Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gejala Upah Pelajar Menjual Dadah Berleluasa Semakin Membimbangkan- AADK

28-12-2016 10:06 AM Komen: 6

Purata antara lapan dan 10 pelajar di setiap sekolah terutama sekolah menengah di Kedah, dikesan terbabit dengan dadah.

Memetik laporan Bernama, pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri, Mohamad Nazer Mustafa berkata, rekod agensi itu tahun ini mendapati seramai 334 pelajar sekolah di negeri ini, terbabit dengan pengambilan syabu.

Beliau berkata, pengambilan dadah jenis syabu menunjukkan golongan itu terdedah dengan individu yang mengedar dadah berkenaan, yang juga terdiri daripada remaja bawah umur berusia antara 12 tahun dan 18 tahun.

Pengedar kini juga licik mengupah remaja untuk menjual dadah dengan upah RM10 hingga RM50."

"Penggunaan remaja juga dapat menyelamatkan mereka kerana golongan itu tidak dikenakan hukuman kerana masih di bawah umur. 

Mengulas lanjut, Mohamad Nazer berkata, Kedah merekodkan jumlah orang kena pengawasan (OKP) paling tinggi berbanding negeri lain iaitu seramai 6,413 orang, dengan trend peningkatan dikesan dalam pengambilan dadah jenis syabu.

Trend pengambilan dadah jenis syabu meningkat iaitu pada kadar 80 peratus jumlah keseluruhan, berbanding 70 peratus tahun lalu.- CARI

sumber foto: Grafik CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
16
Marah
8
Terkejut
3
Sedih
12
Lawak
14
Bosan
7
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote buragazz 29-12-2016 08:46 AM
Fear of tertangkap dan terkantoi tu dah lenyap sebab cikgu dan cikgi tak boleh lansung sentuh budak2 .. jadi budak naik tocang la.. mind set budak2 ni "Alah sapa nak tangkap cikgu tokleh buat apa"... Mak bapak pulak percaya kan anak2 dari cikgu...

Lain-lain Komen

Quote white_musk 28-12-2016 10:34 AM
Takkan la. Orang Kedah kan kuat ugama kuat iman..  Pergi ke kedai mana mana pun lagu2 al quran berkumandang... Stakat dadah akak tak percaya lah ummah remaja Kedah tak boleh tepis...
Quote batmana 28-12-2016 02:10 PM
psl rokok le tu..
9/10 penangih tu merokok.
tapi

rokok tu sumber kewangan negara.
dgn rokok jugala membantu pembabitan dadah pada remaja

Cuba tgk turkmenistan, awal tahun 2016,, presiden dia terus banned penjualan rokok, sapa jual kene dendan rm6k.
terus merundum penggunaan dadah kt negaranya.
Quote umbut 28-12-2016 02:41 PM
Risaunya.. Pengaruh rakan sebaya..
Quote amukgemuk 29-12-2016 07:59 AM

"Penggunaan remaja juga dapat menyelamatkan mereka kerana golongan itu tidak dikenakan hukuman kerana masih di bawah umur.


lepas tu kalau kantoi, kena humban masuk juvana. Kau ingat syok ka sekolah Juvana tu?
Bole feeling movie juvana? ---- gi mamp----Ragging pertamanya dulu kena angkut tong taik====
Quote ronapink 29-12-2016 08:02 AM
thread dh ada

http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=2230163

@spiderman80

@perang_sivil
Quote buragazz 29-12-2016 08:46 AM
Fear of tertangkap dan terkantoi tu dah lenyap sebab cikgu dan cikgi tak boleh lansung sentuh budak2 .. jadi budak naik tocang la.. mind set budak2 ni "Alah sapa nak tangkap cikgu tokleh buat apa"... Mak bapak pulak percaya kan anak2 dari cikgu...

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.322420s Gzip On
To Top