Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pesawat latihan TUDM Terhempas Di Nenasi, Pekan

17-5-2016 03:00 PM Komen: 103

Oleh : TS LOO





Memetik laporan BH On Line, sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum tengah hari tadi. 


Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan yang membabitkan seramai 11 pegawai dan anggota JBPM dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kejadian kira-kira jam 12.52 tengah hari.


Berdasarkan maklumat awal, pesawat itu memuatkan dua anggota latihan dan seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki. 


Sementara itu, siaran berita TV3, Buletin 1.30 melaporkan kedua-dua anggota berkenaan dilaporkan selamat.- CARI INfonet





Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
1
Terkejut
7
Sedih
1
Lawak
10
Bosan
6
Komen: 103
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Syd 21-5-2016 06:21 PM
Pesawat terhempas disiasat menyeluruh - Panglima TUDM
Bernama |  Diterbitkan pada Mei 21, 2016 18:15 MYT

IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden pesawat latihan miliknya, Aermacchi MB-339 terhempas di Kampung Pandan Dalam, Nenasi, Pahang Selasa lalu.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.

"Di peringkat interim kita dapati kejadian berlaku menjurus kepada masalah teknikal, tetapi tidak disahkan lagi dan siasatan masih dijalankan.

"Untuk mengetahui punca ia mengambil masa, ia bergantung kepada keadaan. Kadang-kadang kita kena bawa analisis (siasatan) ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 54/2016 di Institut Latihan Tentera Udara di sini hari Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari pada Selasa itu, pelatih penerbangan Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjelas lanjut, Roslan berkata TUDM mempunyai sekumpulan pegawai yang berpengalaman untuk menjalankan siasatan.

Tambahnya TUDM juga akan menjalankan siasatan terhadap enjin pesawat latihan terbabit bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan semula.

Roslan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan dan TUDM mempunyai peraturan yang agak ketat sebelum sesebuah pesawat memulakan penerbangan.

"Kita ada beberapa check list, panduan, arahan yang perlu diikuti. Kita akan tengok semua sama ada ok...kalau semuanya berjaya barulah pesawat boleh terbang," katanya.

Sementara itu, Roslan menyambut baik kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis lalu bahawa audit menyeluruh ke atas semua aset TUDM akan dilaksanakan oleh pihak ketiga bagi memastikan ia berada dalam keadaan terbaik.
Hishammuddin berkata proses audit itu perlu segera dijalankan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pada majlis itu, seramai 353 perajurit menamatkan latihan asas ketenteraan yang bermula sejak 31 Dis lalu.

Lain-lain Komen

Quote edoraixora 17-5-2016 02:31 PM
lorrrr.....pesawat mende plak kali ni
Quote Syd 17-5-2016 02:31 PM
Quote Syd 17-5-2016 02:32 PM
gambar-gambar lain





Quote Syd 17-5-2016 02:34 PM
Berdasarkan maklumat awal, ada dua orang di dalam pesawat itu dan seorang daripadanya patah kaki.
Quote kenarikelabu 17-5-2016 02:35 PM
Nasib baik tak meletup...
Quote Syd 17-5-2016 02:37 PM

sawah padi pun dah siap 'terbajak'. hehe
Quote dino 17-5-2016 02:38 PM
Syd replied at 17-5-2016 02:34 PM
Berdasarkan maklumat awal, ada dua orang di dalam pesawat itu dan seorang daripadanya patah kaki.

mujur sempat kluar kan.....panik gak tuh...
Quote kenarikelabu 17-5-2016 02:39 PM
Syd replied at 17-5-2016 02:37 PM
sawah padi pun dah siap 'terbajak'. hehe

Nasib jatuh mendatar....tu yg selamat pilot tuh. Kalu menjunam....fuhhhh
Quote Changa 17-5-2016 02:40 PM
Syd replied at 17-5-2016 02:29 PM
SELASA, 17 MEI 2016 @ 2:10 PM

Pesawat latihan TUDM terhempas di Nenasi,  ...

Kena cash ke dek?
Quote melinda_kerr 17-5-2016 02:41 PM
Habis sawah org. Nasibla sawah kalau rumah org atau atas jalan raya naya!
Quote Changa 17-5-2016 02:43 PM
kenarikelabu replied at 17-5-2016 02:39 PM
Nasib jatuh mendatar....tu yg selamat pilot tuh. Kalu menjunam....fuhhhh

Maksud sis heshe tak ejectsebelum terhempas ke sis?   
Ala2 akak tak nak eject seat, rela terhempaa bersama pesawat gitu?
Quote edoraixora 17-5-2016 02:46 PM
kalo ikut sejarah aermacchi kt mlysia ni asek terhempas ajer

sumber: wikipedia TUDM

1) Aermacchi MB-339A, 1 Jun 1985, Terhempas berdekatan TUDM Kuantan, Membunuh 2 juruterbangnya.
2) Aermacchi MB-339 M34-08, 15 April 1996, Kerosakan kerangka pesawat, Terhempas ke dalam Laut China Selatan berdekatan Kuantan.
3) Aermacchi MB-339, 23 Januari 2002, Terhempas berdekatan Pulau Tiga, Mersing.
Quote edoraixora 17-5-2016 02:49 PM
Syd replied at 17-5-2016 02:37 PM
sawah padi pun dah siap 'terbajak'. hehe

sawah ke tu? macam tanah lapang terbiar ajer
pandai pilot die cari tempat

Quote kentel 17-5-2016 02:57 PM
edoraixora replied at 17-5-2016 02:46 PM
kalo ikut sejarah aermacchi kt mlysia ni asek terhempas ajer

sumber: wikipedia TUDM

da bole bagi release tugas kot fleet tu....ke mmg fleet tu purpose dia utk training je...kalau solely for training, xde la pelik mmg asyik crash sajor...
Quote fadlily 17-5-2016 03:00 PM

Dah dua biji dah aset TUDM jatuh tahun ni. hari tu CN25
Quote meeza83 17-5-2016 03:02 PM
jatuh mendatar
alhamdulillah selamat
Quote edoraixora 17-5-2016 03:08 PM
kentel replied at 17-5-2016 02:57 PM
da bole bagi release tugas kot fleet tu....ke mmg fleet tu purpose dia utk training je...kalau sol ...

katenye pesawat jenis tu mmg utk latihan jer

Quote asher 17-5-2016 03:11 PM
ni pesawat training...conversion dari turbo prop g jet..alhamdulillah pilot gan trainer selamat..pasni bleh grounded dulu..

btw aircraft ni kira baru gak beli..
Quote Syd 17-5-2016 03:13 PM
AS SALAM YDH DATO SRI/DATO.
JET TUDM TERHEMPAS.

PD 171314H MAKLUMAT AWL DCC PEKAN MAKLUM KEJ JET TEMPUR TUDM KTN JENIS MB 339 CM TERHEMPAS DI SAWAH PADI PENOR.PILOT MAJ.NAZRUL HAFIZ B. ZAINI TDK MENGALAMI SBRG KECEDERAAN, LT. HAKIMI B. KHAIRI PATAH KAKI KIRI.OPERASI MENYELAMAT MANGSA DILAKUKAN BERSAMA PIHAK BOMBA,JPAM,PDRM DAN HOSP PEKAN.MAKLUMAT LANJUT AKAN MENYUSUL
TK..

Lihat semua komen(103)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.320933s Gzip On
To Top