Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Meriahkan Meja Biskut Raya Dengan Chocolate Pretzel Homemade

29-6-2016 03:16 PM|Dilihat: 4116| Komen: 1

Biskut Pretzel mempunyai bermacam-macam perisa antaranya coklat,...

Oleh : Dean BZ


Biskut Pretzel mempunyai bermacam-macam perisa antaranya coklat, cinnamon, karamel, almond dan pepperoni.

Pretzel asalnya dari Jerman dan dikenali sebagai Brezel. Pretzel adalah produk roti yang diperbuat daripada adunan biasa dengan simpulan unik.

Bentuk pretzel tradisional adalah bergelung simetri yang tersendiri, dengan ujung-jalur yang panjang doh saling berkait dan kemudian dipintal kembali ke dalam dengan cara yang tertentu (gelung pretzel).

Kini pretzel pelbagai bentuk boleh didapati di seluruh dunia dan garam adalah perasa yang paling biasa bagi pretzel. Untuk lebih bervariati, ia diolah menjadi biskut yang dicelup coklat dan sebagainya.

Tapi harga biskut ini tidaklah murah, benda sedap mestilah mahal kan. Jadi lebih baik buat sendiri jika anda berhajat nak hidangkan kepada tetamu atau orang teristimewa di hari lebaran nanti. Ikuti resepi dibawah ini :




Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya:
- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.


Selamat mencuba, jika sudah pandai membuat biskut Pretzel ini rasanya masih belum terlambat untuk anda menjualnya. Disamping untuk dihidangkan kepada tetamu, dapatlah juga tambah hasil pendapatan buat beraya nanti. - CARI.





Sumber - resepibiskut.blogspot.com


Lihat Komen Views: 4116   Comments: 1 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0

Previous : Nikmati Jus Kurma Bukan Sahaja Pada Bulan Ramadan Tapi Setiap Hari

Next       : Ujian Nama Kuih Raya : Teka 15 Kuih Raya Popular Ini

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Loloq89 30-6-2016 10:02 AM
sedapnyeee..

Lain-lain Komen

Quote Loloq89 30-6-2016 10:02 AM
sedapnyeee..

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051610s Gzip On
To Top