Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kucing Terperangkap Dalam Banjir Tular Di Laman Sosial

26-1-2017 11:21 AM |Dilihat:2802| Komen: 49

Kejadian banjir yang melanda beberapa buah negeri pada waktu ini, nampaknya bukan sahaja menyebabkan ramai mangsa perlu diberikan bantuan sebaliknya begitu juga dengan haiwan peliharaan yang tak mampu hidup dalam keadaan air bah tersebut. 

Mula menjadi tular di laman sosial apabila kelibat dua orang remaja sanggup meredah air banjir separas dada untuk menyelamatkan enam ekor kucing.

Kejadian berlaku di Beruas menyaksikan Muhammad Faruq, 15 dan Muhammad Shukri, 20 menyelamatkan kucing-kucing yang ditinggalkan oleh tuan mereka selepas berpindah ke pusat pemindahan, petik laporan Mstar Online. 

"Kami kemudian mengambil keputusan untuk meredah air sejauh 20 meter untuk memasuki kawasan rumah berkenaan sebelum mengambil kesemua kucing-kucing itu  yang berada di atas syiling rumah dan beranda.

"Mereka didapati dalam keadaan lapar dan kesejukan. Mereka kemudiannya dihantar ke pusat pemindahan dan kami berharap mereka akan berjumpa tuan mereka kelak," ujar Muhammad Faruq. - CARI 

Foto: Bernama


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 49
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ronapink 27-1-2017 12:06 PM
Gadis_sarawak replied at 27-1-2017 11:58 AM
Terima kasih atas perkongsian. Camtu dah tak jumpa la anak bulus yang dah mati nanti..Kena ...

hargai semasa di atas dunia..

Lain-lain Komen

Quote chinta89 26-1-2017 10:22 AM
smoga jaga keselamatan diri jugak next time ye.. thanks kerana selamatkan kucing.
Quote jerukkedondong 26-1-2017 10:28 AM
Edited by jerukkedondong at 26-1-2017 10:49 AM

Mulia dan cantik nya hati adik2 ni...
Quote prettyuglybabe 26-1-2017 10:29 AM
bagus dorang ni..

tapi bodohnya tuan punya kucing..
ko pindah, budak-budak tu ko tinggal kan?
ko pikir dorang tau nak berenang cari pusat pemindahan ke?
pastu reti nganga mulut tunggu ikan tersangkut untuk makan?
Quote nononcrux 26-1-2017 10:32 AM
besar pahala mereka berdua ni, moga dilindungi kelak.

yang mangsa banjir sehelai sepinggang tu tak buat persedian awal ke? banjir naik mendadak ke samapi kne hanyut brg2 tu semua
Quote kelip2_07 26-1-2017 10:57 AM
pelik..xkn air trs naik mcm tu..smpai brg skolah pn kena hanyut air
Quote ronapink 26-1-2017 11:01 AM
nampk air mcm xlaju sangat..

tapi lain kali hati2 ye adik2..

jaga keselamatan diri jugak.
Quote Rainrein 26-1-2017 11:03 AM
Apa punya tuan kucing la.  Diri sendiri rdri lak ko selamatkan. Kucing pakai tinggal macam tu je.
Quote krustykrab 26-1-2017 11:06 AM
nak tanya kalau dah umo20 tu dianggap remaja jgk ke
Quote Artemesiaa 26-1-2017 11:09 AM
Syabas le sebab perihatin dan sudi menyelamatkan kucing2 tu.  Kalau dah tinggi sangat air banjir tu elok naik sampan je dari main redah cam tu.  Tak kira apa juga situasinya keselamatan diri juga kena dijaga sama.
Quote insulin 26-1-2017 11:11 AM
Bagusnya ko dekk. Jangan lupa tinggalkan whiskas 1 2 beg kat kucing2 tuh.
Quote cHimo 26-1-2017 11:18 AM
Terima kasih sebab selamatkan kucing2 tuh... Baik hati dorang..
Quote Knights 26-1-2017 11:24 AM
aku banjri camni takut ular sahaja

dulu tengah redah air , tetiba ular senduk tengah berenang
Quote vanillaninja 26-1-2017 11:41 AM
Tak gunanya tuan pun. Dibiar kucing2 tu kesejukan kelaparan bagai.
Quote exclusive_vvip 26-1-2017 11:43 AM
Knights replied at 26-1-2017 11:24 AM
aku banjri camni takut ular sahaja

dulu tengah redah air , tetiba ular senduk tengah berenang

Ngerinya...kalu i mesti jatuh terduduk dalam banjir tu dah...btw,ular senduk n tedung tu ular yg sama ke?...ke memang jenis yg berlainan..
Quote Knights 26-1-2017 11:45 AM
exclusive_vvip replied at 26-1-2017 11:43 AM
Ngerinya...kalu i mesti jatuh terduduk dalam banjir tu dah...btw,ular senduk n tedung tu ular yg s ...

ular tedung senduk dan ular tedung selar....

kalau dua ni, ular berbeza lah...

rumah kawan i, lepas cuci rumah, banyak ular dalam rumah dia. sebab ular berlindung dalam rumah dia masa banjir
Quote Knights 26-1-2017 11:45 AM
exclusive_vvip replied at 26-1-2017 11:43 AM
Ngerinya...kalu i mesti jatuh terduduk dalam banjir tu dah...btw,ular senduk n tedung tu ular yg s ...

ular tedung senduk dan ular tedung selar....

kalau dua ni, ular berbeza lah...

rumah kawan i, lepas cuci rumah, banyak ular dalam rumah dia. sebab ular berlindung dalam rumah dia masa banjir
Quote imransulaiman 26-1-2017 11:49 AM
krustykrab replied at 26-1-2017 11:06 AM
nak tanya kalau dah umo20 tu dianggap remaja jgk ke

Pemuda sepatutnya.. Tapi tu lah...mungkin tunggu umur 21 tahun baru panggil pemuda kot?


Yang perasan remaja walaupun umur dah nak 30 40 pun ramai  
Quote exclusive_vvip 26-1-2017 11:51 AM
Knights replied at 26-1-2017 11:45 AM
ular tedung senduk dan ular tedung selar....

kalau dua ni, ular berbeza lah...

I see..baru faham beza dua tu...

hish, seriau dengar...
Quote elnor_81 26-1-2017 01:01 PM
Sian meow tu..aku ni pun mse ujan nonstop doa je jgn la banjir..carrier mmg dh redi kt dpn umah ni.

Lihat semua komen(49)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087820s Gzip On
To Top