Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Gangguan Jiwa? Rawat Segera Penyakit Ketagih Media Sosial

8-12-2016 03:45 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2064| Komen: 7

Tidak dinafikan lagi media sosial sememangnya membawa ketagihan kepada penggunanya. Keadaan ini boleh dibuktikan dengan situasi dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia di mana kita boleh lihat rata-rata individu mengamalkan konsep 'android berbicara'.

Mana taknya. Katanya meluangkan masa bersama rakan-rakan, tetapi fokus tertumpu pada gajet di tangan. Rakan di 'alam maya' lebih penting daripada rakan-rakan yang berada di hadapan mata.



Perkara ini boleh menyebabkan ketagihan terhadap penggunaan gajet dan media sosial terutama untuk mendapatkan bilangan 'like' yang banyak walaupun kepuasannya hanya seketika. Keadaan ini akan mengundang godaan untuk mendapatkan lebih banyak like, begitu juga dengan 'cyber stalking' yang boleh mengganggu ketenangan hidup orang lain.

Berehat seketika dari menggunakan laman sosial adalah langkah terbaik patut anda ambil kerana:


1. Media sosial 'memulaukan' anda dari dunia nyata



Terlalu fokus dengan gadget dan jaringan sosial buat menyebabkan anda mengabaikan momen berharga dengan orang di sekeliling anda sama ada keluarga, sahabat, atau pasangan.

Nak tinggal telefon bimbit, tak boleh juga kerana khuatir ada panggilan penting. Maka, jika anda keluar makan, letakkan gajet di atas meja dan JANGAN sentuh kecuali mustahak.

Percayalah, hubungan seperti ini jauh lebih memuaskan.


2. Jadi membandingkan diri dengan orang lain
Apabila melihat rakan lain di laman sosial anda memiliki kehidupan dan paras rupa lebih baik, anda akan mudah jadi iri hati dan membanding-bandingkan diri anda dengan mereka. Seperti anda, mereka juga memiliki banyak kekurangan yang tak mungkin anda dapat lihat dengan hanya melihat foto yang dikongsikan.


3. Hilang privasi 
Dengan 'oversharing' atau berkongsi semua perihal kehidupan anda di laman sosial, anda membenarkan orang lain menyuarakan pendapat yang tidak diingini kerana tiada apa yang dapat menghalang mereka daripada mengkritik anda.


4. Pekerjaan dan pelajaran terabai


Sumber foto: Carian Internet

Orang yang ketagihan menggunakan media sosial akan selalu fokus pada gajet. Bahkan, ketika sedang bekerja atau belajar di kelas pun mereka akan menumpukan pada penggunaan gajet sehingga mengganggu pekerjaan yang sedang dilaksanakan. 


Bukan tidak boleh untuk menggunakan media sosial, tetapi berpada-padalah! Gunakan masa dan media sosial yang tersedia untuk merapatkan hubungan sosial. Sebaiknya jadikan media sosial sebagai medium untuk menerima dan menyampaikan maklumat. Lebih berguna, bukan? - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
7
Terkejut
6
Sedih
7
Lawak
6
Bosan
10
Komen: 7
Komen

Previous : 9 Kegunaan Aspirin Selain Melegakan Kesakitan Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Next       : Selalu Alami Luka Dan Cedera Ringan? Cuba Tips Pelik Tapi Berkesan Ini

Komen Terbaru

Quote fromheaven 4-2-2017 07:44 PM
memang socmed ni gangguan jiwa. compare zaman dulu dgn sekarang

Lain-lain Komen

Quote siskepoh 8-12-2016 06:38 PM
Tapi x boleh hidup tanpa media sosial. syo sadddd
Quote Lollipop111 9-12-2016 05:36 PM
Saya dah tinggalkan dunia media sosial nih...cumen ad whatsapp je.
Quote ninnakarinna 9-12-2016 11:57 PM
Lollipop111 replied at 9-12-2016 05:36 PM
Saya dah tinggalkan dunia media sosial nih...cumen ad whatsapp je.

Sy rasa forum lg bahaya..utk sy la..bila da masuk forum, berjam2.

Layan fb n insta pun x mcm ni..

      
Quote Qnqn 3-2-2017 02:23 PM
Gangguan jiwa? Arlina benakna?
Quote vanillaninja 3-2-2017 03:52 PM
Takde socmed pun bosan pulak. Kena moderate la jangan duk obsessed sangat nak share everything.
Quote booty 4-2-2017 07:21 PM
Entahlh..pada me wsapp paling bahaya..myebabkn stress
Quote fromheaven 4-2-2017 07:44 PM
memang socmed ni gangguan jiwa. compare zaman dulu dgn sekarang

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042268s Gzip On
    To Top