Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Obama Mengisytiharkan Darurat Di Florida Akibat Ancaman Taufan Matthew

7-10-2016 11:39 AM |Dilihat:1563| Komen: 5

sumber foto: EPA

Susulan Taufan Matthew mengganas di kepulauan Caribbean sehingga mengakibatkan hampir 300 kematian, dan kini dikatakan sedang bergerak ke arah Florida yang padat dengan penduduk, Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Florida, memetik kenyataan Rumah Putih. 

Pengumuman tersebut memboleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan diberi kuasa untuk menyelaraskan usaha bantuan bencana yang disebabkan ribut Kategori Empat itu, yang membawa kekuatan angin mencecah 220 kilometer sejam.

Berikutan taufan Matthew dengan angin selaju 225 kilometer sejam, jutaan penduduk Florida, Georgia dan Carolina Selatan berpindah untuk tujuan keselamatan dan lebuh raya ditukar menjadi laluan sehala untuk mempercepatkan pergerakan.

Ia adalah ribut paling kuat mengancam pantai Atlantik Amerika dalam masa lebih sedekad. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-10-2016 12:27 PM
Kesiannya banyak tempat terjejas dan ramai yang jadi mangsa

Lain-lain Komen

Quote merrissa 7-10-2016 07:55 PM
aik bukan kata nama taufan mesti pompuan kah....ke ni spesis kak sejat? kihkihkih

opsss aku baca fakta pesbuk....hancuussss
Quote jcja82 8-10-2016 05:26 AM
merrissa replied at 7-10-2016 07:55 PM
aik bukan kata nama taufan mesti pompuan kah....ke ni spesis kak sejat? kihkihkih

opsss aku baca  ...

Kannnn....biasa Katrina la..Kali ni Matthew plak..
Quote RatuDunia94 8-10-2016 04:18 PM
X semestinya semua nama taufan nama pompuan.. Dia ikut selang kitaran taufan.. Setiap selang bebrapa nama pompuan. Nama lelaki plak akn digunakan..
Quote delisha09 9-10-2016 07:17 PM
nnt akn ada taufan obama plk
Quote Artemesiaa 10-10-2016 12:27 PM
Kesiannya banyak tempat terjejas dan ramai yang jadi mangsa

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087637s Gzip On
To Top