Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Anak Saya Trauma" - Penculik Umpan Budak Sekolah Dengan Gula-gula

Oleh : Maly Rosli
16-3-2017 02:16 PM |Dilihat:2430| Komen: 7
Berderau darah seorang wanita apabila menerima perkhabaran bahawa anaknya nyaris menjadi mangsa culik, semalam. Kejadian berlaku di Jalan Seri Putra, Bangi kira-kira jam 6.30 petang apabila anaknya, Feiyaz pulang dari sekolah.


Foto: The Reporter / Google Street

Menurut Faraliza Khalid, anaknya ternampak sebuah kereta Proton berwarna hitam dipandu seorang individu berbangsa Melayu dan berkulit gelap menawarkan gula-gula kepadanya.

"Tapi Feiyaz geleng kepala. Orang itu terus keluarkan pisau lipat dan buka lipatan pisau sambil tersenyum pada Feiyaz menyebabkan anak saya berlari sekuat hati," tulisnya.

Sebaik tiba di rumah pengasuhnya, Feiyaz sambil menangis-nangis menceritakan kejadian itu.

"Sekarang dia masih trauma, dahlah esok dia akan menghadapi ujian peperiksaan," katanya.



Faraliza juga dinasihatkan pengerusi taman perumahan untuk membuat laporan polis.

"Laporan polis sudah dibuat dan mereka bagi nombor untuk dihubungi sekiranya berlaku kes mencurigakan. Polis terus hubungi polis rondaan untuk periksa CCTV bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut saksi, terdapat sebuah kereta proton berwarna hitam mundar-mandir di kawasan taman berkenaan.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyuarakan kebimbangan mereka berhubung keselamatan anak-anak.

"Ya Allah, berderau darah baca. Banyak orang gila kat luar tu," komen netizen.


Foto: FB Faraliza Khalid

Aktiviti jenayah hari ini semakin berleluasa tak kira waktu dan tempat. Sampai bilakah kes jenayah di negara kita akan terus menghantui diri? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote wadiunong 18-3-2017 08:51 PM
siskepoh replied at 16-3-2017 06:45 PM
asek guna gula2 je. offer la iphone ke ape. huhu

Penculik sengkek sis. Sebab tu nk kidnap budak2 nk jual bikin duit beli Iphone

Lain-lain Komen

Quote chinta89 16-3-2017 02:39 PM
lama ak ambik masa nk baca nama anak dia.. duh.. knepalah suka buh nama anak belit2 nk baca.

Feiyaz. eja je la Fiyaz kan senang tu. atau Feyaz.

ini nk letak "I" dan "E" sekaligus.

Quote kuzaime 16-3-2017 02:40 PM
serius kering rasanya darah bila baca n tau apa2 kes culik budak..
Quote alieyrina 16-3-2017 03:09 PM
Geramnya aku manusia mcm ni..dapat belasah smpai cacat!
Quote prettyuglybabe 16-3-2017 03:22 PM
apa hasil siasatan dari cctv?
Quote WhiskeyScotch 16-3-2017 04:29 PM
Parents di luar sana sila take note!!!
Quote siskepoh 16-3-2017 06:45 PM
asek guna gula2 je. offer la iphone ke ape. huhu
Quote wadiunong 18-3-2017 08:51 PM
siskepoh replied at 16-3-2017 06:45 PM
asek guna gula2 je. offer la iphone ke ape. huhu

Penculik sengkek sis. Sebab tu nk kidnap budak2 nk jual bikin duit beli Iphone

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.074268s Gzip On
To Top