Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Budaya 'Tapau' Makanan Dari Pejabat, Mesej Dalam Iklan Raya TM

29-6-2016 03:21 PM|Dilihat: 6108| Komen: 16

Kisahnya, Sofea dilihat sering membawa balik makanan
oleh Adib Za




Eh kau ni ambil makanan macam nak berbuka untuk sebulan...Air mineral pun nak kebas..

Buat malu saja!


Itu antara dialog dalam iklan raya TM ini. Nampaknya budaya suka membungkus makanan di tempat kerja dijadikan mesej 'tersembunyi' yang ingin disampaikan dalam iklan ini.

Kisahnya, Sofea dilihat sering membawa balik makanan yang tidak habis di pejabatnya. Sehingga menyebabkan rakan kerja berasa malu dan jelik dengannya.

Namun di sebalik itu, ramai yang tidak tahu tujuan Sofea berbuat demikian, adalah untuk membahagikan makanan-makanan berbaki itu kepada mereka yang memerlukan. 

Sehinggalah suatu hari bosnya terlihat sendiri perlakuan Sofea. Lihat kesudahan iklan yang memberi seribu pengertian ini. 

Boleh menginsafkan! Satu iklan raya yang sangat menarik! - CARI





Lihat Komen Views: 6108   Comments: 16 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0

Previous : Larangan Ketika Raya : Jangan Cium Dan Gomol Anak Kecil

Next       : Majikan Tidak Sedia Tempat, Pekerja Berbuka Puasa Di Kaki Lima?

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote azimodin 14-7-2016 04:20 PM
Kat opis lama aku pon ade kaki tapau dikala ade potluck/majlis. Event belum start lagi dia dah survey apa yg patut di punggah. Yg paling menyampah, dia la irang pertama yg komplen bila kita buat kutipan duit nak buat makan2..

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 29-6-2016 03:53 PM
Tapi berapa ramai yang buat sebegitu dengan niat nak membantu orang susah.  Selalunya tapau untuk makan keluarga sendiri balik karang so senang tak perlu masak dinner lagi, sampai lupa masih ada kawan2 sepejabat lain belum pun sempat nak makan.  Kalau dah betul2 pastikan semua rakan sekerja dah makan lain le citer.
Quote AbukRokok 29-6-2016 05:55 PM
keluarga sendiri kelaparan
Quote LavaUollss 29-6-2016 09:26 PM
Artemesiaa replied at 29-6-2016 03:53 PM
Tapi berapa ramai yang buat sebegitu dengan niat nak membantu orang susah.  Selalunya tapau untuk ma ...

Khennnnn...semua itu hanya berlaku dalam iklan sajork...kikiki
Quote krepek_pisang 29-6-2016 10:24 PM
company mangok tinkgkat sponsor ke iklan ni huhuhuh
Quote amon_79 30-6-2016 08:09 AM
iols amik positif jer tgk iklan ni... kempen utk elakkan pembaziran kpd rakyat malaysia yg suka sgt membazir makanan...
Quote ctsueraya 30-6-2016 09:34 AM
Artemesiaa replied at 29-6-2016 03:53 PM
Tapi berapa ramai yang buat sebegitu dengan niat nak membantu orang susah.  Selalunya tapau untuk ma ...

aku plak terbalik...sbb tak suka golongan yang kaki tapau tak pikir org lain ni..aku kadang sanggup gi makan kat luar walaupun meeting/ event ada je makanan terlebih
sbb malas nak berebut bagai

nak2 kalau kita ni pegawai..mmg bagi laluan kat staf bawah dulu..sian plak
Quote minah_kidal 30-6-2016 10:22 AM
mesej ada tp lakonan kayu sket. btw, awat muka sofea tu ada iras2 memey? ke iols je perasan?
Quote qronaldo7 30-6-2016 10:47 AM
Artemesiaa replied at 29-6-2016 03:53 PM
Tapi berapa ramai yang buat sebegitu dengan niat nak membantu orang susah.  Selalunya tapau untuk ma ...

yg bantu org ssh tu dalam iklan saje. ssb org akan nampak kebaikannya
Quote ikmanurz 30-6-2016 10:51 AM
minah_kidal replied at 30-6-2016 02:22 AM
mesej ada tp lakonan kayu sket. btw, awat muka sofea tu ada iras2 memey? ke iols je perasan?

kayu sebab TM amik orang TM jugak belakon
jimat duit..
Quote seri_mawr 30-6-2016 11:27 AM
aku takde masalah dgn org yg suka tapau ni....sbb aku x suka bawak balik lebihan makanan dr opis ke rumah.... so biar lah derng bawak balik dr membazir...

Quote shi_jewel 30-6-2016 12:07 PM
sepatutnya sofia ni cadangkan dgn bos dia utk buat CSR dgn orang kurang bernasib baik...jadi takdela isu sembunyi makanan & orang tak bersangka buruk...

anyway, nice vid.....salute
Quote dewi 30-6-2016 02:42 PM
bagus ni membudayakan kembali mangkuk tingkat. kurang kan pencemaran alam

elak pembazirah makanan.  

opis akak memasing kalau ada mkn2 semua x nak tapau. sengan aka pemalas nak kemas sebenor nya diorang ni .

akak tapau gak la kalau dah tak de sapa nak . tak pun buh dlm fridge opis. esok lusa habis jugak .
Quote kelip2_07 30-6-2016 02:45 PM
klum kt opis aku nie..blm org abis mkn dia dok punggah2 mknan sorok bwh meja..nk bwk blik utk ank2 dh tua bangka..tiap kali ade jamuan mcm tu la prangai..klu dh abis majlis xpelah..
Quote solarlunar 10-7-2016 09:29 PM
kelip2_07 replied at 30-6-2016 02:45 PM
klum kt opis aku nie..blm org abis mkn dia dok punggah2 mknan sorok bwh meja..nk bwk blik utk ank2 d ...

I paling menyampah org yg makan tak ingat org lain. Asal mknn free mula jadi tamak haloba. Time bulan pose pun ade jugak dok rajin amik bubur lambuk free byk2 tp tak makan pun smp bubur tu jadi basi.


Quote baby37 11-7-2016 04:44 PM
Teringat sorang akak kat ofis I ni.... kalau ada makan-makan mesti dia dah tunggu ngan beg plastik & tupperware untuk bungkus bawak balik.  Rimas....
Quote azimodin 14-7-2016 04:20 PM
Kat opis lama aku pon ade kaki tapau dikala ade potluck/majlis. Event belum start lagi dia dah survey apa yg patut di punggah. Yg paling menyampah, dia la irang pertama yg komplen bila kita buat kutipan duit nak buat makan2..

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044607s Gzip On
To Top