Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Makanan Sini Macam 'Sial' - Chef Zam

9-3-2017 04:00 PMKomen: 116

2



Kini, SIC berjaya menarik minat hampir 70 pelajar untuk mengikuti kelas yang disusun. Saya menubuhkan kolej ini bersama dua lagi rakan kongsi. Kami turut menyediakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

SIC menawarkan pelbagai kursus seperti kulinari, pastri, bakeri serta penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, kami turut memberikan nilai tambahan seperti kursus keusahawanan dan aktiviti lain seperti penggambaran televisyen serta majalah, kata chef  yang gemar menonton wang di masa terlaung. 

"Bukan sebarang kolej, SIC mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara, University of West London dan Universiti Johnson & Wales. Ia juga turut diiktiraf di Jabatan Pembangunan dan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengambilan sesi Julai akan dibuka tidak lama lagi. Sebarang maklumat boleh layari laman web www.silverspoon.my, katanya.


Empayar profesor chef Zam turut disokong oleh syarikat penaja, antaranya dilantik sebagai duta barangan elektrik, Philips, tahun ini adalah tahun ke lima Chef Zam diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab itu sebagai jurucakap atau ikon . Selain itu, Chef Zam juga turut menerima tawaran untuk memperkenalkan produk minyak zaitun, Colavita, dan pasta jenama, Barilla. Selain itu, dia juga memasarkan produk jenama sendiri,  myChef.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam bidang masakan, Chef Zam akui bukan senang berada di tahap sekarang. Katanya, kesukaran yang dihadapi suatu ketika dahulu adalah penguat semangat demi mengejar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Apabila tamat persekolahan, saya diterima ke Universiti Teknologi Mara untuk mengikuti Diploma in Chef Training pada tahun 1990. Tamat pengajian pada 1993, saya bekerja sementara di hotel. Impian saya baru bermula. Pada tahun 1995, saya dapat biasiswa daripada Mara untuk sambung pengajian peringkat Ijazah di Amerika Syarikat, imbas, Zamzani Abdul Wahab, lebih dikenali sebagai Chef Zam antara senarai chef selebriti antarabangsa berasal dari Malaysia. 

Dia pernah menjadi ketua chef di sebuah restoran di New York. Pada tahun 1997, Chef Zam membuat  keputusan untuk kembali ke tanah air kerana merindui ibunya setelah tiga tahun berpisah.

Foto: The Star
Sebelum balik, saya menghubungi beberapa tempat di Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Alhamdulillah, saya diterima bekerja di  sebuah Kolej kulnari di  Damansara Utama. Ibu saya seorang ibu tunggal, jadi saya membawa dia untuk tinggal bersama saya di Petaling Jaya. 

"Ketika itu, saya hanya menyewa bilik  kecil kerana tidak mampu mendapatkan rumah sewa. Selama dua tahun, saya pergi kerja dengan teksi kerana tidak mampu beli kereta ketika itu. Dua tahun kemudian, barulah mampu beli kereta, itupun hanya kereta terpakai, jelas chef Zam. 

Bintangnya sebagai `Hero Dapur mula bersinar selepas bakatnya mula dilihat menerusi rancangan televisyen dengan mengendalikan program  masakan termasuk rancangan khas raya, Raya Rantau dan Cit Cat Raya pada 2001. Nama chef Zam mula meniti kejayaan.  

Alhamdulilah... Pada tahun 2003, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di University of West London dan dapat biasiswa daripada universiti itu. Saya berada dalam situasi kesempitan kewangan dan terpaksa bekerja sambilan untuk mempromosikan jenama makanan segera, Brahims di sana. Dari situ, saya mengenali ramai orang dan mula menjalinkan perkenalan, katanya lagi. 

Kejayaan paling manis dan berharga yang berada dalam genggamannya adalah di saat dia ditauliahkan sebagai profesor dari Universiti of West London! Segala keperitan yang dilalui telah membuahkan hasil yang membanggakan. Satu pencapaian luar biasa. Kini, lengkaplah namanya, Profesor Chef Zam! 

12

Apa Reaksi Anda...

Bagus
54
Marah
34
Terkejut
25
Sedih
27
Lawak
39
Bosan
56
Reply: 116
Komen

Komen Terbaru

Quote neve4881 4-4-2017 11:30 AM
RR ni punye artikel slalu mukadimah meleweh...jd malas nk baca

Lain-lain Komen

Quote syadq 7-3-2017 10:43 AM
Panjang naw. Sorry malas nak baca
Quote Modngengade 7-3-2017 11:49 AM
kak nita ke dgn chef zam tu...koserr hakak!!!!!
Quote laksmanabentan 7-3-2017 12:00 PM
makanan apa tu makanan s*al...
Quote aldilla_zahraa 7-3-2017 02:01 PM
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?
Quote kibodwatriuh 7-3-2017 02:28 PM
aldilla_zahraa replied at 7-3-2017 02:01 PM
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?

Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.
Quote NekNgah 7-3-2017 02:43 PM
Panjang nau artikel, malas nenek nak cari makanan apa yang macam s**l tu....
Quote Kangkung1M 7-3-2017 02:51 PM
artikel ni iklan berbayar SIC ke....atau biografi chef zam
koser aku nak baca habis
Quote shernazz 7-3-2017 03:04 PM
iols x suka dengar dia bercakap
trying hard to be like chef wan sangat masa memula dia kuar tv
Quote Orix 7-3-2017 03:23 PM
gaji chef2 ni selalu berapa ye? kata jd ketua chef kt US pehtu motip balik msia x mmpu beli kereta kena tggu smpai 2 tahun itupn kereta 2nd hand.. hotel 3 star punya chef bawahan pn gaji basic RM1.8k skrg ni... ketua chef kt US lagi lah byak iols rse
Quote sebu 7-3-2017 03:35 PM
Chef ni ke yg kate mknn mcm siyal tu
Quote aldilla_zahraa 7-3-2017 03:56 PM
kibodwatriuh replied at 7-3-2017 06:28 AM
Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.

Ooo maaf tak kenal  
Quote iznanaziz 7-3-2017 04:31 PM
laksmanabentan replied at 7-3-2017 12:00 PM
makanan apa tu makanan s*al...

ntah...pjg beno citanya

tak sentuh pun cita makanan s*al....
Quote Emperor95 7-3-2017 04:59 PM
Cerita ini mengenai apa?
Quote FARRAZOOL 7-3-2017 05:34 PM
So apa gosipnya disini?
Quote Burong_Hantuk 7-3-2017 07:17 PM
admin999 replied at 7-3-2017 10:36 AM
Salam buat semua!


ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWAK KONGSI LAH GAMBA GAMBA NORA DANISH,PUTRERI YASMIN DAN JUGA CHO YANG HEBAT BERGAYA.GAMBA GAMBA SEMASA NORA DANISH CILIK MUSTI CUMIL.SYA NIH  KEPINGIN LAH NAK NENGOK GAMBA GAMBA NORA.
Quote sharlenetexas 7-3-2017 07:39 PM
Burong_Hantuk replied at 7-3-2017 07:17 PM
ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWA ...

nenek baru bangun? jom kelabing.
Quote mommymonster82 7-3-2017 07:48 PM
Peningnya baca penulisan ni...
Quote mommymonster82 7-3-2017 07:50 PM
Edited by mommymonster82 at 7-3-2017 07:51 PM

Owh..bro richie menulis rupanya..panjang sgt bro... seeloknya janganla panjang sgt.. maaf ni bukn kolum majalah...

So maybe boleh ubah skit gaya penulisan supaya lebih santai...
Quote Tukul.Besi 7-3-2017 08:15 PM
Ya amporn statement sial tu sikit je tapi artikel byk input yang tak perlu.

Lihat semua komen(116)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089738s Gzip On
To Top