Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Isu Rohingya, Malaysia Campur Tangan Atas Dasar Kemanusiaan

3-12-2016 12:30 PM |Dilihat:1513| Komen: 17
Bagi tujuan membela masyarakat Rohingya di Myanmar, Malaysia membenarkan perhimpunan aman di ibu negara untuk menunjukkan rasa prihatin kerana ia mungkin menjejaskan keselamatan di Malaysia selaku negara jiran sekiranya tidak ditangani segera.

Menurut Kementerian Luar, perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Myanmar di Malaysia minggu lalu, adalah atas dasar tanggungjawab Malaysia sebagai rakan dalam ASEAN bagi memastikan Myanmar mengambil langkah sewajarnya menangani krisis dihadapi.

"Sejumlah besar pelarian Rohingya di Malaysia, kira-kira 56,000 orang di bawah naungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selain ribuan lagi di negara jiran, bukan lagi masalah dalaman Myanmar, sebaliknya menjadi isu antarabangsa," kata satu kenyataan kepada Berita Harian Online.

Penjelasan Kementerian Luar itu susulan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay, dalam akhbar Myanmar Times baru-baru ini supaya Malaysia menghormati dasar ASEAN dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

Namun, sekiranya penghapusan etnik ini tidak ditangani dengan segera, ia akan menjadi isu serantau bahkan  negara jiran bakal menanggung bebannya.

Disebabkan itu, Malaysia sudah berulang kali menawarkan bantuan kepada Kerajaan Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian yang adildan saksama bagi mengakhiri penindasan masyarakat Rohingya di utara Ukraine dari segi kemanusiaan dan bukannya keagamaan. 

Sumber Foto: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-12-2016 05:21 PM
.....dan ketawalah Myanmar...kerna aman2 jer depa kt pasar borong Selayang dan mana2 myanmar yg msk,tggl,buat kja haram kt Msia ni....

Lain-lain Komen

Quote dizzzek 3-12-2016 12:32 PM
muka bangla

bangladesh pun tak mau terima mereka

org meleisia je penyibuk

orang asli di negara sendiri ditindas

krik krik krik je

ptui
Quote cmf_conan 3-12-2016 12:35 PM
jv malaysia ngan myanmar cemaner?
aku dgr petronas ada jv ngan syarikat sana...
Quote kingnqueen 3-12-2016 01:00 PM
cepat selamat cina yg miskin di ngr ni atas kemanusian
Quote famri7 3-12-2016 01:09 PM
Oramg asli temiar pon manusia sis..ada kepala mata tangan konek dan kopek..mcm jua rohinyar..so how sis?
Quote Skuau 3-12-2016 01:33 PM
Rohingya disusukan....peribumi temiar dibiar 'mati' kelaparan....rohingya di seberang laut boleh nampak....peribumi di Serambi Mekah(buke kt Mekah yer...),Gua Musang tu....boleh jer depa wat2 tak nampak....'dasar kemanusiaan'lah sgt kata depa...
Quote tobobon 3-12-2016 01:38 PM
dah terang2 myanmar x mau langsung depa ada kat myanmar. cer klu myanmar ckp, kami mmg x nak rohingya.. since u all nak bela sangat.. ambikla semua rohingya tu .. malaysia nak ke???
Quote redteam 3-12-2016 02:21 PM
kenapa dap tak join?
kenapa pkr pribumi PANteq tak join perhimpunan esuk?

sebab tongong2 tak ada rasa kemanusiaan.

tongong2 sibuk buat fitnah sebar fitnah yang hanya si tongong2 otak penuh taik percaya







Quote Skuau 3-12-2016 03:11 PM
Myanmar minta Malaysia jangan campur tangan-BH,ms.42.(sabtu,3/12/16).
Quote dizzzek 3-12-2016 03:16 PM
bangladesh pun tak nak terima mereka
apa sebab
Quote FanTasyCreaTioN 3-12-2016 03:34 PM
Skuau replied at 3-12-2016 03:11 PM
Myanmar minta Malaysia jangan campur tangan-BH,ms.42.(sabtu,3/12/16).
ni ke?

FC tak ambik kat BH tapi selalu nya media cedok mencedok antara satu sama lain pastu buat macam berita sendiri

Myanmar mengingatkan Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal dalaman mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Hitay dipetik Mynamar Time sebagai berkata, Myanmar meminta Malaysia supaya menghormati kedaulatan negara itu serta prinsip tidak campur tangan dalam Asean.

Kenyataan itu susulan laporan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan hadir ke perhimpunan solidariti untuk Rohingya esok.

**pendapat FC sendiri .. sesapa tak suka Najib .. datang lah sokong esok , bukan untuk sokong Najib tapi datang untuk memeriahkan sambil memprovoke Mynmar.. biar Mynmar pula masuk campur tangan dalam kes Najib , mana lah tau kan .. tercapai impian jatuh kan Najib

Difahamkan pada perhimpunan yang menentang keganasan terhadap Rohingya hari ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut hadir, mengetepikan perbezaan ideologi politik antara parti Islam itu dengan Umno yang dipimpin Najib.

Akhbar itu dengan nada tegas berkata, Myanmar menghormati prinsip kedaulatan berkenaan, dan meminta Malaysia juga berbuat demikian.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, Malaysia tidak akan berpeluk tubuh melihat kejadian di negara itu, dan menegaskan Malaysia tidak berhasrat campur tangan.

Namun, keganasan berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana ia turut menanggung tempias.

Kini, terdapat 135,475 pelarian Myanmar di Malaysia.

Media antarabangsa melaporkan tentera Myanmar membakar perkampungan etnik Rohingya, menembak dan memukul lelaki dan merogol wanita.

Sekitar 30,000 telah melarikan diri ke sempadan dengan sebahagian meninggal dunia kerana kelaparan dan tidak mampu menangung penderitaan.

Keganasan dan kezaliman di negara majoriti Buddha itu turut mencetuskan tunjuk perasaan di Indonesia, Bangladesh dan Thailand.

http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/20-headline/5987-rohingya-myanmar-ingatkan-malaysia-jangan-campur-tangan

Quote FanTasyCreaTioN 3-12-2016 03:39 PM
berbalas kenyataan di media masing-masing

kali ni laporan FC ambik dari Astrowani

KUALA LUMPUR: Wisma Putra secara tegasnya membantah kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay, yang meminta agar Malaysia tidak campur tangan dalam hal dalaman negara berkenaan.

Ia susulan laporan yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar memandang berat krisis kemanusiaan yang berlaku di Rakhine, selain bimbang ia memberi kesan limpahan yang akan menjejaskan keselamatan dan kedudukan Malaysia, sebagai negara jiran ASEAN.

Justeru dalam konteks itu, Malaysia membenarkan tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine itu diadakan.

U Zaw Htay dalam laporan Myanmar Times pada Jumaat meminta Malaysia agar menghormati kedaulatan negara mereka serta berpegang kepada prinsip tidak mencampuri hal dalaman negara ASEAN.

Dalam laporan berkenaan, Zaw Htay turut mendakwa penganjuran tunjuk perasaan itu adalah satu keputusan politik yang diatur untuk menarik sokongan rakyat Malaysia dan tidak ada kaitan dengan Myanmar.

Mengulas kenyataan itu, Wisma Putra menegaskan Malaysia tidak akan berpeluk tubuh sementara ribuan rakyat Rohingya yang tidak bersalah dibunuh dalam pembersihan etnik yang dibenarkan pemerintah mereka.

"Sebagai jiran dan anggota yang bertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk memastikan rakan sekerja ASEAN mengambil langkah yang proaktif untuk mencegah situasi itu daripada terus merosot."

"Malaysia sedia maklum tentang mengetahui prinsip-prinsip pembentukan ASEAN, selaku negara pengasas organisasi serantau itu," menurut kenyataan media itu.

Tambah kenyataan itu lagi, dengan bilangan warga Rohingya yang tinggi di Malaysia, melibatkan kira-kira 56,000 orang dan ratusan ribu lagi rakyatnya di negara-negara jiran lain bermakna ia bukan lagi suatu masalah dalaman, sebaliknya masalah antarabangsa.

"Hakikatnya, apabila hanya satu etnik tertentu diusir keluar, mengikut definisi, ialah pembersihan etnik."

Justeru Kementerian Luar mendesak supaya amalan itu dihentikan serta-merta untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

"Malaysia tidak perlu mengingatkan U Zaw Htay tentang krisis bot hanyut pada 2015 yang akhirnya menjadi isu serantau dengan negara-negara jiran Myanmar terpaksa menanggung beban negara itu."

"Adalah dengan itu, Malaysia telah berkali-kali menawarkan bantuan kepada kerajaan Myanmar dalam mencari penyelesaian bagi mencari penyelesaian segera yang adil dan berpanjangan terhadap isu penindasan Rohingya di utara Rakhine," ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa satu tunjuk perasaan akan diadakan pada Ahad bagi menyuarakan kebimbangan akan keganasan ke atas Rohingya di Myanmar.

Himpunan yang bakal diadakan di ibu negara itu dijangka dihadiri pimpinan negara, termasuk Perdana Menteri.

Pada minggu lalu, kira-kira 1,000 prang termasuk warga Rohingya di Malaysia berhimpun menunjuk perasaan di luar kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/campur-tangan-isu-rohingya-wisma-putra-bantah-kenyataan-myanmar-124563

Quote PongKang 3-12-2016 03:41 PM
jgn nk menyibuk hal negara org lah. sila peduli dulu rakyat sendiri yg ada kawasan masih xde bekalan elektrik bekalan air xde rumah etc
mengada2 nk menyibuk hal org
Quote FanTasyCreaTioN 3-12-2016 03:42 PM
famri7 replied at 3-12-2016 01:09 PM
Oramg asli temiar pon manusia sis..ada kepala mata tangan konek dan kopek..mcm jua rohinyar..so how  ...
sis ..

Orang Asli Temiar bincang sini sis
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1024043&extra=&page=8

ni untuk rohingya

tau geram sakit hati bila orang asli sendiri terbiar

Quote dani-rox 3-12-2016 04:03 PM
Kalau esok2 myanmar buat perhimpunan solidariti utk geng sulu sbb msia 'curi' sabah jgn marah k
Quote deezeck 3-12-2016 04:22 PM
Sori la cina kristian + buddha DAP nak join

Lahanat bangsat DAP sokong rejim celaka Myanmar

Jahanam DAP
Quote deezeck 3-12-2016 04:28 PM
tobobon replied at 3-12-2016 01:38 PM
dah terang2 myanmar x mau langsung depa ada kat myanmar. cer klu myanmar ckp, kami mmg x nak rohingy ...

Lagi elok kalo kerajaan umno malaysia offer cina buddha DAP untuk dihantar ke Myanmar

Quote Skuau 3-12-2016 05:21 PM
.....dan ketawalah Myanmar...kerna aman2 jer depa kt pasar borong Selayang dan mana2 myanmar yg msk,tggl,buat kja haram kt Msia ni....

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.106155s Gzip On
To Top