Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tiket Percuma! Tayangan Perdana Filem "Fallen"

1-11-2016 06:25 PM|Oleh: Myra Rozi| Komen: 40

Fallen ialah sebuah filem fantasi romantik yang pastinya mempunyai jalan cerita berbeza, menarik dan tersendiri.

Filem yang dapat membuat anda hanyut dalam khayalan ini adalah hasil garapan pengarah Scott Hicks.

Di Malaysia, filem yang bakal menggegarkan panggung ini akan mula ditayangkan pada 10 Nov 2016.

Barisan pelakon yang membintanginya termasuk Addison Timlin, Jeremy Irvine, dan Harrison Gilbertson




Sinopsis Filem Fallen (2016) 

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis muda bernama Lucinda Price. Dia baru sahaja dimasukkan ke dalam sebuah akademi Sword & Cross.

Sekolah tersebut dikhususkan untuk anak-anak yang dianggap jahat dan degil namun Lucinda bukanlah seperti yang difikirkan.

Dia dipaksa masuk kerana disyaki terlibat dalam sebuah kes pembunuhan walaupun Lucinda sendiri bersumpah tidak pernah melakukannya.

Di sana, dia menemui Cam dan Daniel yang rupa-rupanya adalah malaikat yang turun ke bumi dan salah seorang darinya telah jatuh cinta pada dirinya.

Bagaimana agaknya pengakhiran cerita ini? Adakah berkesudahan bahagia atau sebaliknya? -CARI






Dapatkan sepasang tiket masuk percuma untuk TAYANGAN PERDANA filem "Fallen" dengan memberikan jawapan yang paling kreatif.

Tarikh: 8 November 2016 (Selasa)
Tempat: GSC NU Sentral
Masa: 9.00 PM


"Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana............................................."  (tidak kurang dari 15 patah perkataan)


Peserta yang mempunyai slogan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang.

Pihak CARI Infonet akan menghubungi pemenang yang terpilih dalam masa yang terdekat.

Jangan lepaskan peluang anda!

Apa Reaksi Anda...

Bagus
34
Marah
20
Terkejut
14
Sedih
18
Lawak
18
Bosan
19
Komen: 40
Komen

Previous : Disney Kini 'Gila' Mengadaptasi Filem Animasi Ke Layar Perak

Next       : 'Jeng Jeng Jeng'! Filem Adaptasi Upin & Dan Ipin Dapat Tempahan Asia Barat

Komen Terbaru

Quote mamarifdy 22-11-2016 11:46 AM
"Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana MQA ngan JPA x recognize, nanti susah nak cari keja...."

Lain-lain Komen

Quote aminahibrahim86 1-11-2016 07:28 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword&Cross kerana saya takut sekiranya Cam dan Danial jatuh cinta dengan saya seterusnya akan menyebabkan Lucinda rasa terpinggir. =p
Quote musang_berapi 1-11-2016 07:41 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword&Cross kerana takmau buat loan ptptn. Duit xdak.
Quote Farahanim 1-11-2016 07:47 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword&Cross kerana sekolah ini terlalu ramai pelajar yang handsome seperti Daniel dan pasti membuatkan saya gila bayang, haha.
Quote mynnhanim 1-11-2016 08:02 PM
saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana ia tidak memberikan sebarang benefit kepada saya selain student yang cute! Tapi saya perlu menonton movie ini kerana story ini best!
Quote sherry 1-11-2016 08:39 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana.saya bukanlah anak yang jahat dan degil namun saya mahu menyaksikan filem mengenainya ini sempena hari lahir saya pada 12 November ini
Quote eehockchuan45 1-11-2016 09:18 PM
PER:"FALLEN" - Tayangan Filem percuma.

Saya tidak mahu belajar diakademi Sword and Cross kerana akademi ini mempunyai murid - murid yang nakal dan bermoral rendah  bertentangan
dengan prinsip  mulia " Rukun Negara".
Quote green~tea 1-11-2016 11:01 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana saya best student lagi berakhlak molia
Quote armin 2-11-2016 03:00 AM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana akademi tersebut pasti reject permohonan saya sebab terlampau baik
Quote fly_in_d_sky 2-11-2016 09:49 AM
majoriti bagi low rate untuk series ni ... ada similarity dengan Twilight saga ...
hurmm ...
Quote siskepoh 2-11-2016 10:40 AM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana tempat itu kerana saya tak pernah bunuh orang dan saya mabuk darah, nampak macam tiada kaitan kan. Namun, saya cuba untuk mendapatkan tiket free agar dpt membuat suprise pada suami tersayang pada hari selasa nanti. sekian.
Quote miera20591 2-11-2016 11:27 AM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword @ Cross kerana saya yakin dengan sepenuh hati bahawasanya saya baik daripada Lucinda.  Tapi saya ingin masuk ke GSC Nu Sentral untuk menonton filem ini, jadi pilihla saya yang baik ini
Quote cik-jaja 2-11-2016 11:49 AM
saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana saya pasti di sana tidak akan menyediakan masakan melayu
Quote hanamunir 2-11-2016 12:11 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana saya dah tak larat nak belajar lagi, otak saya dah tepu, nanti kalau sambung belajar asyik main2 dalam kelas je, nanti main2 mata dengan Cam and Daniel, pastu hujung semester "failed", saya pulak yang sedih
Quote nadie90 2-11-2016 12:22 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana saya berasa seram melihat tempat akademi tersebut dan saya nak menang tiket percuma.
Quote tipuware 2-11-2016 01:14 PM
saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana ianya hanyalah pecisan ala-ala Twilight Saga
Quote MsKathryn 2-11-2016 02:05 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana saya lebih suka belajar di Sekolah Kebangsaan.
Quote mzzenma 2-11-2016 03:40 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana tak best macam Hogwarts, and saya rasa Daniel, Lucinda and apa entah nama lagi sorang tu mesti watak bodoh macam Bella, Edward dengan werewolf tu dalam Twilight.
Quote mzzenma 2-11-2016 03:40 PM
Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana nanti akidah saya terpesong.
Quote -electrifying- 3-11-2016 11:02 AM
"Saya tidak mahu belajar di akademi Sword & Cross kerana sy tak minat dh nk belaja lgi, cukup2 la, dgn loan lagi ape semua"

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090074s Gzip On
To Top