Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Apakah Hukum Wanita Yang Memakai Mekap Ketika Berpuasa?

27-6-2016 03:30 PM|Dilihat: 2626| Komen: 6

Pertanyaan diajukan kepada Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah
Oleh Izzah Abbasy

Wanita pasti keliru sama ada boleh atau tidak memakai mekap ketika berpuasa atau di bulan puasa. Ada sesetengah pendapat menyatakan, memakai mekap tidak diharuskan. Betul ke?


Penulis sertakan soalan dan jawapan oleh ulama' mengenai hal ini di bawah.

Pertanyaan diajukan kepada Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah :

Soalan

1) Apakah hukum menggunakan celak dan sebahagian alat-alat kecantikan bagi wanita di siang hari bulan Ramadhan. Adakah boleh membatalkan puasa atau tidak?

Jawapan

Menurut pendapat yang terkuat daripada dua pendapat ulamak, celak tidak membatalkan puasa secara mutlak pada wanita mahupun lelaki. Akan tetapi menggunakannya pada malam hari lebih baik bagi orang berpuasa. Demikian juga pada alat kecantikan berupa sabun dan minyak-minyak yang bersentuhan dengan kulit. Termasuk juga pewarna kuku atau mekap dan lain-lain. Semua ini tidak mengapa digunakan oleh orang yang berpuasa. Akan tetapi tidak selayaknya menggunakan mekap jika membahayakan bagi wajah. Wallahu waliyut taufiq.


Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah ditanya lagi ;

Apakah hukum sesorang yang berpuasa menggunakan pelembab bibir (lipstik) untuk mencegah kekeringan pada bibir?

Beliau menjawab :

Tidak mengapa seseorang menggunakan apa yang boleh melembabkan bibir dan hidung berupa pelembab atau membasahinya dengan air, menggunakan atau sebagainya. Akan tetapi hendaknya ia menjaga agar tidak tertelan sampai ke perutnya. Jika sampai tertelan tanpa sengaja maka tidak mengapa. Sebagaimana jika ia berkumur-kumur kemudian airnya masuk sampai perut tanpa sengaja maka tidak membatalkan puasa.



 
Kredit : www.muslimafiyah.com

 



Lihat Komen Views: 2626   Comments: 6 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0

Previous : Bolehkah Memeluk, Bermesra Dengan Isteri Ketika Puasa?

Next       : Kisah Wanita Muslim Makan Di Khalayak Ketika Puasa, Apa Pandangan Islam?

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote shin_ah81 17-7-2016 09:59 PM
I mekap nipis2 je..tak rimas langsung.
Senang tanggal pulak tu, mesra wuduk mesra solat.

Janji muka kena usahakan cantik..kalau berlubang2 dan berjerawat sana sini haruslah menyeksakan diri tempek makeup tebal2

Lain-lain Komen

Quote miabebe 27-6-2016 04:37 PM
Tak rimas ke dok menepek makeup 24/7, mesia panas horkeh..dalam aircond ok la lagi..kalau jejalan kt luo pepaneh..haihhh berlengas melengas belumuih dan etc..tapi tak dinafikan memang cantikkkkk
Quote yayah8989 27-6-2016 06:32 PM
miabebe replied at 27-6-2016 04:37 PM
Tak rimas ke dok menepek makeup 24/7, mesia panas horkeh..dalam aircond ok la lagi..kalau jejalan kt ...

cantik sekejap je. tersapu mekap, ilang separuh muka   
Quote chinta89 28-6-2016 11:19 AM
Apakah hukum menggunakan celak dan sebahagian alat-alat kecantikan bagi wanita di siang hari bulan Ramadhan. Adakah boleh membatalkan puasa atau tidak?
tak habis2 ngn pertanyaan2 BATAL PUASA KE TIDAK?

x paham2 lagi basic puasa.
Quote Artemesiaa 29-6-2016 12:42 PM
Abis kalau tak bermakeup muka nampak pucat lesi tak bermaya orang pun takut nak dekat
Quote anyclassything 16-7-2016 10:31 AM
Macamlah puasa tu buat kita lembik x bermaya sampai muka pucat lesi lol buat biasa je la lol
Quote shin_ah81 17-7-2016 09:59 PM
I mekap nipis2 je..tak rimas langsung.
Senang tanggal pulak tu, mesra wuduk mesra solat.

Janji muka kena usahakan cantik..kalau berlubang2 dan berjerawat sana sini haruslah menyeksakan diri tempek makeup tebal2

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047300s Gzip On
To Top