

bagusss nya....
Quote pittjie 13-4-2017 02:10 PM
harap dapat dipanjangkan agar murid2 kat pedalaman sabah sarawak pun dpt menikmati hasil derma ini. keep it up.
Quote rospinki 13-4-2017 02:21 PM
untongler..aku dh naik fedap asik beli pensel kt anak aku asik hilang hari2..pensel box mahal2 tu pon dh ilang..ujung aku beli jah hak murah kedai 2inget.
Quote hyldia 13-4-2017 02:28 PM
semoga usaha seperti ini berterusan dan sentiasa mendapat sokongan...sama2 kita membantu anak2 yg kurang bernasib baik
Quote FanTasyCreaTioN 13-4-2017 03:07 PM
Thread yang sangat bagus

baru ja lepas nengok siapa abanG ..
wah!!~ banyak lagi projek bantuan dia
semoga sentiasa d mudahkan semua urusan dia

suka baca ayat abanG
abanG sentiasa ingatkan diri sendiri dan pesan kepada Team abanG jika nampak...

Pekerja lori sampah janga tutup hidung atau berpaling muka KERANA merekalah sekeliling kita bersih.

Orang buat salah jangan terus menghukum atau upload di social media tapi perbetolkan kesalahan dia dulu baru upload cerita yang betol.

Ibu2 marah anak di tempat awam... jangan upload video di media social tapi belikan ICE CREAM bagi dekat ibu tu supaya sejuk sikit hati dia dan bagi dekat anak dia supaya ceria sikit lepas kena marah....lepastu baru selpie dengan mereka #freeicecream hehehe

Perempuan islam pegang ANJING ... jaga hati dan percakapan takut kita yang salah...bantulah haiwan dalam kesusahan walaupon kena pegang/sentuh mereka....

https://www.facebook.com/empire.khan?hc_ref=SEARCH&fref=nf
Quote FanTasyCreaTioN 13-4-2017 03:16 PM


Ashraff Khan
11 April at 13:38 Kuala Lumpur

Dedicated to all EMPIRE PROJECT VOLUNTEERS / FOLLOWERS /SUPPORTERS

Terima kasih Sekolah Kebangsaan Danau Kota atas penghargaan.

#empireproject #empireJOHOR #pencilproject #empirefoodbank #streetbirthday #seliparproject #projectsarong #projectbackpack #streeteducation #streetfeeding

==>
Sekolah Kebangsaan Danau Kota
Kami yg sepatutnya lbh berterima kasih kpd tuan....jauh bandingannya sekpg kertas yg kami balas berbanding dgn apa yg tlh tuan & crew Empire Project serta Puan Liyana Love Mia berikn. Semoga tuan sentiasa dlm lindungan Allah swt selamanya  




Quote CARI-MAMS 13-4-2017 03:24 PM
boleh klik kat nama kolumnis kat atas, utk baca artikelnya yg lain..TQ

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.082033s Gzip On
To Top