Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes kemalangan Diklasifikasi Semula Kepada Kes Bunuh- Asisten Komisioner Mior

11-8-2016 10:04 AM |Dilihat:8548| Komen: 173
Oleh : TS LOO


sumber foto: google image


Polis mengklasifikasikan semula kes kemalangan jalan raya di Jalan Penang awal pagi Selasa lalu, sebagai kes bunuh. 

Kenyataan itu disuarakan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid dalam satu sidang media yang diadakan kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun, berbangsa India dikenali sebagai S Muniandy ketika itu sedang menaiki motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah kereta. 

Selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian, menurut  Asisten Komisioner Mior, pihaknya mendapati mangsa dilanggar sebanyak dua kali selain turut ditumbuk oleh pemandu dan seorang penumpang kereta terbabit.

"Pada awalnya polis mengklasifikasikan ia sebagai kemalangan biasa. Namun, kenyataan seorang wanita kepada pihak media yang mendakwa mangsa adalah seorang peragut didapati meragukan."

"Susulan itu,  seorang wanita berumur 29 tahun yang terbabit ditahan dan hasil siasatan mendapati terdapat unsur bunuh dalam kes kemalangan berkenaan." 

Sehubungan itu, polis sedang memburu pemandu dan penumpang, yang masing-masing berumur 30-an.

Katanya, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- CARI


sumber video: Guang Ming Daily

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
6
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 173
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote alieyrina 12-8-2016 02:23 PM
Weyyy nak gaduh p tempat len laaaaaaa!

Lain-lain Komen

Quote kucen_miang 10-8-2016 05:55 AM
Elok dicashkan aja ni
Quote Modngengade 10-8-2016 07:10 AM
Cash la kan
Quote Syd 10-8-2016 07:14 AM
Cash laa nakk oiii.

Pemandu pulakadakah akan didakwa?

Sbb persis mmg beria nak melanggar gituhh sampai.......
Quote Clover_Hill 10-8-2016 07:18 AM
Sewajiblah pemandu pula menerima bahana.
Quote MissNigga 10-8-2016 07:19 AM
serve ur rite ... padan muka
Quote catalina 10-8-2016 07:21 AM
Tumpas di medan perjuangan.
Quote lorelai 10-8-2016 07:24 AM
Pemansdu lah yg masuk ke dalam

Ni mmg ada intent to kill ni
Quote buragazz 10-8-2016 07:25 AM
Hilang kawalan sangat....huhu

Pada aku klu tak langgar memang ko tak mengasa balik le bag tu..

KLu dah banyak barang berharga dalam tu especially document pengenalan
Quote dizzzek 10-8-2016 07:33 AM
syabasssssssss
Quote fifie_olin 10-8-2016 07:36 AM
sggop kejar blk mesti ade penting sgt2 dlm tu
Quote Peya 10-8-2016 07:36 AM
Padan muka ko peragut
Quote rosasa 10-8-2016 07:45 AM
cash...padan muka, mendapatlah...semoga peragut lain ambil pengajaran
Quote ringkas 10-8-2016 07:53 AM
Pemandu ini patut diberi penghargaan kerana dapat mengurangkan kes ragut. If peragut ni hidup tentu orang lain bakalan menjadi mangsa seterusnya.
Quote shernazz 10-8-2016 07:53 AM
jgn plak nnt kuar statement peragut anak yg baik plak
Quote kentel 10-8-2016 07:56 AM
cash la...sekor mati, sekor lagi penjara sebabkan kematian
Quote akakmasihvogue 10-8-2016 08:02 AM
Amaran kepada peragut....kerjaya berisiko tinggi
Quote MelZ_Eulalia 10-8-2016 08:22 AM
nak meragut sangatt kan!
Quote dubuk 10-8-2016 08:30 AM
dubb like...
Quote hayrin86 10-8-2016 08:30 AM
Syabas dan tahniah buat mangsa ragut ini!! Inilah hadiah bulan kemerdekaan!

Lihat semua komen(173)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087423s Gzip On
To Top