Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Isu 'Dragon Breath', Cecair Nitrogen Perlu Meruap Sepenuhnya Sebelum Dijual - KKM

TuntungReturn|20-12-2016 10:15 AM Komen: 82

Foto: Astro Awani
Susulan kes seorang remaja lelaki yang melecur di tangan selepas membeli 'biskut berasap', pengeluar atau penyedia makanan haruslah memastikan cecair nitrogen yang digunakan dalam produk meruap sepenuhnya sebelum dijual.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ini bagi mengelak pengguna melecur atau mengalami radang dingin (frostbite).

Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap." 

Memetik laporan Astro Awani, Hisham turut menjelaskan cecair itu perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul." 

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) turut mengesahkan bahawa persatuan itu ada menerima lima aduan daripada orang awam berhubung kejadian sama.

Cecair nitrogen adalah gas nitrogen tidak berbahaya yang disejukkan ke suhu yang sangat rendah iaitu negatif 196 celcius sehingga menjadi cecair.

Ia banyak digunakan dalam industri makanan seperti penyejukan serta-merta ais dan dalam pembuatan ais krim. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
18
Marah
17
Terkejut
21
Sedih
26
Lawak
40
Bosan
19
Komen: 82
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nut.legacy 27-12-2016 09:13 AM
dia mcm meringue... ataupun pavlova tp bentuk bulat2 and tak rapuh mcm pavlova

Lain-lain Komen

Quote TuntungReturn 19-12-2016 09:58 AM
biskut apa?
Quote annehuda 19-12-2016 10:02 AM

biskut dragon's breath namenye abang tungtung.



gambar ehsan gugelan
Quote chinta89 19-12-2016 10:27 AM
annehuda replied at 19-12-2016 10:02 AM
biskut dragon's breath namenye abang tungtung.

la.. biskut mcmne ni? iols is jakun x penah beli n makan....

bru nk tanya pakcik gugel uols dah tempek gmbr. tenQ.
Quote minahsenget 19-12-2016 10:33 AM
ishhhh mcm ni pun gigih nak beli
Quote krustykrab 19-12-2016 10:35 AM
bentuk biskut ni cam meringue kisses pulak....awat la buat benda2 pelik ni.....nasib baik tak terbakar tekak, kalau takbisu seumur hidup....

kalau dh kesan teruk mcm ni kem kesihatan kena bertindak, ban biskut pelik ni, nanti kesian budak2 yg tak tau apa2 pi beli
Quote umbut 19-12-2016 10:36 AM
Guna ais kering.. terpegang ais dia pun sakit.. cer kena lidah..
Quote intan_smsb 19-12-2016 10:37 AM
acah2 hispter semua nak mencuba
Quote missinpiece 19-12-2016 10:39 AM
Makanan kalau sedap n packaging presebtable sure la dpt sambutan ramai. X payah nk design pelik2 n luar biasa sgt
Quote hambaallah1709 19-12-2016 10:39 AM
pernah nampak orang perempuan makan benda tu berkepok2 asap kuar dari mulut...
ingat smoking...
rupenye makan macam ala2 aiskrim gini...
Quote nononcrux 19-12-2016 10:41 AM
bnyk sgt makanan hipster berasap kepul-kepul mcm isap vape.
Quote felinecat 19-12-2016 10:50 AM
ala, pernah nmpak cef kat tv ade juge gune liq nitrogen dlm teknik masakan diorg. kt korea kn famous biskut ni..i pernah tgok je, makan idak le
Quote gigahertz 19-12-2016 10:52 AM
hambaallah1709 replied at 19-12-2016 02:39 AM
pernah nampak orang perempuan makan benda tu berkepok2 asap kuar dari mulut...
ingat smoking...
ru ...

bila pregnant anak tak sihat. ada defect.
Quote fcl29 19-12-2016 10:55 AM
melecur kat tgn, tp masuk mulut x melecur pulak?
Quote znorm 19-12-2016 11:01 AM
Omputih buat kome pun nak buat juga...
Tapi kalau omputih yg rajin baca buku tak pulak kome nak ngikut. Dasar ni!
Quote Artemesiaa 19-12-2016 11:17 AM
Tu le kecik2 time cikgu ajar sains tak nak dengar sibuk main dam kat belakang lab dah tua2 gigih nak sekut berasap bagai kan dah melecur
Quote Nenasketum 19-12-2016 11:18 AM
Aku nasihatkan kepada yang bingai terutama yang bagi anak biskut ni, pi blakang amik clorox dan minum secawan dua :
Quote TuntungReturn 19-12-2016 11:19 AM
annehuda replied at 19-12-2016 10:02 AM
biskut dragon's breath namenye abang tungtung.



aku kenal biskot cm ping pong je
Quote insulin 19-12-2016 11:26 AM
Kenapa anak dia tuang cecair nitrogen ke atas tapak tangan dia? Mak dia x monitor anak dia ke?
Quote famri7 19-12-2016 11:28 AM
Cash lah khanz..biar melecur dlm anak tekak sapai tukar suara jd mathyah barulah me dapat.

Lihat semua komen(82)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.318156s Gzip On
To Top