Fokus
Fokus 3-3-2016 03:12 PM 6212 Views
DescriptionIbubapa harus sedar akan keperluan 'bacaan dan hafazan sebenar' agar anak-anak benar-benar mampu

Oleh Izzah Abbasy

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? QS: 54. Al Qamar 17.



Teks kiriman ini ditulis oleh seorang Hafiz yang baru tersedar ini sudah menjadi fenomena semasa. Inilah impian ramai ibubapa yang berpusu-pusu menghantar anak ke tahfiz kerana mahukan anaknya hafal al-Quran, tetapi?

Jika dilihat hari ini semuanya inginkan anak-anak menjadi seorang yang berguna dan taat pada perintah agama. Tetapi jika terlalu memaksa sehingga tiada kerelaan hati dalam diri anak-anak, inilah yang jadinya. Mereka mungkin boleh menghafal dengan sebaiknya tetapi bolehkah perangai sebenar mereka dikawal?

Ibubapa harus sedar akan keperluan 'bacaan dan hafazan sebenar' agar anak-anak benar-benar mampu menjadi HAFIZ SEBENAR untuk menjaga diri dan agama ini.

Setiap kefahaman daripada bacaan yang dihafal itu mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Tetapi, jika luaran mereka lebih kepada ingin teroka syurga dunia? Hal tersebut harus diambil berat agar anak-anak ini tidak terkejut dengan dunia 'baru' mereka.

Kita masih boleh 'telan' jika maksiat dilakukan oleh anak-anak yang memang diketahui nakal. Tetapi agak 'kelat' untuk menerima hakikat apabila maksiat dilakukan oleh golongan yang dipanggil 'hafiz' atau wanita bertudung labuh ini. Ironinya hal ini telah terlalu banyak terjadi di akhir zaman ini. Wallahualam. - CARI Infonet


Kredit : Warga Prihatin
 

Prev.:Edisi Bapa Gila! Tendang Anak Orang Sebab Buat Anak Dia Jatuh

Next:'Rumah Degil' Chow Kit, Warisan Yang Perlu Dipertahankan

Komen Terbaru
minah_kidal 3-3-2016 04:16 PM
ini mmg deep
Artemesiaa 3-3-2016 05:23 PM
Tiada yang nak dipelikan di zaman ini
salmon-suki 3-3-2016 06:03 PM
Betul tu dik...pengamal agama dan y belajar agama,yang tahu agama pun berbeza..muslim,mukmin pun berbeza juga...

Nice sharing dik...sis tabik spring kt adik
sabbath_shalom 3-3-2016 11:00 PM
Lain kali kalau baca Al-Quran tu kalau masuk bab2 Sirah tu ambil Ibrah....jangan kerje nak melaknat Yahudi je...baru baca ayat Allah dah fefeeling Allah nak melaknat-laknat orang.

Mana nak dapat ibrah camtu.
idakamaruddin 4-3-2016 09:47 AM
ada kt board mistik cite psl diri dia budak tahfiz tp ada addicted tgk porn..pempuan lak tu...

pastu claim jin..padahal nafsu sendiri
kukukatablog 19-3-2016 07:54 PM
student aku sorang hafiz, tapi suka beno mencuri...
stania83 20-3-2016 09:04 PM
pelik aaa kenapa tak boleh pelik.
barfi 20-3-2016 11:56 PM
Quote: idakamaruddin replied at 4-3-2016 09:47 AM
ada kt board mistik cite psl diri dia budak tahfiz tp ada addicted tgk porn..pempuan lak tu...

pa ...

Haha.. yg ni aku pun perasan.

Nafsu dia sendiri yg meluap luap. Tapi claim hasutan jin.

Padahal hafizah grad mesir tuhh
Emperor95 21-3-2016 09:27 AM
Itulah yang dikatakan ahli kitab. Ahli kitab dan Hafiz berbeza.