Fokus
Fokus 4-3-2016 01:47 PM 11.7K Views
DescriptionMangsa lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu Disember lalu, Allahyarham Muhammad Wafiq...




Oleh Fyruz Hanna

Jodoh, ajal semua sememangnya rahsia Allah s.w.t.

Mangsa lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu Disember lalu, Allahyarham Muhammad Wafiq merupakan seorang pelajar cemerlang dengan bukt i keputusan SPM yang keluar baru-baru ini.

Dia yang cemerlang semua A untuk 9 matapelajaran yang diambil pernah menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan.

"Saya berasa sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian, dia menyimpan hasratnya untuk berdakwah di benua eropah," kata kembarnya Muhammad Wafiy Mohad Noor dipetik dalam Sinar Harian.


Hati sebak tatkala melihat keputusan SPM tersebut.

Adik Wafiq bersama seorang lagi mangsa lemas di Panta Rhu Sepuluh. Mayat Muhammad Wafiq ditemui terdampar di pesisir pantai kira-kira 75 kilometer dari lokasi kejadian.

Takziah diucapkan. Al- Fatihah. -CARI Infonet.

sumber:sinarharian

Original author: Laanahusin

Prev.:[Edisi Viral Terbaru] Jubah Telanjang Sudah Mari!

Next:Melancong Sambil Bergambar, Dibayar RM8000 Seminggu

Komen Terbaru
Knowlee 3-3-2016 09:24 PM
Bijak budaknya, tapi Allah lebih sayangkan.
Kejora927 3-3-2016 09:29 PM
Alfatihah... Baca tajuk pun sedihhhhh
Hadiah terakhir arwah...
sukacactus 3-3-2016 09:36 PM
Budak pandai...kita rasa, what a waste!
Tp Allah perancang terbaik
mak_wa95 3-3-2016 09:37 PM
sedih.........

Allah lebih menyayanginya
kentel 3-3-2016 09:42 PM
TT pn da arwah
imransulaiman 3-3-2016 09:43 PM
Ya Allah..! Mesti kembar dia sedih sangat-sangat
merrissa 3-3-2016 09:46 PM
bijak fuhhhh
kulanahusin 3-3-2016 09:49 PM
Quote: imransulaiman replied at 3-3-2016 09:43 PM
Ya Allah..! Mesti kembar dia sedih sangat-sangat

'Mayat itu adik saya'

25 DISEMBER 2015




MARANG - Mayat yang ditemui di Pantai Rhu Muda dekat Kelulut sekitar  jam 12.00 tengah hari tadi disahkan sebagai Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Isnin lalu.
Pengecaman mayat mangsa dibuat oleh kembar mangsa, Muhammad Wafiy, 17, berdasarkan pakaian yang dipakai Allahyarham.
"Sah memang adik saya. Syukur alhamdulillah, ALLAH  makbulkan doa kami sekeluarga yang tidak henti sejak kejadian," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ ) Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, walaupun ditemui dalam keadaan kaku, dia dan adik-beradik serta bapa, Mohd Noor Ismail, 58, dan ibunya, Zabedah Kamdan, 55, bersyukur mayat adiknya ditemui meskipun pada jarak lebih 70 kilometer dari tempat kejadian.
"Saya menerima berita penemuan mayat sebelum solat Jumaat dan bergegas ke hospital bersama keluarga selepas selesai solat Jumaat," katanya.
Menurutnya, dia dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), penduduk kampung, nelayan dan mereka yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak dalam usaha mencari adiknya.
Jenazah Muhammad Wafiq akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor sebaik tiba malam ini.













kulanahusin 3-3-2016 09:51 PM



MissNigga 3-3-2016 09:53 PM
.... peninggalan aruah utk family .....
mbhcsf 3-3-2016 09:55 PM
bless him, semoga aman di  barzah.
kulanahusin 3-3-2016 09:58 PM
Quote: mbhcsf replied at 3-3-2016 09:55 PM
bless him, semoga aman di  barzah.

BATU PAHAT - “Saya berasa sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian, dia menyimpan hasratnya untuk berdakwah di benua eropah,” kata Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17.
Menurut Muhammad Wafiy, dalam masa yang sama kembarnya itu, Allahyarham Muhammad Wafiq  turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Ireland, setelah mendapat keputusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
Katanya, dia sering menyatakan hasratnya itu, dan kini kata-kata Allahyarham Muhammad Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya serta berharap dia sendiri akan dapat menyambung impian kembarnya.
“Saya tidak menyangka yang kembar saya pergi dulu...di mana dialah rakan seperjuangan saya, rakan suka duka saya selama ini, di mana dari kecil kami akan sentiasa bersama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pagi tadi.

MUHAMMAD WAFIY MOHD. NOOR menyiram air ke atas pusara kembarnya, Allahyarham Muhammad Wafiq (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Sri Gading, Batu Pahat, Johor, semalam.





zie_indah 3-3-2016 10:11 PM
Alfatihah untk arwah...
melinda_kerr 4-3-2016 09:00 PM
Sayunya. Kenangan untuk keluarga
lazim 4-3-2016 09:19 PM
result kembar yg idup pesal xde cite sekali
mak_wa95 4-3-2016 09:23 PM
ckg saya bengong bertahun lepas kembarnya mati dibunuh...
jazaa100 4-3-2016 09:29 PM
Quote: lazim replied at 4-3-2016 09:19 PM
result kembar yg idup pesal xde cite sekali

klu yg tak jujur, tukar je ic yg meninggal tu dgn yg hidup....(klu reslut yg hidup tu tak cemerlang lah)..

mcm org cina zaman dulu....
klu anak dia meninggal masa baby, dia tanam bawah rumah, pastu dia seludup baby dari China mainland & gunakan surat beranak yang meninggal tu...
kyleril 5-3-2016 12:11 AM
al fatihah dan takziah kepada keluarga
kemaruk 5-3-2016 12:14 AM
nasib baik tahfiz

kalau tak, mesti ada yang kata cash la, balasan tuhan la, cara mati menunjukkan cara hidup bla bla bla

nampak tak, cara meninggal takde kaitan pon dengan amalan di dunia
Lihat semua komen