Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Lepas Adat Bertemu Peminat, Shah Rukh Khan Sambut Hari Lahir Bersama Keluarga

3-11-2016 03:51 PM|Oleh: Maly Rosli| Komen: 10

Wah! Hebat betul abang kacak Shah Rukh Khan (SRK) kita ni ya. Bukan main lagi peminat dia berjemur di hadapan kediamannya semata-mata untuk mengucapkan ucapan selamat hari jadi.


Sumber foto: IG Shah Rukh Khan

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, SRK, 51, tidak meneruskan adat tahunannya untuk berinteraksi dengan peminat dan pihak media di kediamannya, Mannat. Malah, tahun ini dia meraikan ulang tahun hari kelahirannya bersama keluarga di Alibaug, Mumbai.

Peminat juga tidak melepaskan peluang untuk merakam ucapan selamat hari jadi kepada bintang terkenal Bollywood yang mereka puja-puja itu.





Sumber foto: Twitter

Sementara itu, adakah anda tahu bahawa SRK telah beberapa kali dinamakan antara lima pelakon terkaya di dunia oleh Wealth-X's Hollywood and Bollywood Rich List? Malahan, Tom Cruise pun kalah dengan bintang Bollywood itu!

Menurut India Today, SRK juga pernah menang anugerah Zee Cine Award untuk kategori pelakon terbaik, namun telah menyerahkan anugerah tersebut kepada Salman Khan.

Bukan calang-calang SRK ni, dia juga menerima anugerah doktor kehormat daripada University of Edinburgh pada tahun 2015 sebagai penghormatan di atas sumbangan besar beliau dalam dunia perfileman serta kerja-kerja amalnya kepada masyarakat.

Tahniah, dan Selamat Hari Lahir, Shah Rukh Khan! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
19
Marah
28
Terkejut
35
Sedih
28
Lawak
28
Bosan
25
Komen: 8
Komen

Previous : Lee Jong Suk Akan Bertemu Peminat Di Singapura

Next       : Angkara Berebut Kekasih, Katrina Kaif Ugut Undur Diri Dari Berlakon Filem

Komen Terbaru

Quote jiji85 5-11-2016 08:03 PM
dah nampak sangat kertu atok srk ni..happy bday tok..

Lain-lain Komen

Quote siskepoh 3-11-2016 06:32 PM
waahhhhh. hero favourite sis. happy birthday shahrukh
Quote meklalala 4-11-2016 09:20 AM
makin tua makin handsome..happy birthday SRK *dengan harapan dia baca forum ni*
Quote ira79 4-11-2016 11:31 AM
atuk yg maintain hensem. pelakon2 muda pun kalah..
Quote -electrifying- 4-11-2016 11:33 AM
appy bornday bro

Quote RatuDunia94 4-11-2016 11:33 AM
Dulu masa muda iols rase dia ni x hensem.. Tp makin tua makin hensem..
Quote sepertiitu 4-11-2016 12:19 PM
happy birthday my hero
Quote boobam 4-11-2016 04:22 PM
happy belated besday king SRK
Quote jiji85 5-11-2016 08:03 PM
dah nampak sangat kertu atok srk ni..happy bday tok..

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.076851s Gzip On
To Top