Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

‘Grace Kelly’, Koleksi Jovian Mandagie Untuk Zalora Raya 2016

17-6-2016 02:42 PM|Dilihat: 6129| Komen: 5

Koleksi-koleksi busana hari raya dari pereka fesyen tersohor,....

Oleh : Dean BZ


Koleksi-koleksi busana hari raya dari pereka fesyen tersohor, Jovian Mandagie sememangnya dinantikan oleh setiap wanita setiap kali menjelang hari raya Aidilftri.

Dibawakan oleh LUX Magical Spell,Jovian Mandagie sekali lagi menghasilkan koleksi sentuhan ikonik ala "Grace Kelly" khas untuk Zalora.

Membawakan 40 rekaan kurung moden Ready-To-Wear dengan pelbagai warna dan fabrik bertekstur seperti kain krep mewah, Jovian berusaha mempamerkan personaliti klasik Hollywood, mendiang Grace Kelly yang akhirnya menjadi Puteri Monaco.  

Apa yang lebih menarik tentang koleksi ini adalah didatangkan dengan haruman dari wangian Lux Magical Spell yang berkekalan sehingga 8 jam.

Grace Kelly 


Menurut Jovian, dia memilih Grace Kelly sebagai ilhamnya untuk koleksi hari raya ini kerana sangat mengagumi keperibadiannya sebagai ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini. 

“Grace Kelly menarik perhatian saya sebagai tema tahun ini dan koleksi yang terhasil dari kerjasama ini adalah tentang kecantikan, kewanitaan dan ciri lain dari kehidupan ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini, setiap reka bentuk yang dibuat adalah disediakan untuk semua wanita di luar sana tidak kira umur,” kata Jovian Mandagie. 

“Saya sentiasa mendapat ilham oleh wanita cantik dan dengan konsep tahun ini, ia mempesonakan saya untuk memberikan setiap wanita perasaan Grace Kelly.” tambahnya lagi.

Koleksi ini direka khas untuk setiap wanita yang mahu kelihatan feminin serta luxe dengan daya tarikan diraja. Harga untuk koleksi ini adalah antara RM320 hingga RM590. Jovian Mandagie untuk ZALORA, yang dipersembahkan kepada anda oleh Lux, boleh didapati di ZALORA.com.my, aplikasi mudah alih ZALORA, dan di kedai-kedai Jovian bermula bulan Jun . - CARI Infonet.




Sumber - utusan.com.my
Kredit foto - safura3.rssing.com


Lihat Komen Views: 6129   Comments: 5 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2

Previous : Koleksi Busana Lebaran Siti Nurhaliza, Eksklusif dan Sopan

Next       : Tambil Bergaya Dengan Jubah Dan Kurta Dari Koleksi Raya Hatta Zalora 2016

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote fifie_olin 20-6-2016 07:48 AM
yg pki ni selim melim cntk la di mata..
kalo yg debab pakei...haukkkk

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 17-6-2016 04:24 PM
OK le not bad ada kelainan sikit
Quote kimchipedas 17-6-2016 11:04 PM
Bole tahan cantik tp rega mampu tgkje buat masa ni...
Quote nour2001 18-6-2016 05:39 AM
Pesen tah hapa2 tah...tak boleh lawan baju kurung asli jugak...kalau badan kurus kerimping bolehlah Pakai baju camni...yg pungkok besar elakkan lah Pakai baju mcm ni...
Quote Levespa 18-6-2016 02:00 PM
Retis boleh lah pakai baju yg lengan bersayap tu.. Kalau org biasa nampak pelik
Quote fifie_olin 20-6-2016 07:48 AM
yg pki ni selim melim cntk la di mata..
kalo yg debab pakei...haukkkk

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042019s Gzip On
To Top