Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

9 Kegunaan Aspirin Selain Melegakan Kesakitan Yang Anda Mungkin Tak Tahu

5-12-2016 06:38 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2254| Komen: 7

Pernahkah anda terfikir bahawa aspirin mempunyai pelbagai fungsi lain selain daripada melegakan kesakitan dan mengurangkan suhu badan?



Jika tidak, anda pasti terkejut dengan pelbagai kegunaan aspirin yang tidak semua orang tahu. Menurut portal Bright Side, terdapat 9 perkara hebat yang aspirin boleh lakukan untuk anda.


1. Membantu mengurangkan jerawat.



Aspirin membantu mengurangkan jerawat kerana mengandungi bahan-bahan anti-radang. Hancurkan dua atau tiga tablet aspirin dan campurkannya dengan jus lemon. Sapukan campuran pada jerawat dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas. 


2. Melegakan gigitan serangga
Aspirin juga boleh membantu mengurangkan bengkak dan melegakan gatal-gatal disebabkan gigitan nyamuk.  Basahkan sebiji tablet aspirin ke dalam satu sudu air dan oleskannya ke kawasan yang terjejas untuk beberapa minit.


3. Kecantikan kulit wajah
Aspirin mengandungi bahan larut lemak yang terkandung di dalam krim pencerah wajah dan pembersih muka.  Campurkan tujuh tablet aspirin dengan tiga sudu besar yogurt dan satu sudu madu. Sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan terlebih dahulu dan biarkan selama 15 minit.

Rawatan muka ini akan menjadikan kulit anda berseri dan licin selain mencegah liang roma daripada tersumbat.


4. Menghapuskan kelemumur



Untuk menghilangkan kelemumur yang menyebabkan kegatalan pada kulit kepala, basuh rambut anda dengan mencampurkan dua tablet aspirin yang sudah dihancurkan ke dalam shampu anda.


5. Merawat kulit berminyak
Selain mengurangkan kulit berminyak, aspirin juga boleh digunakan untuk mengurangkan saiz liang pori. Campurkan sebiji kapsul aspirin dengan air dan dibiarkan beberapa minit. Jika kulit anda sensitif, oleskan pada wajah dengan berhati-hati untuk mengelak radang kulit.


6. Melembutkan tapak kaki



Ambil tujuh biji kapsul aspirin dan keluarkan serbuknya. Kemudian, tambah setengah sudu besar jus lemon sehingga menjadi pes. Sapukan campuran pada tapak kaki dan lindungi kaki dengan tuala hangat. Biarkan selama 10 minit dan kupas bahagian keras tadi menggunakan batu apung.


7. Merawat rambut rosak
Untuk rambut sihat dan bersinar, larutkan sebiji kapsul aspirin ke dalam segelas air suam dan sapukannya pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.


8. Menghilangkan kesan ketibas pada baju


Sapukan larutan aspirin ke kawasan terjejas dan biarkan semalaman. Basuh baju tersebut seperti biasa dan nikmatilah hasilnya!

9. Tambah jangka hayat bunga 


Sumber foto: Carian Internet

Masukkan sebiji tablet aspirin ke dalam air. Tip ini amat berguna untuk bunga ros kekal segar dalam tempoh lebih lama.


Walau bagaimanapun, anda harus dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum mencuba tip di atas. Manalah tahu mungkin kulit anda terlebih sensitif daripada orang lain. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : 'Stress' Mengemas Rumah? 6 Kaedah Ini Sangat Membantu Dan Menjimatkan

Next       : Gangguan Jiwa? Rawat Segera Penyakit Ketagih Media Sosial

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 8-12-2016 03:48 PM
sharlenetexas replied at 5-12-2016 10:33 PM
Apa nama lain bg aspirin? cuma ingat ada jenama Cortal kt tv dulu, berpuluh2 tahun lepas. Formula du ...

Dulu masa iols kekecik kalo demam mesti mak iols bg ubat kotal..

Lain-lain Komen

Quote DeeHanania 5-12-2016 09:51 PM
Yang No 2&9,penah buat...hihihi
Quote sharlenetexas 5-12-2016 10:33 PM
Apa nama lain bg aspirin? cuma ingat ada jenama Cortal kt tv dulu, berpuluh2 tahun lepas. Formula dulu2 boleh effect pd usus ke?


Quote seramado 6-12-2016 07:11 AM
Panadol kan ni
Quote nut.legacy 6-12-2016 10:09 AM
bunga pun bole pakai panadol
Quote famri7 6-12-2016 10:15 AM
yang tepek di jerawat pernah juga buat zaman muka pecah rumah dulu..oklah especially lepas picit2 dia jd kurang bengkak dan merah.
Quote cik-jaja 6-12-2016 06:38 PM
no8 tu slalu berlaku..nak try la nnt
Quote RatuDunia94 8-12-2016 03:48 PM
sharlenetexas replied at 5-12-2016 10:33 PM
Apa nama lain bg aspirin? cuma ingat ada jenama Cortal kt tv dulu, berpuluh2 tahun lepas. Formula du ...

Dulu masa iols kekecik kalo demam mesti mak iols bg ubat kotal..

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044525s Gzip On
    To Top