Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Teringat Kenangan Ukur Kasut Raya Dengan Tali Rafia

30-6-2016 05:07 PM|Dilihat: 6408| Komen: 11

Kenangan membeli kasut raya dahulu memang sangat sentimental.
oleh Adib ZA

Kenangan membeli kasut raya dahulu memang sangat sentimental. Maklumlah dulu bukan semua senang dan mewah seperti sekarang.


Ada yang sampai mengukur saiz kasut menggunakan tali rafia, ada juga yang menggunakan selipar sahaja dan sebagainya.


Seperti yang dikongsi oleh netizen ini, melalui blog hoksengoti.com, dia menceritakan bagaimana pengalamannya memakai kasut sekolah ketika hari raya.


Memori sangat...jom baca.





Melewati bahagian kasut dan selipar, melihat ibu bapa sedang membantu anak-anak memilih selipar, tiba-tiba hati terdetik dan terkenang zaman kanak-kanak. Yelah penghujung  tahun 80- an  dan awal 90- an dulu kan, rasanya ramai dari kalangan kita yang belum lahir kot.


Dua kenangan yang tak kan Imanshah lupakan sampai sekarang ialah apabila tibanya hari raya, kami tidak dibawa bersama ke pekan untuk membeli pakaian raya. Kereta pun tak ada. Nak naik bas, lama pulak menunggu, lalu mereka berdua pergi naik motor je.  


Dan ayah akan ukur kaki Imanshah dengan tali rafia dan membeli selipar dengan ukuran tali rafia. Tak kisahlah cantik ke, selipar biasa ke, atau selipar jepun ke, Imanshah terima sahaja dengan hati terbuka. Alhamdulillah, ada juga selipar baru.


Yang ke dua, pernah satu tahun raya puasa jatuh bulan Disember. Kami adik beradik ramai. Mana nak beli baju raya, mana nak beli baju sekolah. Akhirnya ayah belikan kasut sekolah untuk dibuat beraya. 


Boleh pakai buat sekolah sekali. Pun Imanshah terima, dan rasanya semua orang menerima waktu tersebut. Dan pada hari raya pakailah kami adik beradik kasut sekolah. Dan kami tetap bahagia walaupun ramai orang tengok kaki kami bila berjalan ke rumah jiran dan orang kampung. Alhamdulillah syukur sebab kami tahu ayah dan mak tak mampu. - CARI


Sumber asal: Hoksengoti.com


Lihat Komen Views: 6408   Comments: 11 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0

Previous : Perkataan Popular Yang Sering Digunakan Ketika Ramadan

Next       : Kenangan "Tidur Lambak" Di Kampung Setiap Kali Balik Raya

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 5-9-2016 01:24 AM
Guna lidi kelapa utk ukur kaki

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 30-6-2016 10:53 PM
Senang tak perlu angkut semua anak2 untuk beli kasut.  Lagi pun dulu2 budak2 tak kesah kasut style apa asalkan baru.  Zaman sekarang dah berubah semua dah ada cita rasa sendiri apa yang dipilih oleh ibubapa belum tentu mancapai piawaian kasut pilihan mereka sebab tu zaman sekarang anak2 dibawa bersama tika nak beli kasut bimbang jikalau mereka tak suka nak pulak dipakainya nanti.
Quote Aneem 30-6-2016 11:28 PM
Memori sangat..
Aku adik beradik mak ayah ukur kaki pakai lidi..
Nak bawak ank2 p beli tak boleh sbb depa naik motor je..
terima kasih mak ayah..
Jasa korang tak mampu aku nak balas..
Semoga Allah berikan mak ayah aku kerahmatan di dunia dan akhirat..
Quote missDollie 1-7-2016 04:36 AM
Tak pernah kena ukur dengan tali..mak abah aku usung je kami adik bradik..
Quote bemyself 1-7-2016 08:00 AM
Aneem replied at 30-6-2016 11:28 PM
Memori sangat..
Aku adik beradik mak ayah ukur kaki pakai lidi..
Nak bawak ank2 p beli tak boleh s ...

Sama la..mak aku pun ukur pakai lidi...kompem muat punya.
Dolu2 x mcm budak skrg..sangat memilih..itu x kena..ini x kena..
Zmn kite apa yg mak pak bawak balik...kira dah cukup seronok la tuuu
Kira dah paling lawo la tuuu..
Quote CARI-MAMS 1-7-2016 09:45 AM
ya ke..rasa sedih lah baca kalian punya memori
Quote AisyDani13 1-7-2016 09:58 AM
sebak ja rasa.......... baca komen2 korang
Quote sabar_sabariah 1-7-2016 10:26 AM
mak aku ukur pakai jengkal
Quote ALWAYSREDA 1-7-2016 10:42 AM
Selalu raya pakai kasut sekolah je...itu pun dah cukup bersyukur.
Quote CARI-MAMS 1-7-2016 11:17 AM
AisyDani13 replied at 1-7-2016 09:58 AM
sebak ja rasa.......... baca komen2 korang

kan wak...rasa sebak sgtt
Quote oulaa 1-7-2016 11:47 AM
wahh..memori sgt dlu arwah abah aku selalu ukur kaki kami guna tali rafia...sbb nak bawak ramai pulak naik moto...
Quote FARRAZOOL 5-9-2016 01:24 AM
Guna lidi kelapa utk ukur kaki

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041798s Gzip On
To Top