Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Edar Dadah, Pasangan Kekasih Dihukum Gantung Sampai Mati

14-12-2016 03:52 PM |Dilihat:2144| Komen: 7
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih selepas didapati bersalah mengedar 385.1 gram dadah dua tahun lalu.


Sumber foto: Harian Metro

Menurut Harian Metro, P Krishnan Murthy dan S Gayathri, masing-masing 31, menghadapi dua tuduhan mengedar campuran heroin dan monoacethylmorphines dengan berat bersih 272.14 gram serta 112.96 gram methamphetamine.

Ketika membacakan penghakiman, Mohd Sofian menyatakan keterangan pada kes pembelaan bahawa dadah ditemui di rumah sewa tertuduh milik seorang lelaki dikenali sebagai Gunalan hanya penafian semata-mata.

Mahkamah mendapati tiada keterangan yang boleh mengaitkan lelaki bernama Gunalan dalam pemilikan dadah itu dan pihak pembelaan gagal membuktikan yang Gunalan mempunyai akses kepada rumah yang didiami tertuduh," katanya.

Dilaporkan, aktiviti mengedar dadah itu dilakukan di sebuah rumah di Blok C, Apartment Sri Impian, Larkin Perdana, Johor Bahru, pada jam 9.15 malam, 25 Mei 2014.

Pasangan terbabit didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Sekysen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Sinin yang mengendalikan pendakwaan menampilkan sembilan saksi manakala enam saksi termasuk kedua-dua tertuduh ditampilkan pihak pembelaan yang diwakili Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly dan Arif Aizuddin Masrom.

Terdahulu, Krishnan Murthy bekerja kilang manakala Gayathri merupakan pendandan rambut. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote paz 20-6-2017 12:13 PM
Kenapa Benjy tu lepas yer, tak kan lah mak dia begitu hebat sampai anak dia tak boleh di hukum.

Lain-lain Komen

Quote akujerangkung 14-12-2016 06:35 PM
Cepat mati selamat negara .......
Quote pearl.silver 14-12-2016 07:03 PM
Pelakon benji tu lepas kan?
Quote kemaruk 14-12-2016 07:14 PM

ini soalan ke cadangan?
Quote CrowneGlory 14-12-2016 08:55 PM
Kesian kalau la ko anak azean irdawaty kompom lepas
Quote Decaffeinated 14-12-2016 10:01 PM
hidup mati bersama.... so sweet....



Quote alinone78 20-6-2017 12:08 PM
so sawettt
Quote paz 20-6-2017 12:13 PM
Kenapa Benjy tu lepas yer, tak kan lah mak dia begitu hebat sampai anak dia tak boleh di hukum.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.128041s Gzip On
To Top