Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak Kecil Antara Lima Orang Mangsa Serangan Lelaki Bersenjata Tukul Besi

20-3-2017 05:45 PM |Dilihat:1262| Komen: 7
Seorang lelaki bertindak mencederakan orang awam dengan menggunakan tukul besi di kawasan jalan raya yang bertempat di Wilayah Jiangshu, China kira-kira pada pukul 11.40 pagi Khamis lalu.

Kejadian yang cukup tragik ini membabitkan lima orang yang teruk dicederakan, salah seorang daripada mangsa termasuk budak perempuan yang hanya berusia 5 tahun dan seorang pelajar sekolah menengah. 

Memetik laporan portal on.cc, lelaki berusia 47 tahun itu bercermin mata gelap dan berpakaian jaket kulit yang berwarna hitam, secara tiba-tiba mengelurkan tukul besi dan menyerang pengguna jalan raya, dan dikatakan ramai teruk tercedera akibat tidak sempat melarikan diri. 

Difahamkan, ketika kejadian seorang budak perempuan bersama ibu bapanya kebetulan sedang melalui kawasan itu, ibu bapanya dikatakan cedera di bahagian kepala akibat bertindak melindungi anaknya, namun demikian bahagian kepala budak perempuan itu turut pecah dihentak. 

Setelah terima panggilan orang ramai, pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap lelaki terbabit yang bukan sahaja tidak meninggalkan dari lokasi kejadian, malah masih kelihatan berada di tempat kejadian dengan gaya yang tenang. 

Dilaporkan, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana disyaki terlalu mempercayai kata-kata tukang tilik yang memaklumkan bahawa jangka hayatnya tidak melebihi 60 tahun dan dikehendaki mencari pengganti buat dirinya.- CARI

sumber foto: on.cc
sumber foto: on.cc



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Simunggu 21-3-2017 01:02 PM
only in china..

Lain-lain Komen

Quote batmana 20-3-2017 06:12 PM
sebab tu la tilik tu haram.

eh tkle ckp haram, kang dituduh hina agama lain,pstu dicop extremist..
Quote merrissa 20-3-2017 06:51 PM
gilo......patot la umur x smpai 60 thun....kene langgar dgn keta api
Quote zawara 20-3-2017 11:29 PM
jahatnyaaaaaa
Quote kokocrunch 21-3-2017 09:18 AM
gila..tak pasal2 org lain cedera.
Quote @pplegreen 21-3-2017 10:58 AM
patut la tukang tilik kata umur pendek sbb ko mmg gile, elok mati cepat
Quote DeeHanania 21-3-2017 11:05 AM
Apa kebangang yer, pcaya nau pd tukang tilik, x pepasal org lain tercedera
Quote Simunggu 21-3-2017 01:02 PM
only in china..

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.130967s Gzip On
To Top