Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Jamu Tetamu Dengan Rendang Itik

1-7-2016 12:42 PM|Dilihat: 3275| Komen: 7

Menjadi padanan sempurna untuk nasi impit, ketupat dan juga lemang!
oleh Adib ZA

Alangkah enaknya hari raya bila menu rendang dihidangkan. Menjadi padanan sempurna untuk nasi impit, ketupat dan juga lemang!

Namun, jom apa kata kita tampilkan kelainan dengan memasak sendiri rendang itik.

Ya, itik memiliki daging yang pejal dan juga manis. Berbeza sedikit dengan rendang ayam yang mudah hancur, rendang itik tak kurang hebatnya. Memang lazat dan sampai tetamu teringat-ingat pula nanti!

Cuba resipi yang dipetik dari blog Chocoani ini:


Sumber foto: Tiffinbiru



Bahan-bahan

1 ekor itik
1 biji bawang besar (dimayang)
6 biji bawang kecil (dimayang)
4 biji bawang putih (dimayang)
2 inci halia (dimayang)
1 inci lengkuas (dimayang)
1 1/2  sudu makan jintan manis*
1 1/2 sudu makan ketumbar*
1/2 sudu makan jintan putih*
1/2  sudu kecil lada hitam*
15-20 cili kering*
5 batang serai- 3 kisar 2 titik hujung
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
1/2 kg  santan pekat 
sedikit air
sedikit minyak 
garam


Cara-cara Penyediaan:

Bersihkan itik  dan toskan.

Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *. Kisar dengan sedikit air.

Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan yg tlh dimayang.

Biarkan berbau wangi dan kacau selalu dan masukkan pula itik. 

Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  

Kacau dan masukkan santan pekat.

Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan disimpul.

Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam.

Bila dah agak pekat, kecilkan api dan kacau sehingga kering. Sedia dihidangkan! - CARI


Sumber resipi: Chocoani




Lihat Komen Views: 3275   Comments: 7 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0

Previous : Ujian Nama Kuih Raya : Teka 15 Kuih Raya Popular Ini

Next       : Laksa Goreng, Menu Ringkas Tapi Mampu Tawan Selera Tetamu!

Komen Terbaru

Quote misscendol 6-8-2016 08:14 PM
Xpenah makan itik. K

Lain-lain Komen

Quote drivethru 1-7-2016 11:48 PM
Teringat raya mase kecik2 dulu. Selalu mak buat rendang itik. Suka kejar itik. Sbb lari terkedik kedik. Bila dah penat, itik sendiri akan duduk terpelosok.
Quote timahterung 2-7-2016 07:52 PM
Baru lepas tengok ekstrim kuliner masak rendang biawak ...
Quote wadiunong 9-7-2016 10:31 AM
Family iols tak raya pon selalu merendang itik
Quote poloy 11-7-2016 12:34 PM
wadiunong replied at 9-7-2016 10:31 AM
Family iols tak raya pon selalu merendang itik

wahhh ni sama like my family..
rendang itik dh jadi lauk wajib..
bukan tunggu raya je..
wadi org n9 ka??

Quote NOWORD 12-7-2016 05:00 PM
Maaf nak tanya.daging itik ni rasa mcm mana ye.tak pernah makan
Quote me12345 20-7-2016 07:55 AM
Mmg best rendang itik...kalo nogori mmg ada ni kan
Quote misscendol 6-8-2016 08:14 PM
Xpenah makan itik. K

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045784s Gzip On
To Top