Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Marvel Cipta Rekod, Teaser 'Guardians of the Galaxy Vol. 2' Ditonton 81 Juta Kali Dalam 24 Jam

7-12-2016 07:22 PM|Oleh: Maly Rosli| Komen: 2

Wah! Hebat betul penangan sekuel filem Guardians of the Galaxy apabila teaser filem itu berjaya memecah rekod baru, sekali gus mencipta sejarah bagi Studio Marvel.


Sumber foto: Carian Internet

Teaser Guardians of the Galaxy Vol. 2 itu memaparkan pertemuan semula watak filem berkenaan dengan aksi dan perwatakan baru yang lebih bertenaga dan 'hidup' ditambah pula gelagat lucu Baby Groot yang mencuit hati. Pasti tak kering gusi menonton filem itu!

Menurut portal The Hollywood Reporter, hanya dalam masa 24 jam ia ditayangkan, teaser itu telah ditonton sebanyak 81 juta kali. Guardians of the Galaxy Vol. 2 dijangka akan mengatasi jumlah tontonan trailer Captain America: Civil War yang telah ditonton sebanyak 94 juta kali dalam masa 24 jam kerana masih ada masa sebelum trailer rasminya ditayangkan.

Filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan menemui penonton di pawagam pada May 2017. Lambat lagi untuk anda bersesak-sesak mendapatkan tiket filem tersebut. 

Jadi, apa kata anda tonton dulu teaser Guardians of the Galaxy Vol. 2! - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
19
Marah
8
Terkejut
7
Sedih
11
Lawak
4
Bosan
19
Komen: 2
Komen

Previous : Tahniah, Lagu Tema Filem Ola Bola, Arena Cahaya Menang Anugerah Di Taiwan!

Next       : 18 Tahun Buat Kajian, Saya Baru Bersedia Buat Filem Pasir Salak- Mamat Khalid

Komen Terbaru

Quote emelia1509 13-12-2016 03:13 AM
Cant wait to watch this movie..

Lain-lain Komen

Quote grouper 9-12-2016 12:15 PM
Aku antara org terawal yg tonton masa view masih bawah 100 view..antara pencapaian cemerlang aku tahun n baby groot mmg comel
Quote emelia1509 13-12-2016 03:13 AM
Cant wait to watch this movie..

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065798s Gzip On
To Top