CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Taman Tema Ocean Park Hong Kong - Akuarium Bertaraf Dunia!

21-3-2016 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3504| Komen: 0

Description: Keistimewaan Ocean Park Hong Kong ialah taman ini menawarkan pengalaman bertaraf dunia dengan menggabungkan elemen hiburan, pendidikan dan pemuliharaan kepada para pengunjung, sekali gus membolehkanny ...

Oleh : TS LOO

Tunggangan yang menyeronokkan, panda gergasi dan akuarium bertaraf dunia membuatkan Ocean Park Hong Kong disenaraikan sebagai satu daripada tempat kegemaran di bandar tersebut.


sumber foto: http://www.ru-voyage.com/

Ocean Park Hong Kong yang dibuka pada 1977 merupakan sebuah taman tema hidupan laut yang menampilkan pameran haiwan, persembahan hiburan, permainan gelongsor dan aktiviti-aktiviti mengasyikkan yang lain.

Keistimewaan Ocean Park Hong Kong ialah taman ini menawarkan pengalaman bertaraf dunia dengan menggabungkan elemen hiburan, pendidikan dan pemuliharaan kepada para pengunjung, sekali gus membolehkannya menggondol Applause Award yang pertama di Asia, iaitu anugerah paling berprestij dalam industri hiburan dan taman tema pada tahun 2012.


Aqua City
Di kawasan dengan tema marin yang bertaraf dunia ini, anda boleh menyaksikan pertunjukan pelbagai deria yang menggunakan skrin air 360 darjah yang pertama di dunia, memulakan perjalanan ke dalam Grand Aquarium atau melihat hidupan laut dari akuarium kubah terbesar di dunia. Anda juga boleh singgah di Restoran Neptune untuk memperoleh pengalaman menikmati makanan di dalam akuarium.



Adventures in Australia
Adventures in Australia membawa anda ke alam pengembaraan bagi menemukan haiwan Australia yang menarik di Hong Kong. Saksikan koala yang berehat di dahan dan walabi berleher merah yang pandai melompat.



Shark Mystique
Satu perjalanan ke dasar laut untuk menyaksikan lebih seratus jerung dan ikan pari, termasuk ikan yu gergaji. Terokai 360 darjah kecantikan dunia hidupan laut melalui pameran yang menarik ini.




sumber foto: http://images.china.cn

Polar Adventure
Polar Adventure memberikan peluang kepada anda untuk menjelajahi Kutub Utara dan Kutub Selatan dengan menaiki kereta luncur serta dapat melihat penguin secara dekat. Anda juga boleh menemui walrus Pasifik yang mempunyai belalai panjang, anjing laut, musang artik, burung hantu salji, dan lain-lain. Apabila mahu berehat, anda boleh mencuba juadah di Restoran Tuxedo sambil menikmati pemandangan lebih 70 ekor penguin beraksi di atas ais.



sumber foto: media-cdn.tripadvisor.com

Thrill Mountain
Di zon ini, anda boleh berada di tebing tinggi dengan menaiki roller-coaster tergantung, Hair Raiser ataupun bergayut secara terbalik dengan menaiki The Flash. Terbang tinggi dengan The Aviator untuk merasai sensasi penerbangan dan jangan lupa menaiki Rev Rooster, sejenis kenderaan berkelajuan tinggi.


Rainforest
Anda boleh menjejakkan kaki ke hutan tropika dengan menaiki rakit. Dalam pengembaraan ini, anda akan menemui pelbagai jenis haiwan yang unik dari seluruh dunia. Saksikan gerak-geri monyet terkecil di dunia, tikus terbesar di dunia dan juga burung toucan terkecil di dunia.


sumber foto: http://2.bp.blogspot.com/

Amazing Asian Animals
Pameran ini membolehkan anda menyaksikan haiwan-haiwan yang jarang-jarang dijumpai di Asia. Melalui pengembaraan interaktif di Giant Panda Adventure, anda boleh mempelajari tentang pelbagai spesies haiwan seperti panda gergasi, panda merah, salamander gergasi Cina dan buaya Cina. Saksikan kecantikan ikan emas di pameran Goldfish Treasures ataupun burung-burung yang berwarna-warni.


Ocean Park Hong Kong komited untuk mempromosikan dan menyokong pemuliharaan haiwan di Hong Kong, malah seluruh Asia. Sebahagian daripada kutipan tiket masuk dan jualan barangan akan diberikan kepada Ocean Park Conservation Foundation Hong Kong bagi menyokong projek-projek pemuliharaan hidupan liar.- CARI Infonet
11

Bagus
23

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.093883 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top