Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pemandu Bas Ekspres Mengaku Tidak Bersalah Rempuh 10 Kereta

14-11-2016 05:02 PM |Dilihat:2158| Komen: 27

Kadershah Sabaruddin, seorang pemandu bas ekspres berusia 51 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik atas tuduhan memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati pada 4 bulan lalu.

Astro Awani melaporkan, mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah di Mahkamah Khas Trafik Ipoh, Kadershah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.45 petang di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada 10 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 dan penjara 12 bulan.

Pegawai pendakwa Inspektor Kelvin Meng menawarkan wang jaminan RM5,000, namun tertuduh merayu ia dikurangkan kerana tidak bekerja ketika ini, selain mempunyai tanggungan.

Siti Hanum membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Januari 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian 10 Julai lalu, sebuah bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merempuh 10 kenderaan dekat Terowong Menora semasa kesesakan lalu lintas. - CARI

sumber foto: http://i0.wp.com/
sumber foto: Astro Awani



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
5
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 15-11-2016 03:35 PM
ini semua salah anwar

Lain-lain Komen

Quote ronapink 14-11-2016 05:11 PM
mengaku tidak bersalah
Quote Nenasketum 14-11-2016 05:19 PM
Mengapa syarikat bas tidak didakwa sekali? Maintenance adalah tanggungjawab syarikat bas.
Quote SWORKS27 14-11-2016 05:28 PM
yela..betul tu..kenapa dia mesti nak mengaku salah..
sebaliknya..
dia boleh salahkan vendor brake bas...barang x de kualiti...
salahkan Barisan Nasional sebab x naikkan harga minyak dan galakkan org naik bas so kereta x banyak..
dan macam2 lagi beliau boleh salahkan..
ahmad maslan dsb
Quote wunan88 14-11-2016 05:32 PM
SWORKS27 replied at 14-11-2016 05:28 PM
yela..betul tu..kenapa dia mesti nak mengaku salah..
sebaliknya..
dia boleh salahkan vendor brake  ...

Sokong..salahkan bijan sebab kenakan gst kasi harga brake jadi mahal..tue yg guna brek xde kualiti
Quote jazaa100 14-11-2016 05:34 PM
wunan88 replied at 14-11-2016 05:32 PM
Sokong..salahkan bijan sebab kenakan gst kasi harga brake jadi mahal..tue yg guna brek xde kualiti

Uwaaa.....

Jadi bangau oh bangau le pulak korang ni....


Quote pooh~key 14-11-2016 05:39 PM
Salahkan diri sendiri sebab undi bijan.
Quote God_Eater_4 14-11-2016 05:42 PM
pooh~key replied at 14-11-2016 05:39 PM
Salahkan diri sendiri sebab undi bijan.

salah takdir tuhan zeus   
Quote Artemesiaa 14-11-2016 05:46 PM
Bila dah kene dakwa di mahkamah jawapan biasa tertuduh selalunya mengaku tak bersalah
Quote pooh~key 14-11-2016 05:50 PM
God_Eater_4 replied at 14-11-2016 05:42 PM
salah takdir tuhan zeus

Haha sebelum akak klik reply kau ni sis, akak dah agak kau mesti nak kaitkan dengan zeus. Sekali betul kau.  
Quote God_Eater_4 14-11-2016 05:58 PM
pooh~key replied at 14-11-2016 05:50 PM
Haha sebelum akak klik reply kau ni sis, akak dah agak kau mesti nak kaitkan dengan zeus. Sekali b ...

takdir zeus gak kalau kena penjara   
Quote awekjepun 14-11-2016 06:17 PM
Ni kes sbb break x berfungsi ke?
Quote awekjepun 14-11-2016 06:17 PM
Ni kes sbb break x berfungsi ke?
Quote awekjepun 14-11-2016 06:17 PM
Ni kes sbb break x berfungsi ke?
Quote TPPA 14-11-2016 06:20 PM
awekjepun replied at 14-11-2016 06:17 PM
Ni kes sbb break x berfungsi ke?

Tak. Ini kes brake tidak berfungsi.
Quote cmf_almondpecan 14-11-2016 06:22 PM
ronapink replied at 14-11-2016 05:11 PM
mengaku tidak bersalah

Walaupun bunyi pelik dalam bahasa Melayu, ini terjemahan dari frasa pleaded not guilty. Jadi, utk kekalkan maknanya, tak boleh kata tidak mengaku salah.
Quote ronapink 14-11-2016 06:24 PM
cmf_almondpecan replied at 14-11-2016 06:22 PM
Walaupun bunyi pelik dalam bahasa Melayu, ini terjemahan dari frasa pleaded not guilty. Jadi, utk  ...

ok faham..

bahasa undang2 ye..
Quote cmf_almondpecan 14-11-2016 06:28 PM
ronapink replied at 14-11-2016 06:24 PM
ok faham..

bahasa undang2 ye..

Iya. Boleh dikatakan gitu   
Quote ronapink 14-11-2016 06:30 PM

tapi dah terang2 bas tu melanggar..

macam mana nak buktikan dia xlanggar
Quote cmf_almondpecan 14-11-2016 06:36 PM
ronapink replied at 14-11-2016 06:30 PM
tapi dah terang2 bas tu melanggar..

macam mana nak buktikan dia xlanggar

Kalau ikut pertuduhan dalam suratkhabar, dia dituduh memandu cuai ke tak berhati2 kan? Jadi dia perlu sangkal bahawa bas berlanggar disebabkan kecuaian atau kesalahannya. Misalnya kalau dia buktikan org potong brek dia.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089214s Gzip On
To Top