Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kajian: Penggemar Makanan Laut, Berisiko 'Makan' 11,000 Plastik Setahun!

1-2-2017 05:56 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1379| Komen: 18


Siapa yang tak gemarkan makanan laut, lebih-lebih yang dihidang segar terus dari laut. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sebagai sumber protein yang sangat baik.

Pun begitu, memetik laman Telegraph adanya kajian mendapati mereka yang sering mengambil makanan laut bermaksud turut 'makan' sehingga 11,000 cebisan plastik yang dikenali sebagai micro plastics setiap tahun. 

Ia berpunca daripada pencemaran yang terjadi dalam laut itu sendiri. Dikatakan terdapat jutaan tan botol plastik, beg dan bekas makanan yang dibuang ke dalam laut.

Sekaligus menyebabkan hidupan laut seperti ikan dan juga kerang-kerangan 'menghadam' micro plastics tersebut. Rantaian makanan ini seterusnya tiba kepada manusia bila mengambil makanan laut sebagai menu sehari-hari mereka. 

Secara ringkasnya, ia akan menyebabkan micro plastics ini berkumpul dalam badan dari masa ke masa dan boleh menyebabkan risiko pelbagai penyakit. Hal ini dijelaskan oleh pengkaji dari University of Ghent di Belgium. 


Meskipun masih tidak mengetahui sejauh manakah bahaya partikel plastik di dalam badan ini, namun menurut ketua pengkaji tersebut, Dr Colin Janssen situasi tersebut sememangnya merisaukan. 

"Adakah plastik ini menjadi toksin di dalam badan atau menyebabkan keradangan atau menyebabkan kesan sampingan lain? 

"Kita masih tidak tahu dan kajian seharusnya dilakukan," ujarnya. 

Lebih teruk, trend atau situasi pencemaran laut ini jika berlarutan boleh menyebabkan manusia konsumsi lebih 780,000 plastik dalam masa setahun, pada masa akan datang! Memang sangat menakutkan! - CARI 

Foto: Carian Internet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 18
Komen

Previous : Jangan Dibuang Nasi Sejuk, Terbukti Khasiatnya Memang Terbaik

Next       : Cegah Ibu Bunuh Anak, Ini Tahap Meroyan Yang Semua Patut Tahu

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 6-2-2017 01:12 AM
Oh sukanya seafood. Tp sbb shellfish ni org kata x elok mkn byk2 kn..i pun mkn la setahun dlm dua tiga kali je

Lain-lain Komen

Quote siskepoh 1-2-2017 06:14 PM
mak ai. betol ke. baru tahu. da berjuta la ni mkn plastik
Quote Artemesiaa 1-2-2017 06:19 PM
Jadi peliharanlah alam sekitar untuk mengelakan perkara cam ni dari terus berlaku
Quote fishcracker 1-2-2017 07:06 PM
Makan ikan bela sendiri???
Quote WajibulGhunah 1-2-2017 11:06 PM
Serius?
Bkn slalu bela bnde2 ni dlm sangkar ke?
Quote Siputjelly 1-2-2017 11:14 PM
patutlah makin ramai alergik seafood. huhuhu.
Quote spankee_fili 1-2-2017 11:42 PM
janganla buang plastik dalam laut! seafood sedap oo..
Quote WhiskeyScotch 2-2-2017 12:26 AM
Bahaya ni. Thank you for the info.
Quote chinta89 2-2-2017 08:43 AM
makan ayam, bahaya sb cucuk2. makan ikan laut, plastik plk. makan ikan keli/mana2 ikan pelihara dlm sangkar ade bg mkn babi plk.

Quote manehnya 2-2-2017 08:55 AM
huhu sedihnya

x mau mkn ayam sbb nk avoid antibiotiok, makan ikan ada plastik lak, makan sayur ada racun serangga

so nk makan apa?
Quote ENNAI 3-2-2017 12:16 AM
thanks for the tip
Quote bubblegummy 3-2-2017 03:37 AM
info tuk kite berjaga2 ttg kesihatan
Quote fromheaven 3-2-2017 11:38 AM
Sgt berguna. Think about our health
Quote Guccibamboo 3-2-2017 11:48 AM
Mknn laut skrg ni mahal.....yg makan org kekaya je...lpstu kene gout
Quote ReginaGeorge 3-2-2017 01:17 PM
takyah lagi buat plastik surgery. kheennn ?
Quote Aizuzu 4-2-2017 09:53 AM
Nasib xsuka seafood
Quote eenhemo2 5-2-2017 08:58 PM
Seafood my fav kot.
Quote fromheaven 5-2-2017 10:51 PM
Patut guna  plastik dah kena banned
Quote pearl.silver 6-2-2017 01:12 AM
Oh sukanya seafood. Tp sbb shellfish ni org kata x elok mkn byk2 kn..i pun mkn la setahun dlm dua tiga kali je

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.055608s Gzip On
    To Top